Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 10 Oktober 2009

Marilah belajar menyelidik dan bersabar kerana setiap sesuatu kejadian ada punca dan sebabnya & Sajak pilihan etuza



Asalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat beristirehat di pagi hari sabtu dan selamat berhujung minggu dengan aktiviti masing-masing. yang nak melayari internet tu..marilah melayarinya secara berdisiplin dan beretika. Atur beberapa garis panduan pada diri dan anak-anak agar lebih berdisiplin ketika membuka ruang-ruang yang begitu bebas di laman maya. Nak kata lebih jelas..alam maya atau ruang internet memungkinkan semua maklumat yang pandai malu dan ada juga maklumat yang tak tahu malu. Kerana itu kita berhak memerintah segala ruang raga dan hati kita agar lebih berhati-hati. Inilah realiti zaman canggih..makin banyak kita maju makin banyak pula kecurangan dan murahnya maklumat hingga maruah beberapa pihak individu tergadai. Faham-fahamlah tu ya.

Temanku.. di mana jua..kali ini saya ada masa santai kat laman maya saya ini. Seperti teman semua saya begitu berbesar hati agar setiap masa ada saja paparan terbaru dalam teratak maya saya ini. Fikir-fikir dan cari-cari, maka inilah wacana saya sebagai bahan bacaan kita, bahan maklumat kita dan sebagai sandaran kalau boleh untuk kita jadikan panduan agar kita terus layari kehidupan dengan penuh waspada dan lebih baik dengan menanamkan zikir terhadap-Nya agar sentiasa kita dipayungi rahmat.


Di sana-sini saya melihat, membaca, terpandang, meneliti dan menghayati keadaan dunia masa kini, porak-peranda sesebuah negara, pergelutan yang melibatkan kematian,perbalahan dan kehancuran geologi negara akibat bencana alam secara semulajadi. Aduh ! parah sudah bumi hijau kita, sakit dan sangat menderita. Apa tidaknya disana sini ada sahaja perkara yang menyayat hati berlaku. Sudah terlalu murahkah harga nyawa yang diberi oleh-Nya dan terlalu rendahkan nilai nyawa yang dititipkan oleh-Nya pada kita. Saya tahu dan teman semua tahu, kepada yang tahu..belajarlah mengetahui pada hari ini, bahawa memang sejak kejadian manusia yang bermula dari era Adam penghulu manusia sudah berlaku kejahatan dan pembunuhan. Semuanya akibat lemahnya manusia yang terbentuk oleh ukiran tanah-tanih ciptaan yang Kuasa. Hakikat bersihnya tubuh dan hati tanpa secalit noda selesai terbentuk jasadnya. Tapi akhirnya hati yang putih menjadi tenda hitam yang hangus dan terbakar akhirnya. Hai! aku dan manusia lainnya..dimana kita letak akal yang memerintah..dimana kita letak harga nyawa yang begitu bernilai nilainya kepada tubuh kujur kita. Mengapa manusia seperti aku dan manusia lain masih alpa dan lalai dengan menurut hawa nafsu..yang akhirnya membawa padah dan kemurkaan-Nya.

Kitalah orangnya yang bergelar manusia di bumi ambia ini, pelakon tersohor yang benar-benar realiti. Bukan wayang sekadar paparan seketika cuma yang ditonton ketika rehat malam kita di kaca televisyen. Tapi pentas kita ini dan kita ini realiti pelakon pada tiap peristiwa sebenar di pentas dunia. Lihat sana anak terbunuh, pandang sini gadis terbunuh dan dinodai, lihat ke depan negara hancur dibelit bom nuklear, pandang belakang kegelapan dengan pisau menikam belakang jatuh rebah mangsa tak berdosa, tunduk ke bawah aduh lagi dengan melihat mayat bergelimpangan untuk dikebumikan...darah beku sudah tak hanyir tetapi kita yang melihat merasa sangat terseksa.Bangunan yang menjadi kemegahan serta mahligai persis syurga dunia hancur ranap dan jadi abu batu dan pasir tika saat di panah bom dan tembakan meriam. Tangisan membelah angkasa bagai tidak bererti dan tiada pernah diperdulikan oleh penjenayah.

Dimana lagi ada damai untuk dunia sejagat bertaut. Jawaapan pada kata tanya ini ialah kita hanya mampu menadah tangan mohon agar Allah menyayangi kita. Saya rasa kita tidak boleh lari lagi dari ancaman ini, benteng untuk kita pertahankan keamanan begitu nipis sekali. Aduhai inikah akhir zaman.

Saya terasa terpanggil untuk bermusahabah diri, sekali gus teman kini ketahui bahawa inilah musahaba diri saya, ikhlas dan berani menyajikan rasa hati ini di pentas maya internet. Tanpa segan silu lagi. Kerana sudah tiada yang perlu dimalukan kini, kerana semuanya tiada nilai lagi. Nilai malu itu sesungguhnya hanya terletak pada ulu hati kita dan kita wajib menjaga agar kita dirahmati-Nya walau di mana. Itu pada diri kita yang masih disayangi oleh -Nya. Sebolehnya kita pertahankan maruah, kebahagian dan nilai kemanusian sejagat.Itu pada kita yang masih diberi pemikiran yang menjurus kepada keredahan Allah. Tetapi bagi mereka yang suka melihat penderitan orang lain, semua itu tiada maknanya.

Percayakah teman bahawa setiap apa saja yang berlaku itu dalam bentuk sama ada perkara buruk dan baik ada sebabnya dan ada puncanya.Pelakon seperti kitalah yang sekurang-kurangnya tahu sesuatu hal buruk atau baik itu berlaku. Dan hakikat yang paling nyata hanya Allah yang lebih mengetahui segalah rahsia manusia dan rahsia alam pada siang dan malam, pada tiap unit masa yang tak berhenti itu. Adakah anda sependapat denganku bahawa semua kejadian seperti porak peranda sesebuah keluarga, pembunuhan, penderitaan, kehancuran negara dan segala macam bala menimpa ada penyebab dan ada puncanya. Peristiwa kemalangan yang targis dan mengerikan juga pasti ada sebab dan puncanya. Kita boleh mengandaikan tanggapan sebelum membuat penyelidikan rapi terhadap sesuatu kejadian.

Lihat negara jiran kita, kita hanya dapat melihat dan mendengar khabar kesengsaran mereka. terbaru kita disajikan kehancuran sebuah kawasan di bumi Padang Indonesia pada 30.september 2009 yang lalu. Pada ketika ini negera kita Malaysia begitu perihatin menghulur bantuan dalam bentuk kewanagan dan material sebagai tanda ehsan kita kepada penderitaan di indonesia. Lihat negara Malaysia kini sedang giat menghantar bantuan kepada mangsa. Tidak dengan material Negara Malaysia menghantar tenaga manusia untuk memberi bantuan. Bukan kerana ada golongan pelajar kita yang terlibat korban gempa bumi itu. Tetapi malaysia melihat kepada keadan Malaysia dan Indonesia satu rumpuan asia yang boleh bekerjasama dalam mempertahankan kesejagatan itu agar makmur dan aman.

Terfikir dalam kocek fikiranku bahawa peristiwa ini mengingatkan kita kepada sikap manusia seperti kita semua. Mahu tak mahu kita kena akur bahawa peristiwa Padang ranap akibat kejadian gempa bumi itu merupakan sesuatu fenomena kejadian yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia. Peringatan kepada kita agar bertaubat kepada segala dosa-dosa. Bukankah Allah itu sangat mengampuni dan sangat suka kepada golongan manusia yang bertaubat agar takut kepada murka Allah. Bukankah jawapan pada fenomena alam dan kuasa Allah sebegini meninggalkan kesan kepada dunia bahawa kita sebagai manusia dan hamba ALLAH perlu menginsafi, perlu takut, perlu beriman dan perlu bertaqwa kepada Allah agar kita jangan melakukan perbuatan keji dalam lakonan kehidupan kita.

Cuba ingat paparan tiap pembicaraan di mahkamah, bukankah masing-masing pihak tertentu membuat penyiasatan terhadap apa yang berlaku sebelum memutuskan hukuman terhadap seseorang. Pelbagai pihak pula menjadi saksi untuk mengesan kebenaran. Oleh yang demikian apa sahaja yang berlaku sebenarnya ada penyebab dan ada punca serta ada alasan kenapa berlaku demikian. Yakinlah bahawa Allah itu adil, maha mengadili dan sangat memberi peluang. Bukan sedikit peluang yang diberi tetapi terlalu banyak. Apabila peluang itu tidak dimanafaatkan maka turunlah sesuatu yang dianggap bala dari-Nya. Apabila tertutup pintu taubat, kesempatan sudah berakhir, peluang dari-Nya sudah tiada atau berakhir maka siaplah untuk menerima bencana-Nya. Nauzubilah..

Bukan di Padang Indonesia kita melihat berbagai fenomena alam yang mengingatkan kita kepada betapa besar kuiasa Allah, tetapi di daerah kita sendiri dalam negara kita sendiri sudah banyak kejadian bencana alam yang membunuh manusia, memakan nyawa manusia. Ingatkah pada peristiwa BANJIR GREG yang sangat dahyasat di daerah Keningau Sabah sekitar tahun 1996. Bukan kah kita jelas melihat ratusan nyawa terkorban dan kerosakan harta benda di sana-sini. Semua itu bukti seolah ada yang marah, ada yang mahu menyedarkan, ada yang mahu mengingatkan, ada yang mahu menyayangi dan ada yang mahu kita tahu betapa besar kuasanya dan ganasnya bala jika sudah tidak dapat mengampuni.


Di mana-mana ada saja kematian, bahkan di Malaysia.di mana-mana di negara lain ada fenomena yang menyayat hati. Namun masih tidak kah dapat kita semua yang masih tingal bernyawa ini melihat kekuasan Allah. kekejaman dan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita juga hampir saban hari dilakukan oleh insan yang bertopengkan manusia. Gelombang kehancuran kini begitu dekat dengan kita. Ya Allah berilah kami perlindungan dan jauhi kami dari mudarat menggerunkan itu. Jadikan langkah kami langkah yang teratur menuju kedestinasi-Mu yang pasti.

Penyebab dan punca fenomena gejala sosial yang buruk itu sesungguhnya berpunca dari tangan dan perbuatan manusia dimuka bumi ini. mereka itu segolongan manusia yang tiada pegangan kemanusiaan, pentingkan diri dan menganggap dunia ini milik dia. Maka sesuka hati melakukan yang terlarang. Sungguh keji perbuatan seperti ini. Tiap-tiap kejadian ada sebabnya, tiap-tiap yang tersembunyi pada hari ini, perkara apa yang berlaku esok hari adalah perkara mudah bagi Allah. Ada saya membaca satu catatan, bahawa kiranya sipulan dan sipulan itu tidak ingat akan Allah, lalai dan terlalu seronok dengan duniawi semata. Maka dengan itu Allah lagi tidak akan memandang orang itu, kerana terlebih dahulu orang itu lupa pada Allah. Kalau lah keadaan macam itu pasti apa sahaja kejahatan membisik di telinga orang itu akan memasuki urat saraf dan berlakulah perkara tidak senonoh mereka lakukan.ada juga pepatah melayu mengatakan "Pokok tak akan bergoyang jika tiada angin" samalah maksudnya yang iaitu "tiap-tiap perkara yang berlaku sama ada perkara jahat atau baik mesti ada sebabnya dan puncanya juga"dan sesungguhnya tiap-=tiap bencana yang menimpa adalah merupakan peringatan kepada Allah agar kita semua segera bertaubat.

Kepada semua pembaca, berhati-hatilah semasa hidup di dunia, marilah kita sama-sama menebalkan iman da taqwa.Jauhilah dari merosakkan keamanan. Marilah kita saling mengingatkan dan saling memajukan diri ke arah manusia yang bertaqwa. Marilah sama-sama takut kepada siksa-Nya dan marilah sama-sama merindui syurga-Nya. Semoga negara Malaysia menjadi negara yang maju dan sentiasa dijaga oleh yang maha kuasa. Ameen.

Sajak (
Aku kadang hairan
Aku kadangkala tidak faham..
Seringkali aku bertanya..
Di mana kejujuran..
Di mana kesetiaan..
Di mana keamanan..
Aku menggaru kepala..

Kadang aku bertanya..
Bila tamat jenayah..ini..
Bila punah dan hancur kepalsuan..
Sendiri duduk termanggu..
Aku tidak tahu..

Siapa yang ajar..
Siapa dulu yang buat..
Aku bertanya sendiri..
Aku tertanya-tanya..
Tiada jua jawapannya..

Apa lagi jalan menyedarkan kita semua..
Adakah jalan mudah agar diikut..
Meneruskan perjalanan
tanpa sengketa tanpa luka ..
Hanya mampu menadah tangan..
Pohon rahmat ilahi..
Pohon kedamaian..
Pohon semua kebaikan untuk sejagat..
Pohon semua warna kehidupan yang bermnakna..


Karya : etuza

Salam 1 Malaysia.See u.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: