Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 3 Oktober 2009

Berita berita ringkas blog etuza warna kehidupan


Asalamualaikum warahmatulhaiwabarakatu..
Kali ini paparan ruang catatan etuza ialah mengenai beberapa informasi atau berita ringkas untuk tujuan menghebahkan kepada masyarakat tentang maklumat tersebut. Kiranya hal tersebut merupakan maklumat penting sila lah berbuat sesuatu, namun jika tiada kaitan abaikan dan kita teruskan kehidupan seperti biasa.

Berita 1

Saya dikhabarkan oleh seorang makcik di kampung saya tentang suatu berita yang menyedihkan hati, menimbulkan kesayuan dan keinsafan. Berita yang disampaikan kepada saya ialah tentang kematian atau meninggalnya saudara sedesa ( Kg. Penagatan ULU)kita yang bernama RIKY BIN FRANCIS.Kepada orang-orang kampung saya di mana-mana merata Sabah dan di Semenanjung Malaysia, anda kenal tak arawah ini. Ibunya bernama Soineh Gutong atau dikenali dengan pangilan Jalinah di desa kita. Memang ditakdirkan kematian itu kepada setiap manusia. Arwah ini telah berhijrah ke Semenenjung Malaysia bertahun yang lalu. Dia ada keluarga angkat di sana. Minggu lalu dia meninggal dan dikuburkan di Semenanjung Malaysia.Tempat etuza masih kurang pasti. Mayatnya tak sempat di hantar ke Keningau Sabah, walaupun desa kelahirannya di Keningau Sabah dan ibunya masih hidup. Di mana mayat arawah di kebumikan tak menjadi masalah, kita semua boleh mendoakan agar aruwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Alfatiha untuk arwah. Kepada family arawah, sabar dan kuatkan iman menerima takdir ini. Marilah menginsafi diri dan lebih kuat menegakkan agama dan menanamkan rasa kehambaan kepada-Nya. Dia yang jadikan kita di dunia dan Dia juga yang mematikan kita.

Berita 2

Masih lagi seperti ribut satu kejadian di SM Gunsanad 2, Keningau Sabah mengenai satu peristiwa guru membaling fail ke arah pelajar lelaki tingkatan 3 bernama Elton Bin John, hingga pelajar tersebut cedera dan cacat. Ya Tuhan bagaimana seorang guru boleh hilang pertimbangan hingga tergamak melakukan perbuatan tercela itu. Mengapa guru yang berpendidikan sanggup merosakkan nama profesion keguruan. Di sini kita dapat menilai guru berkenaan dengan pelbagai tanggapan negatif. Ini sudah cukup merosakkan susu sebelangga. Nila setitik merosakkan susu putih tersebut. Menurut yang saya baca hal kejadian ini akan disiasat hingga ke akar umbi. Etuza terbayang bagaimana penumpuan pelajar ini mengambil exam PMR apabila anggotanya dah cacat. Kasihan.. walau senakal manapun seseorang pelajar kita, mereka tetap sama dengan kita iaitu manusia atau orang yang perlu diberi kesempatan merubah diri. Fikirkan kelemahan kita juga...ya.KENINGAU: Kisah malang yang menimpa pelajar Tingkatan 3 SMK Gunsanad 2 – Elton John, 15, yang mengalami kecacatan sebelah badan, selepas dilempar dengan fail oleh seorang guru displin pada Rabu, menimbulkan kemarahan rata-rata ibu bapa di daerah ini.

Ibu bapa yang ditemui menyifatkan perbuatan guru tersebut sebagai melampau, dan tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang guru yang berpendidikan.

“Ia sungguh memalukan dan mencemar nama baik institusi perguruan,” jelas Mantan Pengerusi PIBG SMK Gunsanad – Aizan Mian.

Aizan yang sedih dengan kejadian itu, mahu pengurusan sekolah mencari penyelesaian terbaik berhubung dengan kes itu.

“Pelajar itu sudah cacat, dan beliau perlu dipulihkan seperti sedia kala, tetapi mampukah guru berkenaan mengambalikan sesuatu yang hilang daripada pelajar itu,” tegasnya.

Aizan amat kesal kerana kekasaran masih menjadi pilihan utama guru-guru untuk membetulkan displin pelajar di sekolah.

“Tidak adakah cara yang lebih mulia daripada itu,” sambungnya.

Pengerusi PIBG SK. Panagatan Keningau, Mohd Khairil Abdullah pula mahu supaya satu siasatan terperinci dilakukan ke atas guru yang terlibat.

“Kes melibatkan kecederaan ke atas pelajar sering kali berlaku pada era ini, sekaligus mencerminkan kualiti perguruan boleh dipertikai,” katannya.

Menurut Khairil, guru pada sebelum ini dan masa kini amat jauh berbeza.

“Apabila kes-kes seumpama ini sering kali terjadi, nilai seorang guru itu terlalu rendah,” katannya.

Seorang bekas pengerusi PIBG SK Meninipir – Salleh Benedict mengutuk perbuatan itu dan mahu agar guru serta pengurusan sekolah bertanggungjawab sepenuhnnya.

“Ia tidak memadai dengan sekadar mengucapkan ‘saya memohon maaf’, kerana pelajar itu kini cedera,” tekannya.

Salleh mahu agar perbuatan seumpama itu tidak akan berulang, dan institusi perguruan harus memastikan guru yang dilahirkan benar-benar berkualiti.

“Kenapa mesti menggunakan kaedah yang mirip kepada perangai samseng,” tekan seorang aktivis masyarakat Ebin Sombuting.

Ebin yang kecewa dengan kejadian itu mencadangkan agar satu kaedah perlu dibuat, untuk merawat mana-mana guru yang bermasalah.

Apapun tambah aktivis itu, penstrukturan semula mengenai kaedah memperkasakan displin dikalangan murid atau pelajar, perlu dibuat bagi memastikan sekolah itu benar-benar selamat untuk pelanggan.

“Apabila kes-kes ala samseng seperti ini berlaku, kita merasakan sekolah tidak selamat untuk anak-anak kita,” jelas seorang ayah yang hanya mahu dikenali sebagai Jimmy.

Berita 3
Jika anda orang Keningau dan sering melalui jalan seberang pegalan atau jalan ke Magatang. Berhati-hatilah kita semua di satu bukit tinggi dekat perumahan Taman Bersatu. Kalau dari pekan Keningau kita akan naik bukit kemudian menuruni bukit ke Taman bersatu. Keadaan jalan raya berbukit ini adalah merbahaya jika kenderaan kita di pandu laju. Kenderaan besar kemungkinan akan tergelincir dan jatuh ke gaung atau terus ke sungai pegalan. Jika tidak pun kenderaan akan menghempap permukaan bukit seterusnya terbalik. Marilah berhati-hati di jalan raya yang saya maksudkan itu, iaitu di kawasan perumahan Taman Bersatu. Sebagai makluman kita semua..pernah pada musim puasa atau bulan ramadahan yang lalu, pernah berlaku empat kemalangan kenderaan berlaku di kawasan tersebut. Harap kita yang mempunyai kenderaan sentiasa berhati-hati sama ada naik bukit atau turun bukit ini.
( maklumat lebih jelas baca ini, etuza copy kat internet- keningaukini)

Berita 4JALAN BAHAYA … Berpuluh kenderaan terbabas dan terjatuh ke gaung ketika melalui jalan ini


KENINGAU: Empat kemalangan berlaku da lam tempoh 48 jam di lokasi yang sama, di Keningau melibatkan satu daripadannya nyaris mengundang maut.

Mangsa yang terlibat seorang pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri Cawangan Keningau, dikejarkan ke hospital daerah sebaik diselamatkan oleh orang ramai, selepas kenderaannya terbabas dan tergolek sekurang-kurangnnya 10 kali, sebelum terjunam kira-kira 50 meter ke gaung.

Mangsa seorang wanita dan masih trauma dengan kejadian mengerikan itu.

Menurut saksi, kemalangan pertama berlaku tengah hari dan petang pada Isnin, sementara pagi tadi dua lagi kemalangan berlaku kesemuannya disebabkan gagal dikawal ketika menuruni jalan aspal sebebuah anak bukit, yang ditembusi batu kelikir yang terjatuh daripada lori yang membawa batu pasir berlebihan.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas di tempat yang sama selang 3 jam daripada kejadian pertama pagi tadi.

Pemandu terselamat, namun kenderaannya mengalami kerosakan selepas terbabas sebelum tergolek.

Saksi saksi kejadian memberitahu, jalan aspal menuruni sebuah anak bukit berhampiran Taman Bersatu Jalan Trans Pegalan, sering ditimbusi batu kelikir mengakibatkan kenderaan yang melalui jalan itu sukar diberhentikan dan terbabas.

Tahun lalu seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, nyaris maut di tempat yang sama.

Laluan setinggi 30 darjah ketinggian itu menjadi laluan utama lori-lori pengangkut batu pasir, milik sebuah pengusaha kauri yang beroperasi kira-kira 1,000 meter dari tempat tersebut.

Amaran telah beberapa kali dikeluarkan oleh pihak keselamatan kepada pengusaha kauri tersebut, agar tidak membenarkan lori-lori membawa muatan batu pasir berlebihan, tetapi amaran itu tidak pernah dihormati oleh syarikat tersebut, menyaksikan kemalangan demi kemalangan berlaku.

“Mereka memperlekehkan keselamatan pengguna … mereka lebih memikirkan keuntungan,” jelas seorang mangsa yang enggan namanya dipetik.

Pengerusi Tukun Tetangga (RT) Panagatan Ulu – Mohd Khairil Abdullah mahu supaya laluan itu ditutup sementara kepada kenderaan berat, bagi mengelak kemalangan berulang lagi.

Khairil mendesak pengurusan syarikat itu supaya bertanggungjawab ke atas kesemua kejadian kemalangan itu, dan membayar kesemua kerugian yang dialami mangsa-mangsa yang terlibat.



Suami isteri terkejut sejadah "berdiri" sendiri



MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi.

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama

Ulasan etuza. Inilah kebesaran Allah, maha hebat dan sangat bijaksana. Bagi etuza hanya Allah yang maha mengetahui disebalik kejadian ini, kita hanya mampu tunduk dan akur bahawa kuasa Allah tiada yang dapat menandinginya, inilan pula kita sebagai manusia. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang nyata dan segala yang tersembunyi. Wallahualam.

Berita 5
Hampir 3 ribu mangsa gempa Padang mungkin terperangkap: Jakarta


PADANG: Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan hampir 3,000 mangsa mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat di Padang, Sumatera Barat kelmarin.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana kementerian itu, Priyadi Kardono, berkata 715 orang sudah disahkan terbunuh manakala 2,400 lagi dirawat di hospital.

Gempa bumi dasar laut berukuran 7.6 pada skala Richter menyebabkan kemusnahan teruk di sebahagian besar Sumatera Barat.

Kardono berkata, lebih 20,000 bangunan dan rumah rosak teruk atau musnah dan hampir 3,000 orangf masih terperangkap di Padang dan enam lagi wdaerah.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang terselamat manakala bantuan antarabangsa mula tiba. - AP

Berita 6
Pembayaran pencen Isnin ini sempena Deepavali


KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan akan menerima pencen masing-masing Isnin ini sempena sambutan Deepavali pada 17 Oktober.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam waran pencen yang bertarikh 7 hingga 31 Oktober dan yang dibayar melalui bank boleh ditunaikan mulai Isnin.

Menurut kenyataan itu lagi sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478. - Bernama

Berita 7


Aktif di Tempat Kerja
EmailWritten by saiya on May-2-07 9:00pm
From: kitasihat.blogspot.com
Amalkan aktiviti fizikal di tempat kerja setiap hari.

1. Berhenti melakukan kerja (x-break) untuk melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana beberapa minit sehingga mencapai kumulatif 30 minit setiap hari. Contohnya:
berjalan pantas 10 minit setiap kali

bekerja sambil mengangkat barang 5 minit setiap kali

senaman ringan menggunakan fitball

lompat tali skipping beberapa minit
2. Gunakan waktu rehat bekerja untuk aktiviti fizikal. Contoh: Senaman Regangan
3. "Deep Breathing Exercise" sebanyak 5-10 kali setiap sesi dalam masa 2 jam.
4. Menggunakan fitball sebagai kerusi ditempat kerja.
5. Banyakkan aktiviti naik dan turun tangga dari menggunakan lif di tempat kerja.
6. Banyak melakukan regangan pada otot-otot skeletal dan menggerakkan sendi-sendi besar (gerakan kalistenik)
7. Sertai sesi aktiviti fizikal yang dianjurkan seperti senamrobik.
8. Gunakan kemudahan sukan dan riadah yang disediakan. Contoh Gimnasium dan Joging.

Berita 8

Bunga kemboja

Bunga kemboja cukup sinonim dalam masyarakat Melayu. Ini kerana pokok bunga ini selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan. Bunga ini merangkumi pelbagai warna seperti kuning, merah jambu, merah hati dan putih. Bunga ini berbau harum semerbak.
Bagi sesetengah kepercayaan dalam masyarakat Melayu, pokok bunga kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana boleh menimbulkan rasa seram seperti suasana kubur dan dipercayai boleh mengundang roh jahat yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah.
Ada juga kepercayaan sebahagian masyarakat Melayu yang menganggap mereka yang menemui bunga kemboja berkelopak genap (enam kelopak) akan sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak.

Berita 9
Sesiapa sahaja rakyat di Malaysia adalah perlu menjaga kesihatan setiap masa. Gejala penyakit yang merbahaya yang melanda dunia masa kini A1N1 amat digeruni kerana penyakit ini telah memakan nyawa ribuan diseluruh dunia. Walaupun akhir-akhir ini wabak ini sudah kian tenggelam namun usaha yang berterusan harus diamalkan sebagai langkah bijak untuk berjaga-jaga dan jauh dari penyakit berjangkit. Usah memandang remeh apabila anda merasa tidak sihat terutama mengalami beberapa simptom2 yang dikhuatiri penyakit kronik. Cepat-cepat berjumpa dengan doktor untuk meminta rawatan selanjutnya. Ingatlah kesihatan kita terletak pada gaya dan amalan hidup kita yang sihat sepanjang masa.
Penolong Kanan SKPK Pn. Masrinah Mohammad seorang wanita tabah dan sabar. Kini beliau telah kehilangan suami selepas suaminya meninggal sejurus menjelang raya tahun2009. Kita warga SKPK merasa terkilan kerana tidak dapat datang menziarahi PN. Masrinah Mohammad kerana semuanya sibuk di pagi raya di kampung masing-masing. Sepohon doa agar suami arwah suami Cg. Masrinah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. Al Fatiha untuk arwah suami Pn. Masrinah Mohammad.

Berita 11Anak Lembu Berkepala Dua ( daerah Tambunan)


Tambunan: Anak lembu jantan dua kepala gemparkan penduduk
Tagged with: Lembu, tambunan
Posted by keningaukini on Sunday, September 27, 2009, 23:36
This news item was posted in Keningau Sekarang category and has 4 Comments so far.

TAMBUNAN: Pelik tapi benar. Begitulah kejadian an- eh pada gambar yang dipa- parkan ini, iaitu anak jantan lembu berkepala dua.

Jarang kita dengar atau lihat peristiwa seperti ini berlaku tetapi hakikatnya begitulah.

Peristiwa anak jantan lembu berkepala dua ini terjadi di Kampung Lubong kira-kira 3 km dari pekan Tambunan.

Menceritakan kejadian aneh tersebut Bernard Jamiun, 41, seorang guru telah berkesempatan melihat ibu lembu tersebut yang terbaring di tepi jalan raya ketika sedang mela- hirkan anak pada pagi Sabtu.

Beliau ketika itu dalam perjalanan memandu kereta dari Keningau ke Tambunan semata-mata untuk melihat datuknya yang telah meninggal dunia yang juga kebetulannya di Kampung Lubong Tambunan.

Beliau tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 11. 30 pagi dan ketika itu orang ramai sudah mula berkerumun.

Bernard berserta keluarga tidak melepaskan peluang untuk melihat kejadian pelik tersebut.

Jelas Bernard, ibu lembu tersebut dalam keadaan kepayahan ketika hendak mela- hirkan anak disebabkan anak lembu tersebut berada dalam keadaan songsang.

Justeru, katanya ini men- yebabkan orang-orang kampung yang tinggal berhampiran terpaksa menggunakan tali untuk mengikat kaki anak lembu tersebut bagi mengeluarkannya dari perut ibunya.

Jelas Bernard, kira-kira lima jam barulah anak lembu tersebut berjaya dikeluarkan, iaitu bermula dari jam 10 pagi hingga 3.00 petang.

Namun, sebaik saja anak lembu tersebut berjaya dikeluarkan, didapati rupa-rupanya anak lembu tersebut berkepala dua, jelas Bernard kehaira- nan.

“Tapi sayang sekali anak jantan lembu berkepala dua itu tidak dapat diselamatkan”, ujar Bernard.

Bagaimanapun ibu lembu tersebut masih hidup, jelasnya.

Bernard yang juga penduduk kampung berkenaan menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui siapakah se- benar pemilik lembu tersebut.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: