Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 3 Oktober 2009

Kraya Seni Visual Special To Jurlinah Delipan From Institut Perguruan Gaya Kota Kinabalu & Gambar Perpisahan


Salah satu seni visual yang direka cipta guru seni dan murid-murid SK.Penagatan, Keningau, Sabah.


Guru Besar En. Nasip Dipal memberi ucapan nasihat kepada semua dan peletih KPLI pada 02hb10.2009



Gambar perpisahan antara staf SKPK dengan guru pelatih KPLI dari IPGM Kampus Gaya KK.

Asalamualikum..dan salam sejahtera..kepada bakal guru Cik Jurlina Delipin & Cik Kartini Umin. Hai! apa khabar, pastinya kesibukan masa, perah otak dan kerah tenaga pada masa ini selepas anda semua 2 minggu latihan PBS di sekolah etuza. Saya pasti anda berdua sudah berada di IPGM Gaya Kota Kinabalu meneruskan kuliah dan rutin harian sebagai guru KPLI. Kami di desa mendoakan kejayaan kalian dalam memantapkan ilmu pendidikan agar bakal menjadi guru yang lebih profesional.

Oh! ya lupa pula Cg Rudy Kilip kat IPGM Kampus Gaya Kota Kinabalu juga kan! Sampaikan salam etuza pada dia ok. Saya memang macam itulah di sekolah, kalau ada tetamu saya seolah jadikan mereka kawan, teman dan rapat dengan mereka semua tanpa mengira usia, kita sebenarnya sama saja satu tujuan nak memajukan bangsa dan negara dalam dunia pendidikan. Sebagaimana anda,kebetulan kamu bertiga selalu santai di Pusat Sumber tempat etuza bertugas.Terima kasih kerana kamu bertiga dapat manafaatkan PS sebagai tempat membaca, membuat agsiment dan tempat anda berbincang sesama.

Sebelum etuza memaparkan gambar seni visual special to u all, saya nak ambil kesempatan nak minta maaf nyak2, kerana kuat bergurau, kacau-kacau kamu semua. Rasanya lebih ceria lagi keadaan jika kita mesra dengan sesiapa sahaja. Cuma mungkin ada kesalahan bahasa dan kesilapan tutur kata tanpa disedari maka maafkan saya. Kita semua manusia biasa yang banyak kekurangan. Saya percaya anda semua dapat memaafkan saya ya. Kepada bakal guru saudara Rudy Kilip..memang saya lah orang yang paling gembira takkala mengetahui anda bakal menjadi guru seperti saya. Umpama baru semalam berlalu detik dia di tahun enam dimana etuzalah guru sains dalam kelasnya. Memang dia seorang yang baik top student dan ketua murid di era dia. Pastinya semua guru menyenanginya sebagaimana saya. Melihat anda menjadi guru yang dulunya kami didik maka lahir semangat yang kental lagi membara agar anak-anak saya juga berjaya mencapai cita-cita mereka sendiri seperti kalian. Saya percaya sesiapapun berpotensi akan berjaya dengan adanya kesungguhan dan semangat waja untuk berusaha menggamit kejayaan. Di mana kejayaan selepas bersusah payah serta usaha sendiri itu adalah semanis-manis rasa kejayaan yang akan dituai oleh orang itu sendiri.

Pesan untuk bakal guru ( Jurlinah, Kartini & Rudy)& buat ingatan saya sendiri.
1. Buat kerja dengan ikhlas, tenang dan selalu bertanya jika tidak tahu, nescaya selepas bertanya anda akan lebih yakin.
2. Jadikan pekerjaan kita itu amalan yang memberi kebaikan kepada insan lain, agar hidup insan lain itu lebih terpandu sebagaimana kita diri sendiri terpandu dalam menghadirkan diri dalam lingkungan masyarakat.
3. Usah cepat berputus asa..berputus asa itu hanya merugikan diri sendiri.
4. Sentiasa musahabah diri bahawa kita bukan yang terbaik,tetapi hamba Allah yang lemah, maka kita kiritik diri adalah lebih baik dari mengkritik orang lain.
5. Tanam kasih sayang sesama manusia, khususnya dikalangan keluarga, kawan dan anak-anak murid,mereka adalah warna dalam hidup kita yang menjadi teman dikala susah, tempat bertanya dikala kosong dan ketiadaan idea.
6. Waspada ditempat orang(dirantau orang) rambut sama hitam tapi realitinya hati dan jiwa raga seseorang hanya Allah yang tahu.
7. Sentiasa yakin diri bahawa apa yang kita buat bukan mengundang kemudaratan orang tetapi memberi kesan yang baik kepada orang lain.
8. Berusaha membuat yang terbaik untuk diri sendiri, nescaya kepuasan anda rasai, meskipun bukan yang terbaik untuk orang lain dan untuk semua, tetapi setidak-tidaknya itu yang terbaik kita lakukan. Jangan yang kata orang bagai melepas batuk ditangga sahaja.
9. Sentiasa ceria, banyak berfikiran positif dan mengurangkan fikiran negetif.
10. Sentiasa bersyukur pada apa sahaja bentuk nikmat yang diberi oleh Allah kepada kita semua. Sesungguhnya kesihatan, kesempurnaan fizikal dan rezeki kita adalah kurnia Ilahi.

Nah inilah hasil seni visual yang Cik Jurlina & Cik Kartini nak minta itu. Saya nak e-mailkan tetapi bagus lagi lihat dalam blog etuza. Manatau ada orang lain nak copy untuk agsiment mereka macam anda juga.


Gambar 1

Gambar 2


gambar 3



































pg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5388189498684335618"/>< /a>

Akhirnya selesai juga etuza menunaikan permintaan anda semua..adalah dekat 3 jam..sambil-sambil buat kerja lain, muat turun gambar itu yang late sangat. Apapun harap Jurlina dan Kartini puas hati.Asalamualikum...
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: