Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 6 Oktober 2009

Inilah padahnya bermain api & plastik minyak ( petua etuza rawat kulit melecur) sedikit tazkirah ringkas



( tangan ibnu yang halus dah rosak akibat main bakar plastik minyak )

Salam alik & salam sejahtera semua peminat laman etuza( adakah peminat) pengungjung yang sudi melawat teratak maya saya.

Sedihnya hatiku sebagai ayah tangan anak ke 6 saya luka akibat dia bermain plastik minyak time abangnya membakar sampah kat pembuangan sampah belakang dapur kami kat villa anjung seri. Kami tinggal kat kebun nun di lembah bukit..tak ada jiran..adalah lubang sampah tempat buang sampah kering untuk dibakar.

Tengoklah tu tangannya..tak kesian ke? time berlaku lebih kurang jam 5.30 minit petang ahad. Masa ni mama ( isteri) masih di UMS sebagai pelajar luar kampus. Nak ringankan tugas saya suruhlah anak saya Irfan bakar sampah yang nak membukit dalam lubang sampah. Kebetulan dah kering semua kerana musim kemarau kat desa saya sekarang. Saya dah pesan agar tengok adik main api jan dekat-dekat..pas tu saya pilah siram bunga-bungaan kami tu.

Tak lama kemudian saya dengar azan bergema, jam 6 lebih dah, saya lalu kat belakang dapur tak ada kalibat anak-anak saya azie, irfan,afif, ibnu & aliya..kakak azie dahpun 12 tahun. Eh! mana pula anak-anak ni saya nak arahkan masuk bab dah azan maghrib, biasanya etuza tak mahu anak-anak saya masih di luar jika azan dah bergema terutama maghrib.Saya intai di balik jendela dapur ke dalam..saya tengok semua keluar dari kamar mandi.Saya tengok ibnu sedang pegang erat tangan kanannya, semua yang lain senyap ja. Eh! kenapa pula mereka ni..mesti ada yang tak kena ni.Mulalah si bapa ni risau dan ingin tahu.

Tak lama kemudian afif muncul kat saya. Pa tangan adik kena api melecur tangannya, kena plastik yang mendidih tu!. Adui...naik darah pula saya tau kerana marah sangat kat semua, tak nak dengar cakap dan pesan bapa tadi. Saya relex ja.. taklah melenting marah, dalam hati marah berbaur kesihan. Mama balik nanti siaplah dia leter saya tak jaga anak-anaklah, tak sayang anaklah..macam-macam komen dia saya bayangkan ja.

Saya ambilah minyak gamat..ubat lukanya..tapi kulitnya kembang dan mula membengkak.Ada cairan air dalam kulit..dah kena minyak pelastik, yang satu lagi kulitnya benar-benar terkupas sebesar ibu jari saya. Pedih juga ulu hati saya rasa saya pula yang sakit. Kebetulan pula saya paling tak suka tengok luka-luka ni. Tak sanggup tengok. Macam mana lagi mama tak ada saya lah mak sayalah bapa time dua hari ini.

Saya tahu juga cara rawat kesan melecur seperti guna colgate. Tapi saya tak ambil colgate, sebaliknya saya try manafaatkan daun lidah buaya yang berlambak kat laman kami. Eh! dalam beberapa minit kulit melecur tangan ibnu kering dan mula mengempis, mujarab pula lidah buaya tu.

Masa rawat tangan kanan ibnu saya cakap kat dia"inilah akibat main api, api tu panas..kan bapa dah pesan jan dekat api, jan main bakar plastik..nah sakitkan macamana nak pi sekolah esok kawan nampak malu"
"inilah rasa kesakitan kena api..sakitkan?..pernah tak ustaz cakap pasal neraka..adakan"

" Ustaz cakap di neraka panas lagi panas api di sana.. dari panas api di dunia"
" Mau main bakar plastik lagi lain kali ka?"
Sepatah saja jawapan ibnu menjawap " tidak " saya tengok wajahnya macam kesakitan dan muka muram, sedih dan rasa menyesal semua nampak di muka dia. Saya tak bawa di pi hospital, dah nak malam..anak-anak tiada jaga.kalau melarat lukanya esok jalah saya hantar di hospital.

Mujur ada bunga lidah buaya kami kat laman. Inilah gambar time saya rawat luka lecuran kulit tangan ibnu.Sempat pula ambil gambar time ambil daun lidah buaya tu. Baca bisimillah dan salawat nabi..niatkan untuk merawat.

keadaan luka selepas luka dibersihkan ( ngeri juga tengok luka ni..kasihan )


lendir lidah buaya saya alis dan ratakan kat luka lecuran ditangan


cara potong daun lidah buaya mulakan ambil di bawah, ambil daun tua..jan ambil kat daun muda, rosak keindahan bunga itu.
elak dari potong daun muda dan pucuk daun di atas kerana dengan memotong daun muda dan bahagian atas akan mencacatkan daun dan keunikan daun lidah buaya kita.



Seperti yang kita ketahui mulakan dengan membaca basmillah dan salawat nabi jika nak ambil tumbuhan untuk merawat.Guna pisau tajam untuk memotong walaupun daun bunga itu lembut.Ini mengelakkan bunga lidah buaya kita rosak dipandang.

Di sini saya nak ambil kesempatan kepada semua yang ada anak-anak kecil macam saya, ambilah iktibar dari peritiwa ini. Keadaan ini berlaku ada kaitan dengan kecuaian saya sendiri. Meletakkan kepercayaan kepada anak-anak tak bertempat. Saya arah anak membakar sampah padahal benda itu mengakibatkan keadaan merbahaya. Lebih buruk lagi keadaan jika ada kawasan kebun terbakar atau benda lain yang terbakar. Nazubilahiminzalik.

Marilah menyedari..bahawa keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab kita. Ada kesalan juga dalam jiwa ini apabila melihat tangan anak saya sudah melecur. Apa nak buat kadangkala dalam rumah pun kita tak mampu mempastikan 100% bersama anak-anak kita. Saya mengharap selepas apa yang menimpa ibnu mustaqim dia akan sedar agar tak bermain bakar plastik lagi, begitu juga dengan anak-anak saya yang dah boleh berfikir agar dapat mempastikan keselamatan adik-adik ketika di luar rumah. Kadangkala peritiwa ini akan menjadi pedoman agar lain kali kita lebih berhati-hati.

Saya nak kongsikan lagi, tiap hujung minggu mama ( isteri ) saya akan ke UMS kadangkala hari jumaat petang lagi dia dah jalan ke UMS dengan menumpang kereta kawannya yang sama-sama pelajar out campus di UMS Kota Kinabalu. Huh! semua kerja dia saya yang buat, cuci kain, masak, sapu rumah, lipat kain, jemur kain cucian, mandikan adik su ( aliya) beri makan anak-anak,pakaikan baju adik bongsu..kemas rumah semua kerja mama pindah kat tangan saya selama dua hari. Penat tu memang penat..terutama bab memasak. Anak-anak minta masak lauk sedaplah..nak minta bikin kan air susulah. pendek kata penat sangat time hujung minggu ni. Saya benar-benar terasa beratnya tanggungjawap seorang isteri dan mama kepada anak-anak saya. Rupanya jika bukan dengan keikhlasan dan kesabaran mana nak jadi semua benda tu..makanan yang biasanya dihidang oleh mama time tu saya yang hidangkan kat meja hidangan. Penatnya... saya nak cerita panjang juga tentang perana isteri kita dalam hal jaga makan minum kita satu family selama ini..saya memang jarang memasak.Buka tak pandai masak..time bujang bolehlah masak selalu kat dapur. sekarang dah ada mama, dialah yang urus dapur villa kami, tanp[a rungutan dia sabar beri kami makan yang siap sedia di masak dengan air tangannya.

Bila ingat ini semua, baru sedar betapa pengorbanan isteri kita tak terhingga. Sesampai mama dari kota kinabalu dai terus ke dapur nak memasak untuk kami semua. Saya buat apa lagi duduk depan komputer up date blog kalau tak menonton atau membaca surat khabar. Hai! itu time malam ya..kalau siang tidur lah saya tu..pas tu buka komputer membaca catatan kawan-kawan blog dan selebihnya saya buang masa merawat tanaman bunga dan buah-buahan dekat villa kami. Buang rumput dan siram. Itulah rutin harian saya. Tak adalah buang masa sangat.

Hal anak tangan melecur tu diluar jangkaan saya..ingatkan anak saya ibnu tak ikut pi belakang rumah main api. Dia kata salah pegang kayu lalu jatuh hempap tangannya, cairan plastik melekat di kulit tangannya. Harap cepet sembuh. Dah guna minyak gamat dan lendir daun lidah buaya. Pas ni saya nak guna pula tahi cacing yang kawan sekerja cerita tadi. katanyaubat cepet sembuh kulit melecur ialah tahi cacing.

caranya
1. ambil tahi cacing
2. Letak sedikit air yang baru masak dan lebutkan tahi cacing tersebut.
3. kira-kira cairan water colour, baru ratakan ke permukaan yang melecur tu.
4. Biarkan,cairan tanah yang merupakan tahi cacing itu akan mengering, secara langsung luka juga akan mengering dan akan cepat sembuh. semoga usaha saya akan berhasil untuk kulit ibnu cepat sembuh.


tahi cacing tanah


tahi cacing tanah yang telah dicairkan


cairan tahi cacing tanah dilumurkan ke permukaan luka lecuran tangan ibnu

Semoga usaha ini akan menambahkan proses kesembuhan yang cepat kepada luka kulit melecur anak kami ibnu mustaqim.

Info lidah buaya
*ceceir atau lendir yang berada di bahagian dalam daunnya, dipercayai boleh menyuburkan rambut dan melentikkan bulu mata.
*Sejenis tanaman yang mudah tumbuh sama ada ditanam di dalam pasu atau di kawasan tanah lapang.
*Pokok lidah buaya menjadi terkenal kerana ia dikomersilkan untuk dijadikan bahan kosmetik berguna bagi penjagaan dan penyubur.

Khasiat lidah buaya
*keseluruhan daun, akar dan bunganya yang segar, baik untuk kesihatan.
*cecair atau lendir yang berada dibahagian dalam daunnya,dipercayai menyuburkan rambut apabila ia dilumurkan pada rambut kemudian dibalut dengan tuala basah,
*Selain itu jika lendir lidah buaya disapukan pada bulu mata tiap-tiap malam akan melentikkan bulu mata.
*Lendir lidah buaya juga boleh melembabkan dan melicinkan kulit muka serta mematikan pigmen hitam sekiranya disapu pada kulit muka disamping melindungi dari pancaran ultra-violet.

kebaikan lain lendir lidah buaya.
1. mempercepatkan proses penggantin sel
2. mengelakkan jangkitan
3. Merawat kudis atau luka.
4. meredakan gatal-gatal dan menghilangkan parut.
5. boleh juga diguna untuk disapu disekeliling bisul untuk meredakan kesakitan.
6. manakala jus Aloe Vera dapat mengawal tekanak darah tinggi, kancing manis,masalah jantung, luka dalam badan,buasir, sembelit, sakit sendi,ulser masalah ginjal dan banyak lagi.



Gambar ibnu bersama ismat afif di rumah nenek di Kg Penagatan Ulu, Keningau.



Gambar ibnu bersama kawan-kawan di raya PRIMUP SK.Penagatan, Keningau Sabah.2009
Nampak gayanya kena juga saya bawa anak saya ke klinik takut pula kulit dia kena jangkitan kuman. Insyaalah.

Lastly
Paparan ini ada maksud tersirat, khusus diriku & kepada kita semua. Mana-mana yang tersalah eja, salah cakap saya pohon maaf. mana-mana yang baik itu kita jadikan panduan dalam meneruskan layar kehidupan.

HAMPARAN TAZKIRAH
UBAT HATI ADA 5 PERKARA
1. Baca quran dan maknanya
2. Dirikan solat malam
3. Berkumpul dengan orang soleh
4. Banyakkan berpuasa
5. Zikir malam berpanjangan.

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
1.Semalam: sudah menjadi sejarah
2. hari ini: apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari yang pertama.

Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Asalamualikum..salam 1 Malaysia
.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: