Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 12 Oktober 2009

Istemewanya tetamu etuza yang tidak diundang ,haiwan juga ada perasaan & Tazkirah ringkas.



Asalamualaikum warahtullahi wabarakatu..dan salam sejahtera. Kembali lagi di pena etuza warna-warna kehidupan. Dalam kepala banyak nak kongsikan, kerana kita bebas nak tulis apa saja. Itu hak kita bila ada blog sendiri serta di buka untuk tatapan umum. tak salah jika dan selagi tidak bercanggah dengan akidah serta tidak memburukkan orang lain. Pada saya dunia blog indah..banyak ilmu baru yang kita dapat, itu pendapat saya. Dapat ilmu dengan membaca paparan teman blog yang lain, ada yang ringkas tapi rapi dan kemas menyedarkan serta menginsafkan, ada juga yang panjang macam catatan etuza ini. Semuanya menjadi bahan bacaan di kala ada masa terluang.

Teman blog dan kepada umum..kali ini saya nak cerita pengalaman kami selepas mendiami villa sepi kami di lembah bukit Pedalaman keningau nun di Desa Penagatan Keningau.

1. Saya bawa keluarga saya tinggal di villa kami pada september 2003. Adalah beberapa ruang tak siap tapi kerana keadaan mendesak kami kena mendiami villa kami juga masa itu. Dengan doa dan harapan agar keluarga saya, mama dan anak-anak kami semua sihat apabila mulai mendiami villa kami.Tak terkata kesyukuran dan keseronokan memasuki rumah baru kami. Cuma sepi dengan jiran, tiada jiran sekeliling kerana letaknya villa kami di tanah kebun bergeran pusaka orang tua. Sunyi ja tau! tapi udara segar dan jauh dari kebinggitan kota dan riuhnya suasana kampung.

Masa seminggu kami masuk tinggal di villa, datanglah makhluk mendekati villa kami, mula-mula ia liar, menjauh tetapi tak mahu berganjak pergi. Malam ia datang menyusup, mengintai dan berteduh di luar. Dekat dua minggu makhluk itu liar dan langsung tak mahu masuk. Takut dia jika kami dekati. Cepat-cepat dia masuk belukar kerana amat ketakutan.

Selepas dua minggu lebih, saya tiba-tiba nampak makhluk itu menyusup masuk di dalam dapur. Cantik bulunya, dadanya berbuluh putih, mata bulat bkebiruan dan ekor dan seluruh badan berwarna hitam pekat berkilat. Nak tahu makhluk itu ialah KUCING seekor kucing betina berbadan besar. Puas kami tuturkan atau hebahkan kucing siapa ini? semua orang kampung tak tahu, kata mereka peliharalah saja mana tahu kedatangannya di rumah baru kamu bawa rezeki. Aik! memang kami nekad nak pelihara tetapi liarnya bukan main..petang baru datang minta sisa makanan. Tapi yang best masuk ke tiga minggu kucing itu akhirnya sah menjadi keluarga kami dan menjadi kawan anak-anak etuza. Mereka belai kucing itu yang kami namakan si hitam.

Suatu hari saya bercakap dengan kucing hitam itu, lebih kurang beginilah perbualan saya dengan kucing itu.
"hai kucing hitam..nampaknya rumah kita ni ada tikus, bila malam macam bermain bola kat atas syiling bawah..bising sangat..kalau dapat cubalah tangkap tikus-tikus itu ya"
Si hitam memandang saja saya dengan mata bundarnya. lalu saya belai bulunya dan terus lepaskan. Tak tahulah kucing tu faham ke atau tak..biarkan ja itu hal saya dengan kucing kan.
Anak si hitam -berbulu tiga

Tengok kucing hitam sedang dibelai oleh anak bongsu kami Nuraliya


Nak tahu! pagi lepas saya bercakap dengan si hitam..saya terkejut, kucing hitam itu bawa perlihatkan didepanku seekor tikus sebesar lengan. Apa benda si hitam terlompat-lompat bermain ni?.TIKUS!! rupanya..aik kau fahamkah pula permintaan saya tu hitam.Ya Allah itu satu keadaan yang luar biasa.Lepas hitam beri kami tengok kucing tu dia tak main-mainkan tikus tu, dia bawa dan makan perlahan-lahan. Dia aman makan tak ada ganggu dia kerana baru dia seekor ja.Esok lagi si hitam dapat lagi, dia masuk kat bilik anak saya Nurhabibah dan beri kami tengok tikus lagi tau! tapi kecil sikit. Nak tahu...habislah riwayat tikus-tikus di villa kami sampai sekarang tak ada bunyi macam bermain bola di syiling bawah. Aman kami tidur. Tapi tahun 2007 si hitam mati sakit..hanya 4 tahun ja dia sempat sama-sama kami. Si hitam itu paling best giler..tak pengotor..dia sempat meninggalkan anak-anak dan cucunya sebanyak 6 ekor masa ini kami pelihara. 4 ekor hitam 2 ekor bulu tiga. Entahlah kucing di villa kami biasanya hitam, kakak saya kak min takut tengok kucing kami. Hehe!

2. nak cerita lagi yang ke 2. Mama dah bagi amaran kat saya jangan pelihara ayam ya. Saya tak suka, nanti aku juga yang bersihkan tahi ayam tu yang bersepah sana-sini. Sya paling suka pelihara ayam..tapi mama benar-benar tak izinkan. Katanya ayam kasi rosak tanaman ja. Saya tanam kacang ayam pi rosakkan..nanti katanya. Betul juga sebab villa kami di kebun, kawasan rumah luas nak bercucuk tanam. Sebenarnya mama tak suka ayam tu kasi rosak bunga -bunga dia.


Suatu hari..saya dan anak-anak terkejut besar, di ruang laman villa terutama dekat parking kereta ada kesan tahi ayam, mula-mula satu satu lama-lam makin banyak. Eh! ayam siapa pula sesat ni pi rumah kita ni, fikirku. Saya mula lah siasat. Ha sahlah ada ayam, anak ayam jantan. Siang dia bertepuk dibelukar, malam di pi berteduh di parking kereta. Adui...hairan juga saya tau. Mama tak mahu pelihara ayam, yang si ayam datang tu kenapa?..Dari mana ayam itu kami langsung tak tahu. Ada juga jiran tapi jauh..kata jiran itu kami bukan ada ayam kacukan ayam sabung macam tu. EH! pelihara ajalah katanya. Lebih kurang sebulan ayam itu kat villa, jinak dah. Anak-anak saya suka belai dan semakin gemuk dan berbulu lebat. Suatu hari ayam ni pijak-pijak bunga mama, saya turut geram rosak bunga mama kat laman. Siap saya dileteri..Besoknya saya hantar ayam kat bapa mentua. Gembiranya mentua saya, katanya ayam ini lain jenis dari ayam saya..ayam ini ayam sabung. Macamana ayam ni pi tempat kamu?..saya kata tak tahu..tiba-tiba ja datang, macam si hitam juga. Nah sekarang kata bapa mentua ayam jantan itu yang dulu masih anak dah besar, dan dialah konon jadi raja ayam kat reban dia. Besar sangat katanya, yang lain kecil rendah tapi ayam jantan kamu itu besar dan tinggi serta gemuk. Gembira juga ayam tu masih ada hingga sekarang..dah banyak bibit dia tau!. Masa tu terfikir nak buat reban..ewah...mama benar-benar tak suka. Nak buat apa lagi saya diam jalah..tak jadi buat reban.Padahal alat semua ready.

3. Ha! ada lagi cerita, ini yang ketiga. Baru tahun ni time ramadhan 2009 kita yang baru lepas. Tempat kerja etuza dekat ja. Saya ni guru ya, guru siswazah dari UMS Kota Kinabalu Sabah. Suatu hari saya lupa sesuatu di villa. Saya patah balik pi ambil. Mama dan anak-anak semua di sekolah da.Masuk di halaman rumah..tiba-tiba ada anak anjing menyalak ke arah saya seolah dia marah saya mendekati rumah. Saya naik marah anjing tu, tapi bila anjing tu lihat siapa saya segera dia lari ke belukar. Ada-ada ja yang datang ke rumah kami ni.Hai! apa lagi yang datang lepas ini. Saya tak cerita kat orang ramai hal ini hingga hari ini, malam ini meletup sudah satu dunia saya bocorkan kepada semua. Nak kongsikan saja.

Saya mula lah perhati anak anjing ni, rupanya ada emak dia sekali. Kurus sangat. Jauh dia perlihatkan diri. Saya minta maaf ya paling saya jijik anjing, tak mahu dekat-dekat. B ukan apa saya masih trouma suatu masa lalu masa umur kakak saya Aminah berumur 12 tahun kaki dia kat betis dimamah digigit anjing bah.Kakak saya tempang dan tak boleh jalan. Masuk hospital terus. Kasihan kan..time tu kakak pergi beli gula kat kedai jiran kami kat kampung kami dilahirkan.

Ha! saya halau anjing tu, he! liar sangat. Tak nak lari, tapi menyorok kat hutan. Bila malam datang ke vkawasan villa. Saya dengar bunyi anjing kat belakang dapur kat depanlah. Suatu malam saya lewat tidur kerana blog nilah..saya buat catatan tentang suasan raya etuza. Sampai jam 12.00 tengah malam. Sya terkejut sangat tiba-tiba anak anjing tu menyalak, salakan biasa yang macam dia nampak orang. Biasa kalau anjing mengaum itu lain dia nampak something. Saya terdiam dan cuba dengar tul-tul kat luar, maklumlah sunyi sangat.Anak-anak dah tidur nenyak juga mama. Saya terdengar ada bunyi orang berjalan naik bukit derap langkahnya jelas kedengaran tau!. Semakin dekat dengan villa kami. Anak anjing itu tak henti-henti menyalak, saya nipun diam ja..tak pi tengok langsung, lampu kat bawah memang terang masih on semua. Alhamdulilah..derap langkah itu semakin jauh dari villa kami. Dan perlahan lahan anak anjing itu tidak lagi menyalak. Aduhai teman bloger macamana ni ..anak anjing itu dah jaga dan kawal rumah kami. Dia macam tahu ja nak balas budi, kerana kata saya pada mama bagilah anak anjing itu makanan kat luar dan di kawasan lereng bukit sana. Haram siang anak anjing itu tak mampir di villa kami. Bila semua kami tak ada baru dia pi kawal villa kami. Berak anjing itupun tak ada dekat rumah. Saya rasa biarkan saja anjing itu. Yang penting anak-anak etuza tak tersentuh anjing itu.

Hingga kini masih anjing itu dekat villa kami. Tadi awal malam dia menyalak sikit-sikit seolah bermain dengan anak-anak kucing kami di luar.

Di sini saya merasa inilah nikmat bila suka menolong kepada makhluk Allah. Yang pasti kita di jaga oleh -Nya pada siang dan malam. Bila hati terpaut pada kuasa-Nya, kita akan dijaga olehNya dan dimurahkan rezeki kita. Allah maha mengetahui segala rahsia alam dan rahsian manusia.Tidak diciptakan makhluk seperti manusia dan jin melainkan menyembah kepada_Nya. Semoga paparan ini ada manafaat kepada kita semua.

Tazkirah ringkas
Sebelum tidur
1. Al fatihah-pahala membaca memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka,dikatakan sama dengan dua pertiga al-quran dan 70 kali ganda ayat lain.

2. Bismillah- dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.

Sungguh menarik imbalan dari Allah hanya dengan kalimah suci ini. Syukran ya Allah yang maha hebat dan maha pemberi.

Wasalam.Se u Salam 1 Malaysia.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Noor Hafizah berkata...

Salam hanya sekadar sedikit ulasan untuk dikongsi. Percaya atau tidak bukan sahaja dengan haiwan malahan tumbuhan turut akan membalas budi kita. Cikgu mungkin sudah sedia maklum. Ingin saya kisahkan disini. Sewaktu saya berada Di tingkatan lima dan mendekati sebuah peperiksaan besar iaitu SPM, saya sering berbual dengan bunga supaya mendoakan saya agar berjaya dalam SPM. sambil berbual sambil menyiram. Alhamdulillah saya menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM. Begitu juga dengan STAM. Di rumah saya kami banyak pelihara kucing dan ayam. Ada satu lagi cerita yang menarik untuk dikisahkan. Sewaktu perjalanan kami dalam program latihan amali dakwah pada orang asli untuk Jabatan Dakwah pada sem lepas.. Orang asli suka membela anjing sehingga menyatakan kalau masuk Islam tak boleh bela anjing. Saya buktikan pada mereka anjing boleh disentuh tetapi dalam keadaan kering. Bukan basah... lalu saya menyentuh anak anjing itu. Sekadar perkongsian cerita. Thanks kerana sayang haiwan dan memahaminya

Unknown berkata...

Wasalam adik fiza..yake?..subahanallah,itulah keajaiban makhluk lain,ada perasaan dan dapat merasai kasih sayang kita. Saya baru kali ini dapat tahu orang macam adik fiza meminta doa dari bunga.Ajaib tapi benar ada bukti tu.Syabas! dan anda adalah tetamu blog etuza yang special dan ada perasaan kemanusian sejagat.Saya doakan semoga adik menempah bermacam lagi kejayaan kurnia Ilahi.Ameen.Bestlah..dapat jumpa orang macam..fiza.Salam..Tq banyak2 info baru.

Noor Hafizah berkata...

Thanks blog saya jd top six..actually sebenarnya kucing dan bunga juga bagi saya antara yang mendoakan saya selain daripada ibu bapa. Tak dinafikan bahawa seluruh malaikat mendoakan kejayaan setiap hambanya. Tapi apa yang saya cuba khususkan adalah berbuat baik pada kehidupan. Hidupan akan mendoakan kita. Contonya sebelum keluar rumah untuk menuju dewan exam, saya cium kucing saya dan suruh mereka doakan saya. Alhamdulillah termakbul. Saya ada satu impian yang nak dikongsi...bila saya dah bekerjaya satu hari nanti saya nak buat rumah kucing. Dimana ada kucing terbuang itu yang saya akan ambil dan pelihara. Baik cacat, kurap dll semua saya akan kutip. Kalau cikgu ada perasan ada 1 episod 360 di TV3 yang menceritakan kisah DBKL bunuh kucing sbb banyak sangat kucing tepi jalan. Bukan kucing je malah anjing jadi sasaran. Demostrasi sana sini nak halang tapi pihak atasan sekadar mendengar dengan telinga kanan keluar dengan telinga kiri..doakan impian saya agar terlaksana dan kucing selamat dari kejahatan manusia...Wassalam