Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 28 Oktober 2009

Beg bergaya ke peperiksaan & Tip kawalan disiplin anak-anak di rumah




Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlalu lama rasanya tidak membuat catatan baru. Adapun catatan baru terbaru blog saya ni, adalah kerja kursus mama (wife) untuk dikongsi dengan teman sekuliahnya di Kota Belud, Sabah. Mama sudah send melalui email tetapi kawannya sms tak ada sampai. Apa lagi saya cubalah post di laman etuza. Ada juga masalah iaitu gambar tiba-tiba tak boleh di save di dalam picture. Kawan mama yang buat secara kumpulan, gambar sekali kawan dia yang letak.
Berbalik kepada tajuk post entri saya kali ini ialah, sekadar hendak berkongsi cerita tentang persediaan saya selaku ibubapa kepada anak-anak saya yang akan menduduki peperiksaan dan sedang menduduki dalam minggu ini, insyaAllah esok hari terakhir mereka peperiksaan.
Bila tiba minggu peperiksaan anak2 mulalah minta beli itu dan ini. Kadang benda yang d minta sebenarnya sdah ada tapi mahu juga yang baru. Demi kasih sayang, saya dan mamapun pergilah shoping beli peralatan terutama alat tulis. Bila tengok anak-anak bergaya dengan style bag kecil ke meja peperiksaan dengan riangnya, teringat masa saya kanak-kanak dulu, saya guna plastik tempat alat tulis. Selain itu berjalan kaki hingga 2 setengah kilometer. Bayangkan penat berjalan kaki. Hemm! itu semua tinggal kenangan yang kini manis untuk di ingat.
Anak-anak saya darjah 6, 5, 3 dan darjah 1. Saya sangat menyayangi mereka, mereka bukanlah murid yang famous, bukan juga murid target untuk merai markah tinggi, cuma kemngkinan mampu juga bersaing dengan murid lain untuk muncul cemerlang. Kita sebagai ibubapa harus sentiasa doakan kejayaan anak-anak dan mengharap agar mereka dapat keputusan yang cemerlang. Beri mereka moivasi dan harapan agar dapat meyakinkan diri mereka semasa menghadapi peperiksaan nanti.
Tip Kawalan disiplin anak-anak di rumah. Mungkin anda ada cara sendiri dan cara itu pula adalah yang terbaik dari cara saya. Tahniah untuk ibubapa yang perihatin terhadap penjagaan dan kasih sayang terhadap anak di rumah. Saya saja hendak mencatat dalam laman etuza sebagai perkongsian sebagai tambahan sahaja pada ilmu yang anda ada.




Kawalan sebelum peperiksaan. Apa yang perlu di buat semasa di rumah.
1. Tutup suis televisyen..seawal jam 5.30 petang setiap hari.
2. Anak-anak ulangkaji pelajaran dengan menekankan topik yang dijangka akan keluar .
3. Beri anak makanan yang berkhasiat seperti buah, ikan, telur, susu, sayur dan lain-lain.
4. Tepat jam 7.00 malam makan secara jemaah.
5. Selepas makan 10 minit untuk tazkirah, motivasi, cerita agama dan cerita2 tauladan.
6. Copy soalan latihan dan beri anak menjawab secara latih tubi.
7. Periksa dan bincang bersama kesilapan jawapandan buat pembetulan segera.
8. Bekalkan makanan tambahan seperti kismis
9. Tidur awal/ bangun awal
10. Mandi pada setiap pagi.
11. Sembahyang berjemaah.
12. Sarapan wajib sebelum ke sekolah.


Peralatan peperiksaan.
1. Alat tulis harus lengkap( pensel, pemadam, pembaris dan warna)
2. Sediakan dengan beg tempat alat tulis yang sesuai.
3. Pakaian, kasut dan stokin harus disediakan seawlnya.
4. Peruntukkan bekalan dan wang saku.


Nampaknya itulah secara ringkas cara kawalan disiplin yang saya amalkan di rumah semasa menjelangnya peperiksaan. Sebaiknya teruskan amalan ini pada setiap hari agar anak-anak kita mampu bersaing dan mendapat kejayaan yang terbaik..jikapun bukan yang terbaik tetapi seboleh-bolehnya anak-anak lulus semua mata pelajaran. InsyaAllah.


Beg bergaya ke peperiksaan. Jemput tengok.

Beg milik azie ( tahun 6)


Beg milik ismat afif & ibnu mustaqim
Beg yang ini milik irfan
Irfan & Mohd Ikmal Husain sedang menjawab kertas peperiksaan ( Kelas 5 Cerdik SKPK)


Murid kelas 6 Bjiak SKPK memulakan peperiksaan pada 26hb102009 di SKPK.


Marilah bersyukur pada nikmat yang diberi. Tanpa rezeki yang diberi kita tidak dapat menikamti kehidupan hingga kini. Kita juga panjatkan keinsafan dan kesedaran bahawa masih ada insan lain yang hidup daif, maka kita berilah mereka semangat dan kongsi rezeki menerusi amalan bersedekah. Beg bergaya ke peperiksaan bukan tujuan menunjuk kemewahan tetapi satu perkongsian bahawa trend anak-anak masa kini tidak pernah kita nikamti seawal persekolahan kita suatu masa lalu.
Hakikat tersirat yang lain ialah, kasih sayang yang terjalin antara ibubapa dan anak-anak seharusnya dipupuk dan ditunjukkan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk sahsiah dan disiplin yang baik pada masa akan datang.

Salm..1 Malaysia.see u.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: