Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 27 Oktober 2009

Musahabah Diri (thingking) seorang kembara sepi


( Seharusnya berpuas hatilah pada apa yang ada, berfikirlah sebelum bertindak. Sebaiknya bertanyalah pada orang yang lebih bijak dan berpengetahuan..etuza! berfikirlah untuk meneruskan kembara mayamu, sedang teratakmu sudah punah oleh kesilapanmu sendiri. Huk!huk! sedihnya ..penat pun ada.)

Sayang sekali jika benda yang berharga dan ada nilainya hancur dan punah. Sedihnya mengenangkan apa yang telah dbina tetapi dirobohkan semula oleh tindakan dan kesilapan sendiri. Malangnya jika kembara sendiri tanpa ada teman pembimbing yang dekat. Malunya bila ada teman datang ziarah, tetapi kaki dan tangan bagaikan cacat kelihatan. Inilah padah bila membuat sesuatu tanpa berfikir dahulu. Sendiri menyakiti hati, menangis oh! itu bukan sesuai bagi lelaki seperti etuza. Sedih, malu dan hampa perasaan itu tebalnya tak tersukat. Apa daya..percubaan saya gagal memusnahkan keceriaan laman blog etuza warna kehidupan.

Bayangkan perasaan ini, selami hati yang kecewa ini.Inilah manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada. Keinginan mencuba sesuatu padahal diluar kemampuan diri akan memakan diri sendiri. Itulah yang etuza alami kini. Nak kesalpun sudah tidak berguna.

Tentu ada yang keliru why! saya sedih sangat ni. Apa tidakknya teratak maya yang saya bina, sudah cantik dan ceria, kini sudah hilang oleh kuasa teknologi akibat kesilapanku sendiri. Fikirkan bagaimana payahnya saya mencari kod-kod blog etuza yang baru dan yang lama untuk di muat turu semula agar terbina teratak maya etuza. Mungkin kali ini lagi payah mencari kerana rasanya ada rerasa berputus asa berkocak dijiwa. Semoga saya dapat mengatasi masalah ini, dan tidak akan lagi mencuba mengaplikasikan sesuatu tanpa pengetahuan yang lebih dalam.

Bukan saya tidak puas hati dengan kerja saya merekacipta blog etuza warna-warna kehidupan yang sudahpun aktif dan menampakkan kemesraan kepada para pengunjung yang saya tidak tahu arah dan di mana itu, cuma saya teringin nak mencantikkan tulisan pada post kolum kiri dan kanan, saja nak justifyingkan catatan di ruang sidebar kiri dan kanan agar nampak lagi hensem dan tampan, tapi lepas itu berserabut tidak tersusun. Nampaknya saya kurang faham dan salah letak, bila sudah masuk ruangan html saya agak keliru pada kod-kod hmtl, selepas copy paste yang saya mahu iaitu justify hilang pula banyak maklumat, kesilapan saya lagi ialah tidak save tamplate lama, saya terlupa maka hilanglah kod-kod dalam blog saya. Adui parah juga.Tapi kena usahakan juga kerana saya sayang dan kasih pada kawan-kawan blogku. Percayalah...teman-teman blog menjadikan hidup etuza warna lagi berwarna selepas kita berkenalan secara online di alam maya. Luar biasakan!

Sedih & pilu etuza mengenangkan hal yang merugkan ini. Nah! tengoklah kartun di bawah tu..dia sungguh tak puas hati kan, rumahnya telah hampir punah oleh jejariku sendiri.


Mujurlah datang bear memberi sekuntum bunga pengubat hati nan lara ini. Terima kasih bear kau beri saya keceriaan. Kepada yang sudi sudilah beri semangat agar etuza terus berkelana bersama anda dalam memaparkan maklumat yang akan menjadi khazana kepada genarasi kita. Betul kah tu? biar sepatah kata-kata motivasi anda itu ianya amat saya hargainya.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
memula kenal dunia blog dulu saya pun mcm tu jugak
tiap kali tukar template/layout
tiap kali tu la hilang semua widget2...kod2...
tp saya belajar dari kesilapan...
save dulu tempalte dlm emel(yg saya jadikan draf)..org lain save dlm noteboook hehe..
then widget2 klat kiri kanan saya save(open in new table)
maka berderetlah kat address tab kat atas tu...
bila dah letak template baru...
just copy semua tu...cepat dan senang..
sekarang dah mahir sikit ubah color(rujuk color chart) kalau boring dgn sesuatu color kat tempale...

Unknown berkata...

Wasalam buat sahabatku Kam's.Saya bahasakan Kam's ja ya..sopan sikit. Saya 7 anak semestinya dulu makan asam & garam. Saya berterima kasih sangat sokongan membina itu. Memang benar apa yang dikata, kita belajar dari kesilapan semalam. Adalah kawan yang tunjuk ajar selok belok blog ini setelah saya membeli broadband celcom. Dari dia saya kenal dunia blog.Sebuah lokasi internet maya yang sungguh bermanafaat. Lepas itu saya banyak meneroka umpama kembara di tanah gersang tanpa apa-apa ilmu. mencuba tapi kekadang terjatuh. Semalam juga saya tersungkur dan hilang seketika, saya bangun semula mencari lamanku, ada banyak tamplate yang Wah! indah mengoda tapi tamplate 3 kolum inilah yang saya suka. Sokongan Kam's ini sungguh memberi injections untuk saya layarkan kemudi semula. Insyaallah..tqTQtq salam.