Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 1 Oktober 2009

Ya Allah aku takut banyak dosa & Kemeriahan PRIMUP adalah anugerah-Mu..Nikmat dari-Mu..



Keadaan pentas persembahan/hiasan bunga-bungaan itu adalah milik etuza...nampak segar pentas ini dengan bungaan hijau.

Pn. Haryati Suhaili pereka hiasan pentas.Memang ada bakat cantik hiasannya..



Sejak kemarin rasa hatiku, lain..terasa dalam benakku terbayang banyak silapku, salahku kepada teman,kawan, kepada anak-anak,kepada isteri dan kepada rakan sekerjaku. Aku merasa barangkali tanpa sedar aku melakukan gerak geri yang tidak menyenangkan orang lain. Bila terasa seperti itu hati ini seolah merintih, menangis dalam kalbu tak berair mata..hanya tangisan dalaman yang sukar ku gambarkan rerasa ini. Ya! Allah hu alam..adakah benar jika ada rasa seperti ini..memang benar hati ternoda dengan dosa lantaran perbuatan sendiri. Atau adakah cuma perasaan semata kerana aku takutkan dosa -dosa melingkari diri..Aku tahu betapa pedih azab-Mu, perit dan terlalu sakit..aku tahu itu, kerana bayangan kesakitan sekalipun hanya gigitan sang nyamuk terasa sakit dan pedihnya..inikan pula azab berupa api membara..ya Allahu alam...kasihani diriku, jauhi diriku, isteri, anak-anak dan teman-temanku dari azab-Mu itu.Ameen.
Juruacara majlis rasmi PRIMUP.

Hari ini tanggal 01.10.2009 bersamaan hari khamis..sejak pagi lagi rerasa bersalah pada diri sendiri masih berlegar dalam diriku. Aku berusaha semampuku menjadi diriku, meyakinkan diriku bahawa itu cuma perasaan semata. Kadang aku terfikir, sikapku adakah menyakiti orang lain, adakah kurang disenangi orang lain, adakah aku terlalu berani dan tak tahu malu pada khlayak ramai. Padahal aku cuma menjadi diriku sendiri, mengajak diriku belajar agar menanam bibit keyakinan diri untuk aku lebih terbuka dalam pemikiran dan perlakuan serta mencuba sesuatu yang mencabar wibawaku sendiri. Aku tidak pernah berniat hendak..mencabar seseorang..atau hendak berlagak dikhlayak ramai bersempena Program RIMUP ( rancangan integrasi murid untuk perpadaduan) di sekolah tempat aku bertugas. Kata-kata ini hanyalah menjawab pertanyaan pada diriku sendiri. Aku tidak terfikir siapa orangnya yang mungkin merasa tersinggung dengan sikapku.. aku mencari orang itu tetapi memang tiada, nyata ketara semua orang baik pada diriku, mereka suka berkawan denganku, berbual denganku dengan sopan santun dan berbudi bahasa. Cuma aku saja merasa diri banyak bersalah pada mereka tanpa aku sedar.

( banner Program RIMUP)


(Bacaan doa oleh Ustaz Salleh hudin Rusinin- pembuka tirai majlis Rasmi RIMUP SKPK)
Barisan VIP,Pegawai Perasmi En. Jerome Jolly serta Guru-guru besar Zon Pegalan.

Program RIMUP pada hari ini merupakan majlis rasmi, sempena bulan syawal maka tema Program RIMUP peringkat sekolah ialah "Ramah Mesra Hari Raya & Hari Keluarga SK.Penagatan". Semua staf SKPK adalah AJK khas program ini.Acara sukaneka dan berbagai persembahan seperti nyanyian hari raya turut diadakan. Bagi saya majlis ini bagus dalam usaha meningkatkan kualiti perpaduan kaum di sekitar sekolah kami, serta perpaduan dikalangan penduduk kampung. Selain itu, inilah antara program yang dapat merepatkan hubungan silaturahim antara komuniti guru dan masyarakat kampung. Hubungan sosial yang baik dapat berlaku dalam programini. Hubungan kemesraan dan semangat bekerjasama dapat dibentuk. Saya rasa tujuan yang tersirat seperti yang saya nyatakan tadi telah berlaku dalam Program RIMUP di SKPK. Tahniah kepada warga SKPK. Disamping mendedahkan bentuk sosial dikalangan murid sekolah.

Namun disebalik kemeriahan PRIMUP, saya dengan penuh yakin bahawa kejayaan pihak kita SKPK mengendalikan program ini dengan lancar adalah atas izin dan rahmat Allah sebenarnya.Apa sahaja yang kita rancang itu yang menentukannya adalah Allah yakni yang mencipta seru sekalian alam. Meriah ke tak meriah RIMUP kita kita kena besyukur sangat kerana program ini dapat diselesaikan mengikut jangkaan masa. Ibubapa yang tidak dapat datang itu kita anggap mereka tidak diberi kelapangan masa oleh Nya, tetapi mereka sibuk dengan kerja-kerja masing-masing maka mereka tidak dapat turut serta dalam program RIMUP. Satu perkara yang kita perlu fikir ialah kita sudahpun selesai menyahut seruan kerajaan dan pendidikan dalam usaha mengembeling perpaduan dimana perpaduan adalah teras hidup masyarakat harmoni. Secara ikhlas program RIMUP kali ke 2 SKPK sangat meriah dan 90 % tercapai objektifnya.

Dalam menikmati kemeriahan RIMUP, kemarin dan hari ini, terasa diri hiba dan sayu hati. Namun perasaan gembira dan bahagia di sudut hati juga turut terasa.Aku hiba kerana kali ini PRIMUP ada kelainan dari tahun lalu. Kali ini program ini lebih kepada merayakan hari raya, kerana ramai dari ibubapa dan murid sekolah yang berpakaian melayu lengkap dengan songkok termasuk anak-anak saya dan aku sendiri. Saya lihat mereka riang gembira dan seronok sekali. terasa lagi hiba apabila salah seorang guru pelatih mendendangkan lagu hari raya yang bertajuk "suatu hari di hari raya" iaitu disampaikan oleh cikgu Zulkarnain. Lagu ini memang mengajak kita berfikir tentang kasih sayang ibubapa kita serta bersyukur atas kebehagiaan dan nikamat dari Allah kepada kita. Mengenang suasan raya sejurus sebulan berpuasa..terasa satu nikmat kesyukuran dirasai kerana kita berjaya sebulan berpuasa dan kita pula diberi masa untuk menymbut kemenangan kita sebulan berpuasa. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua.

( persembahan yang menarik hati - lagu hari raya Zulkarnain)
Persembahan lagu raya oleh cg Zulkarnain..
( Inilah gayaku di tengah majlis RIMUP tadi..tanpa sedar terikut menyanyikan lagu hari raya dendangan saudara Zulkarnain)
Gambar ini snap terkejut dari saudari Jurlinah.TQ sudi snap/ kandid
Salah seorang lagi guru pelatih mendendangkan lagu bertajuk "genarasiku" lagu ini best sekali kerana berkisar tentang pesanan kepada genarasi akan datang, genarasi anak-anak kita sendiri. mendengar dia menyanyi teringatlah suatu masa lalu, guru ini pernah mendengangkan lagu ciptaan saya yang bertajuk "Selamat Jalan" terbayang dia mainkan gitar duduk di atas pentas. Saya merasa putaran masa ini terlalu singkat hingga dalam sekelip mata insan ini muncul di hadapanku sebagai seorang yang bakal menjadi guru seumpama saya. Dia menjadi kawan dalam pendidikan. Wahai Allah inilah keajaiban yang engkau tunjukkan.Orang yang saya maksudkan ialah cikgu Rudy pelatih dari IPGM Kampusa Gaya Kota Kinabalu.
Tuan Pegawai Perasmi menyampaikan sebuah lagu sementara GB SKPK dan GB SK.Membulu menari twist sekadar menambah seri majlis rasmi PRIMUP.



Tersenyum riang guru pelatih dari IPGM juga dijemput di dalam majlis PRIMUP, sempena perpisahan dan pemberian sijil kepada Cg. Ariffin, Zulkarnain, Rustina, Dg.Suhana, Hayati dan Jamatol Saadiah.

Cg Rudy menerima cenderahati dari AJK PRIMUP selepas membuat persembahan.
Persembahan kanak-kanak skesta hari raya.

( Senikata lagu Genarasiku)Generasi ku
Telah bermula di generasiku
Sebelumnya terkubur
Dan tersembunyi di bima sakti

Untuk apa mengira waktu
Jika detiknya terus beredar
Tiada apa yang dibanggakan lagi

Segalanya telah berlaku
Dan biarlah ia berlalu pergi
Di generasi ku ini o yeah…

Lumrah alam jadi penentu
Segalanya memungkini
Haruskah perjuangan
Diakhiri dengan kegagalan
Masihkah ada sisa-sisa
Semangat yang tinggal

Bangkitkanlah dirimu..
Generasi ku sedarlah..
O oooooooooo

Ulang c/o
Kita masih di sini lagi…o hoo
Mari lepaskan kebosanan duniawai o hoo
Jaga kita..
Tersungkur lagi 3x 3x

Hakcipta: nick eletrica band

Kemeriahan suasana RIMUP peringkat sekolah saya lagi bertamabah apabila sekumpulan murid SKPK membuat persembahan skesta hari raya. Nampak anak-anak SKPK happy sangat menonton persembahan yang simple tetapi kreatif ini.Kata pegawai perasmi, SKPK sudah ada idola apabila lahirnya seorang murid tahun 2008 yang mendapat 5A keputusan UPSR. membentuk anak biar dari rebungnya kata pegawai.Saya amat tertarik dengan ucapan ringkas tuan pegawai perasmi itu. Seolah saya mendapat motivasi baru dalam mendidik anak kita sendiri dan murid - murid sekolah.

Etuza suami isteri..mengabadikan kenangan semasa PRIMUP pada 1.10.2009


Satu lagi pengisian sempena RIMUP 2009 di SKPK ialah pertandingan pakaian RIMUP tercantik yang di kendalikan oleh cg. Salbiah Nadzim. Kalau bahagian pakaian wanita saya nampak sengit kerana memang wanita ini kalau bab pakaian mereka ada pelbagai style dan corak pakaian berbanding dengan lelaki yang style pakaian agak terhad. Pada kali ini Program RIMUP secara kebetulan diadakan pada bula syawal di mana baru seminggu raya berlalu. Saya merasa sesuai untuk berpakaian baju melayu bersamping dan lengkap dengan topi. Saya bukanlah nak merai kemenangan kerana pakaian saya apalah sangat.. biasa sahaja. Inilah kali pertama dalam sejarah perkhidmatan saya sebagai kakitangan kerajaan berpakaian seperti inik di tengah khalayak ramai. Saya pernah tampil dengan pakaian baju selanggor dengan seluar biasa sahaja, tetapi berpakaian baju melayu, bersamping dan ada topi adalah sejarah dalam kamus hidup saya. Bukan tidak biasa berpakaian seperti ini tetapi untuk pakaian ke tempat kerja inilah kali pertama. berpakaian seperti ini ke solat hari raya, hari raya haji selalu atau tiap tahun saya amalkan. Saya tak sangka pula terpilih sebagai penerima hadiah kategori dewasa pakaian unik anjuran cg Salbiah Nadzim. Saya bersyukur pada Allah kerana inilah salah satu nikmat hidup diluar jangkaan. Saya tak ada niat nak bersaing dengan kawan-kawan guru lain mahupun ibubapa tetapi saya memang niat nak berpakaian seumpama ini dalam program RIMUP tahun ini kerana baru seminggu kita beraya, jadi amat molek sekali kita semua berpakaian seperti pakaian dipagi syawal raya. Saya ucapkan juga terima kasih kerana memilih pakaian saya sebagai pemenang kategori pakaian unik dan pakaian raya terbaik dewasa sempena RIMUP SKPK 2009.
etuza menerima hamper pakaian terbaik kategori dewasa sempena PRIMUP 2009 SKPK.

Cg. Jerama AK Reban berbaju kebaya merah dan berseleindang menjadi penerima pakaian terbaik dewasa wanita
Saya cuba paparkan catatan berkisar PRIMUP di sekolah saya dalam bentuk penghayatan terhadap apa yang tersirat dalam majlis ini. Majlis ini merupakan satu tuntutan untuk kita semua cuba amalkan satu corak kehidupan yang harmoni dan bahagia, meskipun kita dari pelbagai anutan dan pegangan agama. Kita dapat hidup satu bumbung yang dinamakan bumbung perpaduan yang semestinya perlu diterapkan dikalangan masyarakat murid kita khasnya. Takkala mereka keluar dalam kelompok masyarakat pada abad kedewasaan mereka, maka mereka dapat menerima keadaan sekelilingnya dengan pelbagai budaya dan etnik masyarakat di Malaysia. Sesuai dengan dasar kerajaan 1 malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan maka SK. Penagatan, Keningau telah berjaya menyelesaikan tugasan mengendalikan PRIMUP tahun ini atas galakan kerajaan dan kementerian pendidikan Malaysia. Menyingkap disebalik program ini, saya melihat kejayaan menjalankan aktiviti ini dengan aman dan harmoni adalah kerana atas dasar keizinan yang maha kuasa, restunya dan berkat usaha kita semua. Dalam pada kita ber gembira kita harus ingat bahawa nikmat berupa keseronokan, kegembiraan,perpaduan kaum, nikmat kelazatan makanan dan nikmat ukhuwa persaudaraan itu adalah nimat yang dianugerahkan oleh Allah hu alam. Tiada kuasa yang lain selain kuasa-Nya. Syukran Ya Allah.

Berikutan pengendalian Program RIMUP ini, saya selaku setiausahanya kini merasa sangat gembira kerana kesibukan sebagai setiausaha terlerai, meskipun laporan RIMUP perlu disiapkan segera. Saya suka mengingatkan diriku sendiri bahawa..terasa ada perasaan hiba dalam diriku, rasa bersalah kepada semua kerana mungkin sepanjang interaksi antara saya dengan kawan sekerja, dengan ibubapa ada saya lakukan kesilapan tanpa saya sedar. Saya mengaku bahawa saya tidak sempurna sebagai hamba-Nya . Ada sahaja perkara yang saya terlupa,tidak siap dilakukan dan pasti ini mengundang tidak kepuasan hati seseorang. Dalam menjadi setiausaha banyak perkara yang saya perlu siapkan, disamping membantu dalam urusan hal surat menyurat tetapi seperkara kita ingat ada juga ibubapa yang tidak menerima surat akibat kealpaan saya sendiri. Ada juga arahan tim.pengerusi PRIMUP yang benar-benar saya lupa menyelesaikkannya. kerana itu timb ul rasa hiba, rasa bersalah pada diriku yang lemah ini. Saya rasa telah melukakan hati mereka, menyinggungi hati mereka. Kiranya mereka berkesempatan membaca paparan dalam laman mayaku ini pasti mereka dapat menyelami perasaan saya dan mintalah agar mereka memaafkan saya.

Dalam kepasrahan ini, aku mohon ampun dariMu ya Allah hu alam..dengarkanlah bisik hatiku, fahamilah rasaku ini yang telah membuat orang kurang berpuas hati akibat sikapku, bersalah kerana gagal 100% menyelesaikan tugas sebagai setiausaha RIMUP, aku mengaku salah dan mohon agar Engkau ya Allahu alam..beri daku ketabahan dan keinsafan agar dapat kiranya kelemahanku itu diperbaiki. Aku tahu Ya Allah bahawa engkau maha mendengar, melihat dan mengetahui segala rasa yang ada dalam jiwaku. Perlihatkan padaku nur kasihmu dengan menjauhi daku dan anak-anak serta isteriku kebahagiaan rasa dan kegembiraan sebagai nikmat selagi hidup dikandung badan. Hibaku dan rasa bersalah pintaku biarlah rerasa ini pergi.. agar damai jiwaku dan terisi jiwaku dengan kasih sayangMu ya Allahu alam..Dapatku pupus rasa bersalah ini dengan siraman zikir taubat kepadaMu. Basah hatiku dan jiwa ku dengan air kalimah suci membesarkanMu agar tenang diriku, sejahtera dan dapat mengemudi diri dalam kehidupan yang bersifat sementara ini.Ameen.

Kepada kawan-kawan, saya sekali lagi mohon maaf kerana hanya beberapa sahaja gambar sempena PRIMUP yang dapat saya paparkan dalam ruangan ini. Saya harap kalian tidak berkecil hati apabila gambar anda tidak terpilih dimuat turun dalam laman atau blog peribadi etuza.Salam kemaafan maaf zahir batin.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: