Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 5 Oktober 2009

Proses Kejadian Bapa Kepada Segala Manusia ( nabi Adam alaihissalam..


Asalamualikum..salam sejehtera..baru balik dari tempat kerja, pagi tadi jam 10.00 etuza sempat membaca paparan terup date ( terkini )kawan blog saudara alimaz kembara terasing. Nak tahu tak inilah blog first etuza meet kat internet maya terus tertarik dengan lagu slow yang menarik,etuza santai kat laman maya alimaz, eh! ialah kasihan dia sedang kembara terasing..etuza temankan maya dia..masa tu. Ha! sampai ke hari ini tak sah kalau tak pi teratak maya dia..barulah kembaranya tak terasing kan!kan. nampak ada lembaga manusia kat post link blog saya, hati etuza berkata apa benda ni kat teratak maya alimaz..orang tak ada baju ka..apa ni.Rupanya proses kejadian kita yang bermula dari Nabi Adam alaihissalam..nak menangis saya pas membaca...nampak sangat kehebatan Allah..ciptaannya sungguh mengkagumkan.Saya percaya adam nabi kita tu cantik tiada bandingannya. So, etuza tadi dah pi berunding dengan alimaz nak ilmu dia ni copy ja pas tu paste kat blog etuza..bulat-bulat saya cedok oi...muka tak malu tul etuza..benda baik kan..lagi best ramai baca ilmu kita ibarat air.. mengalir yang baik kita pulangkan pada Allah.InsyaAllah...jemputlah baca cerita ya...moga bertambah keinsafan kita semua..

Lastly sebelum paparkan tqtq so much to alimaz..

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam.....
--------------------------------------------------------------------------------------
*kita semua sama......jangan menghina insan lain ...umpama menghina diri sendiri....dan ciptaan-Nya*
*Sebaliknya kita saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain..kita lihat kelemahan kita dulu sebelum menilai orang kat sebelah kita...kita sama saja biarpun warna kulit tak sama..takkala luka darah kita merah...namanya manusia hamba Allah yang diciptanya sejak adam dan hawa..mengkagumi sesuatu itu sebenarnya kita sedang memuji sang penciptanya yakni Allah taalah.*

Saudara alimaz tq...



Simbolik( cerminlah diri kita, sehalus-halusnya..usah melihat cermin diri orang lain jika cermin diri masih ada yang tidak sempurna
Simbolik( tiap manusia ada sifatnya sendiri..keramahan dan mudah tersenyum merupakan cara teguran yang dianggap amalan. keramahan dengan diiringi salam & berjebat tangan dengan ikhlas nescaya gugurlah tiap satu dosa kita. bersalamanlah sesama kita..dengan izin Allah akan ada fadilat yang tersirat.
Simbolik( raiekan tetamu kita biarpun dengan salam berjebat diiringi senyuman ikhlas, basahkan tekak tetamu biarpun seteguk air putih nescaya ada kebaikan bersedekah,ingatlah bahawa amalan bersedekah adalah sebaik-baik amalan)
Simbolik ( semua makanan ada rasa sendiri, enak & sedap dimakan namun bijaklah memilih yang halal. pa saja makanan semuanya suap ke rongga mulut, dikunyah lalu ditelan adoiii! lazatnya mengisi sang perut, namun harus diinggat makanan yang masuk ke perut harusb yang bersih & halal, kerana jika tidak dari makananlah yang kita simpan diperut akan mengundang penyakit. awaslah pada makanan yang kita makan setiap hari..amalkan pemakanan yang sihat,nescaya kita dipayungi dengan kesihatan.)
Simbolik ( pujian itu mampu membakar semangat..kalau memuji harus ikhlas dan dinyatakan mengikut situasi..memuji bunga yang cantik,elok dipandang, warna bercahaya, segar disentuh dan uniknya..harus diingat bahawa pujian itu secara langsung pujian kita dan kekaguman kita pada sang penciptanya iaitu Allah taalah segala puji adalah untukNya. Kerana segala makhluk di bumi ini adalah ciptaanNya.)


Simbolik ( mulakan dengan ucapan bisimillah...takala memulakan apa saja pekerjaanmu, orang yang tidak memulakan pekerjaan seumpama menjamah makanan umpama makan makanan itu bersama syaitan laknatullah yang terlebih dahulu kenyang sebelum perut kita(masyaallah). ingatlah dengan kalimah bisimillah..nescaya kita dilindungi oleh Allah dari bisikan dan tipu daya sayitan)



Simbolik ( nak menggengam kejayaan harus dimulakan dengan pijak tangga pertama tuk mendaki bukit kejayaan.nak berjaya dengan melompat tangga terus ke tingkat atas anda akan menghadapi kesakitan kegagalan. kejayaan yang murni adalah hasil keringat kita sendiri. berbahagialah orang yang berjaya dengan restu dan rahmat ilahi mengiringinya.untuk berjaya harus BELAJAR..BELAJAR LAGI.. DAN BELAJAR TERUS-petikan kata-kata motivasi saudara Rudy Kilip _kampus IPGM Gaya Kota-Kinabalu)



Simbolik ( anak-anak adalah titipan yang dipinjam sementara dari Allah. anak-anak itu sebaik-baiknya kita basahi dengan ketaqwaan dan kekuatan iman sebagai peneguh diri mereka agar tidak terjebak dengan hasutan dan godaan duniawi..gembirakan anak-anak secara bertaqwa bukan menggembirakan anak secara membutakan mata hati..hiasilah hati anak-anak dengan iman dan taqwa nescaya mereka akan menjadi warna kehidupan kita sama ada di dunia atau diakhirat sana)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: