Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 25 Oktober 2009

Wahai Allah Terlalu Murahnya Kasih& SayangMu Pada Umat Nabi Muhammad Rasulullah


DUA PERKARA KEHAIRANAN IBLIS TERHADAP MANUSIA.

Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada iblis laknat,"Wahai iblis! apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t." Iblis menjawab, " Ya Tuhanku! demi kemuliaanMu, aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran NabiMu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya."
Rasululluh S.A.W. bertanya lagi,"Wahai iblis! apakah lagi yang engkau musykilkan?"

Kata iblis, "Ya Muhammad! sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatMu dalam 2 perkara; Iaitu

01. Mereka mengaku mencintai Allah s.w.t. tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar.

02. Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."

Allah berfirman, "Sesungguhnya engkau makhluk terkutuk! demi kemulianKu, Aku akan berikan pada umat Muhammad 2 kebahagiaan iaitu;

01. Kecintaan mereka terhadapKu akan Ku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu."

02. Marah mereka itu kepada kamu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan."

Iblis menjadi tercengang bila mendengarkan penjelasan sedemikian dari Allah. Barulah iblis mengetahui bahawa unat Muhammad adalah umat yang amat di sayangi oleh Allah s.w.t yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Malam ini, sunyi sekali padahal baru mencecah 9.30 minit malam di rumah kami. Saya mengambil masa ini untuk membaca buku-buku agama, saya begitu terpanggil untuk mengkongsikan cerita tentang perbualan antara Nabi Muhammad dengan iblis laknat serta firman Allah. Sungguh terlalu Allah menyayangi kita, mengasihi kita semua. Jika inilah hakikat yang tersirat sebagai umat Nabi akhir zaman..marilah bersyukur kerana kita adalah golongan yang di maksudkan Allah, iaitu umat Nabi Muhammad Rasulullah. Saya begitu terpegun dengan firman Allah untuk membunuh dan menikam semula kejahatan syaitan laknatullah. Hati ini menjadi kerdil, terasa ada rintihan kesyukuran, terasa ada hambatan keinsafan, Ya Allah ampuni dosa kami dan sayangi kami jauhi kami dari merosakkan diri dan keluarga dengan hasutan kejahatan itu.Ameen ya robbal alamin.

Selawat ke atas Nabi junjungan.

Salam 1 Malaysia. See u.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: