Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 5 November 2009

Apa kata anda bila BI SPM Wajib LULUS ( Usah stress satu cara dari etuza)



Lepak di kantin, isu pendidikan kadangkala jadi bahan bualan

Salam Fillah.

Emm! ini berita yang penting kita ketahui sebagai warga pendidik. Isu BI di peringkat SPM apa rasionalnya dan bagaimana penerimaan semua pihak. Untuk jalan agar tidak strees kata orang ha! apa kata kita mulakan azam baru ( Eh! baru etuza berazam ke?) dengan menambahkan semangat mempelajari BI, cara lain yang menarik ialah kita buat blog BI untuk anak-anak kita sendiri. Eh ! ialah..blog percuma beb! carilah tamplate yang disukai carilah kod yang you suka..pasti anak-anak tak lepak depan komputer dengan main game ja. Hai! anak-anak lelaki etuza pandai cari game baru lagi kat internet tau!. Dari main game bagus kita buat blog pada anak-anak..pas tu pengisian lebih kepada BI, bukan kah elok tu..hehe! saya dah buat blog untuk anak-anak antaranya "Kimal Word List" sedap bunyinya kan..itu blog anak saya Ikmal yang berusia14 tahun satu lagi " Semurni Impian Kehidupan" tajuk blog ni dahpun siap untuk anak saya yang 12 tahun. Satu lagi untuk Ismat Afif " Nur Kasih Di Lembah" sejak ada blog anak saya seronok buat catatan sendiri terutama si azie dia memang minat BI.Kononnya kami tinggal di sebuah kaki bukit, jauh dari perkampungan bah..hem kala malam sunyi tak terkata..tapi oklah juga bekalan elektrik dah sambung ke rumah kami. Alhamdulillah bolehlah menikmati kemajuan.
O ya..catatan di bawah itu saya cedok habis di blog kawan LelaMyan blog. Kita kongsikan semula manalah tahu bila baca catatan ini kembang semula semangat nak mantapkan BI. Apa salahnya kan elok tu..BM, BI dan Bahasa Arab bagus..hai bestnya jika anak-anak kita BOLEH dalam bahasa ini. Pasti Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang.
Ops!! APA KATA ANDA ?
/span>
Bahasa Inggeris Mata Pelajaran Wajib SPM ? - Lontaran Muhyiddin
Sasterawan ulung Inggeris William Shakespeare pernah berkata: "to be or not to be, that is the question". Petikan pujangga itu bermain di fikiran apabila merujuk kepada sama ada bahasa Inggeris patut dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin melontarkan persoalan itu untuk dibincangkan oleh orang ramai dan bagi kerajaan mendapatkan maklum balas.Katanya beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus."Dengan itu, saya tidak fikir ia (tidak menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus) memenuhi tujuan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita," katanya semasa merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby yang baru di sini hari ini.Beliau berkata untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan."Mungkin idea yang baik ialah mencontohi konsep Maktab Kirby, (iaitu) menghantar guru belajar bahasa Inggeris di persekitaran yang bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya.Sementara itu, Muhyiddin berkata sumbangan guru lepasan Maktab Kirby adalah amat besar dan mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi pada tahun 1950-an dan 1960-an iaitu ketika sekolah-sekolah masih daif dan kemudahan pelajaran masih kurang."Walaupun negara kita masih mundur dan tahap keselamatan agak membimbangkan pada ketika itu, kehadiran guru-guru Maktab Kirby yang terlatih dalam bilik-bilik darjah telah membawa pembaharuan kepada sistem pelajaran negara."Saya juga dimaklumkan bahawa Maktab Kirby yang (melahirkan guru) berbilang bangsa dan agama ini merupakan 'miniature Malaysia' di mana semangat '1Malaya' dan 'Malaya Boleh' mula disemai," katanya.Beliau berkata guru lepasan Maktab Kirby juga menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini, dan ini terbukti dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari tahun 1988 hingga 1998 iaitu Harith Laiki, Idris Tain, Lau Hut Yee dan Dr Yahya Ibrahim.Muhyiddin turut melancarkan buku "Kirby College-A Heritage" hasil tulisan Dr Shaari Isa serta merasmikan Pameran Maktab Kirby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.Maktab Kirby merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik dengan sebuah negara asing iaitu Malaya (kini Malaysia) dibenarkan membuka sebuah Maktab Latihan Guru di England pada tahun 1951.Maktab itu beroperasi selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 1952 hingga 1962 dan telah berjaya melahirkan lebih 1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru, dengan bantuan pakar daripada Institute of Education, University of Liverpool.(Sumber: Bernama - 8/6/2009 - 16:23pm)
Dicatat oleh Lela Myan di 1:37 AM
Label:

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: