Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 7 Oktober 2009

Wajah - wajah ini generasiku, anugerah titipan istemewa dari-Mu & sedikit hamparan mutiara kata.



Wajah-wajah ini amat ku kenali..
Merekalah penyeri hidupku..
Penyatu hati ku dan mama tercinta..
Ibarat kuku dan isi..
Sukar terpisah...
Mereka inilah generasiku...
Anugerah Allah titipan-Nya seketika cuma..
Dipinjamkan wajah manis itu didepanku..
Dibibir mereka senyuman menawan hati..
Aduhai putera dan puteriku...
Alangkah bahagia rasanya bersamamu..

Wajah-wajah ini amatku tahu..
Siang dan malam..
Tiap detik kita bersama..
Sebumbung serumah sebulat di meja makan..
Sealiran darah dari aku dan mama..
Secuit persis mukaku bak muka mama jua..
Sungguh aku kagum mereka tercipta didepanku..
Bagai mimpi, bagai tak percaya..
Kini ku lihat mereka tumbuh membesar..
Menjadi remaja dan lagi besar dari aku dan mama..
Pejam celik sudah pula genarasiku meningakt remaja..
Wajah manis jelita..wajah tampan bercahaya..
Gemersik suara garau..aik anak lelakiku itu..sudah remaja..
Sudah besar dan kini bagai kawan ku, teman mama jua..

Inilah wajah-wajah manis titipan-Nya..
Dihadiahkan padaku dan mama..
Hasil cinta dan kasih sayang yang Allah beri..
Pada satu jalan lafaz nan halal..
Bukan pada cara terlarang..
Cantiknya indahnya lukisan wajah genarasiku...
Aku heh! tak malu membanggakan genarasiku..
Kerana mereka itu insan istemewa..dan tetamu ku
Tetamu dari Allah..maka pujian itu..
Sesungguhnya merujuk kepada hebatnya Allah..
Yang aku sendiri kurang pasti..
Terbentuk, terjadinya lalu membentuk menjadi jasad manusia..
kerana itu kuasa Allah yang menjadikan kita..
bagaimana prosesnya sangat luar biasa..
Jawapan persoalan itu..ialah
Itulah kehebatan Allah taalah..


Wajah-wajah ini adalah generasiku...
Secara jelas mereka semua anak-anak aku dan mama..
kebangganku, kesyahduanku dan kebahagiaanku..
Ku syahdu kerana ingat Allah bagi kami peluang..
Ku syahdu kerana Allah berikan sayang-Nya pada kami
melihat cinta kami nan satu..
Dalam menjana keluarga sakinah..
Kearah insan bertamadun..
Akhirnya jati diri terbentuk teguh
Memberi semua rasa dan warna-warna kehidupan..
Aduhai indahnya hidup bersama zuriat suci ini..
Aduhai indahnya hidup etuza warna kini..
Dihiasi dengan keriuhan siganjil tujuh..

Lihatlah generasiku..
Saling perlihatkan keunikan sendiri..
Ayunya senyum..tahi lalat bertanda..
Di dagu dan dihujung bibir nan merah..
Milik puteriku azie dan puteraku afif..
Ikal rambut dan berwajah bujur..
Milik puteraku irfan..
Kulihat jua mata bundar dan bulat..
Milik bibah dan aliya puteriku sayang
Bulu mata lentik dan wajah bulat cantik dipandang..
Milik Ibnu Mustaqim..dan ikaml puteraku..
Aduhai Allah sungguh kami bangga..
Kagum dengan generasi anugerah-Mu ini..
Semua lengkap tanpa cacat cela..
Seumpama deriaku dan deria mama..
Indah sekali memandang mereka..

Inilah generasiku..
Bukan mudah menanganinya..
Bukan senang membentuk keperbadian mereka..
Bukan terlalu mudah membentuk mereka
Menjadi sang manusia sempurna segalanya..
Bukan terlalu senang membentuk iman dan jati diri mereka..
Tetapi perlukan pengorbanan..dan keikhlasan..
Dua insan ikhlas..terlanjur menjadi bapa dan mama
Melibatkan tenaga, kewangan dan seluruh raga..
Melibatkan kesungguhan dan belit kesabaran..
perlu menadah tangan mulut dan hati berbicara..
Memohon rahmat, hidayah dan petunjuk dari Ilahi..
Agar bersatu pada Dia demi menjadikan generasi kita..
bertaqwa, beriman dan sekurangnya menjadi manusia
Yang mengenal diri bertanggungjawab..
mengenali Allah yakni pencipta seluruh alam semesta..

Bukan mudah berhadapan dengan generasi kita..
Usah menjadi hamba yang tahu beranak..
membentuk mereka diperlekehkan..
Dipersiakan dan merugikan..
Lihatlah penomena kehancuran akhalak remaja..
Oh! tuhan tolong jauhi genarasiku..
jauhi genarasiku dari ternoda..
Terhasut oleh pekik dunia..
Terhasut oleh tipu dan daya..
Jauhi generasiku dari derhaka padaku dan mama..
Jadikan mereka bersatu..seirama dengan langkahku..
Jadikan mereka hamba-Mu yang memuliakan -Mu..
Jikapun dimana lihatlah, jagalah mereka..
kerana takkala mereka berkelana..
Mencari ilmu dan taqwa..
Aku dan mama akan ditinggalkan..
Hanya bayang wajah generasi yang ku lihat..
Sedang jasad dan hati mereka Kau nampak..
pelihara hati dan segala urat saraf mereka..
Dengan kasih sayang-Mu..
Agar mereka menjadi antara yang terpilih menjadi manusia..
Hamba-Mu yang sakinah akhirnya..

Terima kasih ya Allah..
Anugerahkan kami siganjil tujuh..
terma kasih ya Allah..
Nikmat dan warna hidup segalanya kami rasai..
Terlalu banyak rezeki dan rerasa yang Kau beri..
Padahal kadang kami alfa bersyukur..
Padahal kadang kami lalai sejenak..
Tetap juga kami diberi kesempatan..
Peluang untuk terus melayari kehidupan..
Terima kasih ya Allah..
Terma kasih ya tuhan..
Terma kasih segala-gala yang Kau beri..
Seperti usia,kesihatan,makan minum..
Pakaian, rumah, wang ringgit dan semuanya..
Kerana semua itu adalah rezeki yang Kau beri..
Sebagai alat dan model untuk kami..
Terus perjuangkan layar kehidupan..
Di bumi anbia ini..
Selagi Allah kalungkan roh dan nyawa di badan..
Selagi Allah beri kesempatan..
Selagi hayat dikandung badan..
Selagi maut belum memanggil..
Selagi belum dipanggil ke alam akhirat..
Ampuni dosa kami..
Ampuni dosa genarasiku..
Ampuni dosa..ibubapa kami..
Ampuni dosa saudara pupuku..
Ampuni dosa kawan-kawan blogku..
Pada sahabatmusleem jadikan dia sakinah..
Keluarga alimaz sejahteralah cupian..
keluarga kamsiah laksankan detik indah hidupnya..
Pelihara hati abumiftah sekeluarga..
Tidak lupa kepada semua peminat etuza warna kehidupan..
Kayakan kami semua dengan ilmu-Mu..
Ampuni dosa seluruh umat Muhammad..
Ampuni dosa kami generasi sang Adam dan Hawa..
Sejahterakan kami di syurga -Mu..Ameen ya rabbal alamin
InsyaAllah.


Asalamualikum kepada pembaca blog etuzaWarnaKehidupan..sesungguhnya sajak ini termeterai takkala pada jam 12.30 malam saya tersedar dari tidur di atas tikar diruang tamu villa kami. Pada detik jam 8.00 malam saya berehat secara berbaring..terlelaplah mata kuyuku. Masa itu mama membaca paparan blog versi etuza mengenai tangan melecur anak kami Ibnu Mustaqim. Tiba-tiba bila tersedar sunyinya villa. Mama barangkali beri peluang saya tidur nenyak dan izin Allah diruang tamu kat bawah villa kami. Eh ! jam berapa ni aku rasanya belum tunaikan solat Isyak..astagfirullah... lalu aku pi ambil air wuduk dan solat. Pas tu mata macam segar ja..saya ambilah masa buka note book.Tau! tau ada idea pula dari akal otak ini berkaitan dengan anak-anak yang aku banggakan tu. Nah! itulah yang kat atas sajak etuza yang siap hingga jam 2.00 pagi ni. namun tak sedap hati seolah pentingkan diri..akhirnya saya mendoakan semua yang mewarnai hidup blog etuza.semoga doa etuza didengarkan oleh Allah yang kudus. maaflah ya..jika sajak ini ada yang menyinggung emosi anda..kadangkala kita mesti memuji..bagi etuza memuji adalah untuk Allah pada apa yang diciptakannya termasuk tubuh badan kita..menerusi anak-anak kita dan apa sahaja seperti haiwan sekalipun kita kena memuji. Contoh kucing yang bulunya halus dan gebu..eh! perlu tau kucing tu di puji sambil melihat kuasa Allah.

Baiklah untuk pengakhir paparan versi etuza pagi dah ni, saya selitkan beberapa mutiara kata sesuai dengan janji tema paparan ini atau tajuk kat atas tu.Alala.. ada ejaan salah lagi kan..maaf nyak2..nak kejar masa..tula tu.

HAMPARAN MUTIARA KATA PILIHAN ETUZA

1. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

2. Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

3. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puasnya yang kamu inginkan- Abbdullah Mansur M.H.

Salam 1 Malaysia..Malaysiaku tercinta

Wasalam ...see u

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

etuza berkata...

Asalamualikum..warahmatulahi wabarakatu..salam sori petang..paparan baru etuzaWarnaKehidupan.InsyaAllah akan cuba memuatkan semua peralatan secara perlahan-lahan.

Noor Hafizah berkata...

hehehee semuanya ciut2..Moga berjaya hendaknya dunia dan akhirat...salam ziarah kembali