Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 4 November 2009

72 buah sekolah menyertai pertandingan esei 1 Malaysia di SK.Pekan Keningau 2 hari ini.

Asalamualaikum dan selmaat sejahtera.
Tibalah hari ini bersamaan 04hb11.2009 ( rabu) pertandingan esei 1 Malaysia dilangsungkan yang bertempat di Sek.Keb. Pekan, Keningau, Sabah. 72 buah sekolah telah berjaya menghantar peserta masing-masing dan SK. Penagatan, Keningau meletakkan kepercayaan kepada Nurhaziemah Mohd Zali 12 tahun sebagai pencabar kepada yang lain.
Pertandingan ini di adakan dalam dua kelas iaitu di Bilik A dan Bilik B, para pengawas dari kalangan Pegawai Pusat Giat Guru Keningau dan dibantu oleh guru-guru SK.Penakan Keningau.
Sekitar jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pendaftaran di lakukan. Penulisan esei hanya sekitar 30 minit sahaja serta sekurang-kurangnya 100 patah perkataan dibina oleh para peserta. Keputusan akan di umumkan melalui telefon atau akan dibentangkan dalam satu susulan mesyuarat pelaporan aktiviti Program 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.
Antara yang hadir memnatau perjalanan pertandingan iniialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau itu sendiri iaitu En. Raisin Saidin, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Keningau En. Lasmin Majani dan beberapa orang guru besar seperti Pn Hajah Joana Goyuck, En. Sinairi Jalumin, En. Ahmid Haris dan En. Wahanin Ismail (guru besar SK.Pekan,Keningau)
Sekitar 40 minit beberapa guru-guru pengiring menunggu di Pusat Sumber dan di kantin SK. Pekan Keningau. Tepat jam 11.00 pagi piha penganjur menjemput semua guru pengiring dan peserta mengambil jamuan secara tapau sahaja. Oklah tu rezeki jangan ditolak. Apapun kita tunggu keputusan rasmi nanti. Menurut sumber hasil esei 72 buah sekolah itu akan dikumpul dan dijadikan satu buku terbitan kemudian akan di dokumentasikan di peringkat BTP Negeri Sabah. Hebat tu..kalau dapat naskah kamipun mahu minta satu salinan. O ya tiada acara berbentuk majlis dalam pertandingan ini. Peserta terus masuk di bilik yang ditentukan oleh pegawai PKG daerah Keningau.
Taklimat sedang di sampaikan oleh salah seorang pengawas.
Nurhaziemah peserta dari SK.Penagatan,Keningau,Sabah


Sudah bersedia beberap peserta dari sekoalah lainnya
Meja pertama dekat pintu tu azielah tu, harap berjaya
Guru pengiring
Etuza sempat bergambar dengan Pn. Hajah Joana Goyuck
mantan Guru Besar SKPK sekitar 2004-2007.Bersongkok tu
dari SK.Kepayan Apin-Apin,Keningau.
Antara beberapa guru pengiring
Pendaftaran peserta,guru pengiring mendaftarkan nama peserta. Pegawai dari PKG Keningau sedang bertugas En.
Ryadimon Omar dan Syamsiah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: