Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 12 Oktober 2009

Perubahan wajah milikku menjadi kenangan silam sukar dilupakan..



( Wajah kita adalah lukisan semulajadi yang kita perlu syukuri)
Salam sejahtera buat teman blog dan semua yang sudi menatap wajah blog warna-warna kehidupan ini di petang isnin lewat jam 2.40 petang.

Firstly..nak jawap satu pertanyaan saudari Noor Hafizah..tentang drop comment kat blog etuza ni. Yup! tepat sekali..memang tak boleh nak letak komen anda ya..mungkin kerana pilihan tamplet flickr saya ni kurang sesuai untuk drop komen. Maaf ya..saya sebenarnya ibarat budak baru belajar dalam dunia bloger ni. Ada juga try cari tamplet yang lagi cantik...tapi saya tarik balik niat itu,kerana nak buat semula atau nak ambil rekreasi alat hiasan blog kita tu bukan main lama lagi. Penat pun ada, duduk lama merenung skrin komputerpun ada, pening kepalapun ada, binggung dan tercari-cari kod pun ada. EH! macam-macam ada..perasaan takut was ilang maklumatpun ada tau. Lastly saya batalkan niat tukar tamplet kerana etuza belum advance lagi. Pup! semua hilang bukan kah susah tu. jadi mohon maaf ya..kepada semua nak tahu baerapa hari saya buat blog yang buruk ni, tiga malam beb! sengkang mata. Jadi nak hargai kerja saya tu terpaksalah inilah tamplet etuza untuk saya..dan kepada semua yang sudikan diri melawat laman etuza.

(etuza bersama kawan semasa umur era 20an...nampak bergaya dan ada styl..konon masa ini..)
Second..nak buat paparan kali ini..lain sikit..ya.Jan ketawakan saya kerana rasanya ini kreativiti saya sendiri, ilham saya, idea saya dan keinginan saya. Idea ini terlukis di otak kepala saya bila pagi tadi anak saya afif degil nak snap-snap muka saya yang tengah bersiap nak pi kerja. lepas tu adalah saya lihat wajah saya..eh! lainnya..terus ingat umurku, terus ingat hari-hari depanku..wah! lain sangat wajah ini. Nampak sangat perubahan. Yalah..umur dah berapakan..anak dah berapa, walaupun isteri baru satu. Eh! nak menambah tak larat..siapalah yang mahu.Eh! harap mama tak marah baca santai saya kat internet ni. Lepas itu terfikirlah saya nak buat cerita yang bertajuk " perubahan wajah milikku menjadi kenangan silam sukar dilupakan.."
Bunyinya lainkan..ada apa pada isi catatan ini..jemputlah baca dan tengok-tengok ya...kot-kot anda akan terasa macam ini jugalah rasanya anda pada suatu masa nanti.
Janganlah salah sangka ya..bukan nak tayang wajah..dulu, tapi sekadar nak imbas kembali dan tengok bezanya.Pasti anda juga terasa seperti apa yang sedang saya fikirkan.


( Ini etuza bersama kawan ketika masih muda belia dan etuza memang minat main badminton- memori detik indah dalam kamus hidupku)
Kehidupan ini indah, terlalu manis untuk dikenang, rasanya baru berlalu hari-hari yang kita lalui. Bagi saya semua masih dalam lipatan sejarah silam yang sungguh manis dikenangkan. Kehidupan ini suatu anugerah yang melibatkan umur dan detik waktu seiring. Apa jua yang kita lakukan adalah ibarat lakonan kita yang menjadi rutin yang realiti. Suatu yang pasti kita pernah dilahirkan, lalu menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Dalam pada itu umur bertambah dengan izin-Nya. Satu-satunya yang kita pertahankan adalah harga diri, kejujuran dan keikhlasan serta yang paling penting ialah kekukuhan iman kita dalam melayari bahtera hidup ini.

( ini kenangan indah ketika memulakan tugas sebagai pendidik. Nampak slim dan segak..semuanya tinggal kenangan cuma)
Seperkara yang menjadi milik kita yang pada asalnya halus,bersih dan cantik dipandang adalah raut wajah kita. Masa tak pernah berubah, umur kita kian bertambah dari hari ke sehari. Tenaga kita akan lemah akhirnya.Tapi mampukah kita pertahankan raut wajah kita agar kekal muda belia. Saya percaya ada yang menjawap YA, tapi dengan jalan pelbagai cara, antaranya suntikan botok, makan jamu-jamuan dan pelbagai yang kononnya akan sentiasa awet muda. Percaya kah bahawa jalan itu salah disisi Allah, cara itu mendatangkan penyakit dan cara itu menjadikan badan kita lebih cacat jika disalah gunakan. Pada saya biarlah wajah kita menjadi luntur dek masa dan usia zaman, tetapi wajah iman kita tebal dan kental bersama pudarnya wajah kita takkala meniti di usia senja.

( wah ini gaya etuza semasa di Maktab Perguruan Keningau pada tahun 1992.. manisnya mengingati masa itu )
Pasti suatu masa kita merindui kemanisan, kecantikan dan ketampanan wajah kita yang detik itu kita sedang meningkat remaja dan diambang pra matang dan akhirnya dewasa. Merindui untuk kembalikan semula kemanisan dan kecantikan serta ketampanan wajah kita di masa remaja adalah perkara mustahil jikapun kita seribu tahun di dunia pana ini. Apa yang akan berlaku ialah kerutan yang tak terkira, kulit lesu dan tak berisi, mata makin ke dalam dan kabur pandangan. Aduhai hari tua..kita semua akan menuju ke arah itu. Yang pasti wajah iman kita tetap muda, semakin tebal, amalan kita yang baik memungkinkan semua itu. Kata orang orang yang ikhlas, jujur dan sentiasa berzikir, mudah tersenyum dan tidak kisah dengan tekanan akan sentiasa muda dan mengalami proses penuaan dengan tenang dan diwajahnya kelihatan sinar dan daya tarikan tersendiri. Apalah lagi jika orang itu waraq dan kuat beramal serta solat dijaga. Pasti seri wajahnya kekjal biarpun sudah berusia dan kata orang di ambang senja.

( etuza nampak rock sikit style macam ini...masa ini etuza latihan mengajar..nampak tak beza dengan face etuza kini..)
hari ini, saya melihat wajah milikku menampakkan kelainan, lain benar aku tengok sehingga aku boleh baca pada raut wajahku. Di wajah milikku aku baca ada garis di dahi yang tidak boleh kembali ketat seperti dulu, ada lemak di bahagian pipi kerana itu menampakkan gempal pipiku, garisan dibawah mata yang kalau senyum tambah dalam garisan itu. Pada mata ku kulihat tidak lagi berseri tetapi salutan merah dan kuyu bertambah nampaknya. Itu tanda saya sudah menuju ke alam yang baru yakni sedang berdepan dengan hari-hari tuaku. Memang pada zahirnya nak sentiasa kuat dan bertenaga namun bolehkah begitu dan kekal jika usia semakin meningkat. Sedang seusia seperti aku sudah terasa lemah disana-sini. Saya tak malu mengaku bahawa tenaga akan berkurang apabila umur bertambah. Siapa kata tenaga masih kuat apabila usia semakin bertambah. Mungkin ada yang berani mengatakan eh! makin saya tua makin saya kuat. Itu orang yang bongkak pada Allah, menyombong diri yang hanya akan memakan dirinya. Maka mintalah kita jauhkan diri dari berkata begitu. Jika ada orang berkata..semakin tua kita sepatutnya semakin mendekatkan diri pada Allah, semakin kita banyak membuat kebaikan demi akhirat kita yang Allah sudah atur di singgah sana, itu saya terima dengan segala senang hati. Benar bak dikata oleh orang itu, memang selalu saya dengar, kalau umur dah meningkat kita itu umpama usia dihujung senja. Menanti bila detiknya usia ditamatkan oleh sang pencipta alam ini.

( Yang ini gambar time 6 anak sudah..gambar ini di rakam semasa etuza latihan mengajar versi B.inggeris ( PPSMI ) muncul yang terbaik dari 25 orang guru. Kononlah..tau-tau sampai sekarang still broken BI)
Wah! panjang berjela cerita saya. Seronok pula bercerita tentang apa pada wajah kita macam wajah saya sendiri dan menghubungkannya dengan fitrah alam dan hakikat akhirat bahawa kita bukanb kekal, wajah kita bukan kekal, tenaga kita bukan kuat selama-lanmanya. Perkongsian ini indah dari saya, satu peringatan kepada diriku. Manjadi dairi ku, menjadi bahan ingatan padaku bahawa memang benar suatu masa wajah milik kita itu bukan lagi seperti wajah di zaman remaja, dewasa dan pra matang. Mungkin ada yang tidak percaya nanti bahawa inikah wajahmu dulu..eh macam tak percayalah. Terimalah hakikat bahawa usia dan wajah seiring menjadi pudar dan jumlah garis-garis itu ak)an menghilangkan kecantikan dan kemanisan wajah kita.Apa daya.. terimalah hakikat jika usia masih ada nyawa masih dikalung di badan semua itu akan kita warisi bersama.


(Ha! inilah wajah terbaru etuza pagi tadi,tengok tul2 nampak sedang memasuki era baru iaitu ambang...namun saya redha kerana tiap yang baru akan menjadi lama, tiap yang hidup akan mati akhirnya..yang saya pinta ialah semoga Allah menyayangiku,mendampingi hari-hari usia senjaku dan kita semua. Semoga juga kita akan menjadi pengikut Nabi Muhammad di akhirat sana. ameen)


Salam 1 Malaysia. see u
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: