Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 12 September 2009

Ungkapan Cinta



Cinta....
Sesuatu yang indah..
Amat mengasyikkan..

Cinta....
Sebuah perjalanan..
Menuju kematangan..
Bagi insan mengerti..

Cinta...
Yang pertama..
Dan yang terakhir..
Hanya kepada pasangan
Sejati..

Cinta..
Amat menyeksakan..
Tika jiwa mengembara..

Cinta..
Kala sepi..
Akan mengenang memori indah..
Detik bertentang mata..
Termeterai sebuah cinta..
Ilusi rasa santap ke jiwa..

Cinta..
Membuat kita gembira
Itu cinta berabalas...
Bisa juga menangis
bak hati di panah petir
Bila cinta sekadar permainan..


Cintaku...
Tika matanya junam ke hatiku..
senyum dan wajahmu memukau ..
Lelaki ini terlena..
Inikah cinta yang ku tunggu..

Cintaku..
Saban waktu menunggu..jawapan
Sakitnya amat terasa..
Tetap ku tunggu dan menanti..jua
Tak sangka lewat juga kalibat cinta ..
Setelah perjuangkan kesabaran





Cintaku..
Yang pertama..
Yang terakhir..
Kepadanya kini pendampingku..
menjaga minum dan makan..
Dia ibu kepada anak-anakku..
Sucinya cinta ini..
Akhirnya menyatukan dua insan..
Di mahligai rumahtangga..

Cinta..
Yang agung ..
Cuma kepada Allah..
Dari dia jodohku..
DariNya restu..
DariNya kebahagiaan..
Darinya..tepat pilihanku..
Darinya Ilham cinta ini..

Cinta..
Wahai lelaki seumpamaku..
Cari yang indah..
Sejati semurni-murninya..
Pada usia manapun..akan kau rasa..
Cinta suci itu teramat indah..
Bajai cintamu dengan iman
Dan taqwa..
Pasti Ilahi memeberi restu..

Cinta..
Wahai lelaki semacam aku..
Racun cinta amat bisa..
Memakan hati..berulatkan jantungmu..
Aduh sakitnya..terasa..
Aduh pedihnya..ditebuk ulat..itu
Bagai tiada haluan arah..

Cinta ..
Indahnya..
Uniknya..
Asyiknya..
Akan bermekaran..
Selagi nadimu bergetar..
Selagi Allah beri rahmat kebahagiaan..
Demikian itulah cinta sejati..
Kurnia anugerahNya..
Bagi insan yang ikhlas mencintai..
Dan ikhlas mencari cinta WANITA..
Dan ikhlas dicintai WANITA..

Sajak ini, berbunyi & bertemakan CINTA. Saya tujukan kepada para remaja di luar sana.
Kata-kata cinta ini diharap memberi inspirasi buat remaja, satu perkongsian dari saya bahawa cinta yang suci sangat istemewa, cinta yang akan menyinarkan semarak iman dan ketaqwaan. Cinta saya adalah yang pertama seusia 19 tahun bermula sebaik meninggalkan alam persekolahan hingga kini kurnia cinta kami, saya jaga walaupun ada kala dilanda badai. Malah badai semakin mencuba menodai cinta yang kami jaga sejak saya diusia 19 tahun. Satu cobaan yang nyata apabila kini kami berdepan dengan penjagaan anak-anak kami yang semakin dewasa. Kepada remaja khususnya lelaki seperti saya.. silakan bercinta dengan wanita jika kamu sudah merasa bersedia, ingat cinta yang besertakan tiket restu Allah dan restu ibubapa akan menjanalah cinta antara dua insan ke arah kebahagiaan. Tolong jangan permainkan cinta kamu nescaya anda akan kehilangan rasa cinta yang sejati. InsyaAllah..
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: