Sesiapa sahaja pasti seronok menyambut hari lebaran di pagi syawal. Miskin dan kaya sama-sama merayakannya, tua muda dan kanak-kanak saling bergembira bersama-sama. Begitulah juga dengan family etuza.
Sejak hari pertama ada saja tetamu yang datang khususnya keluarga sebelah mama dan keluarga di pihak saya sendiri. Anak-anak saya nampak ceria dengan pakaian baru mereka, melihat saudara mara datang berkunjung.
Raya 2009 satu memori indah berlaku kerana villa etuza didatangi atau dikunjungi oleh seorang sahabat dalam pendidikan suatu masa lalu. Memang saya harap dia datang bersama keluarganya, walaupun jauh. Nampaknya raya tahun ini dia datang bersama isteri, ipar dan dan bapa mentuanya, orang yang saya maksudkan ialah saudara Ariffin Mat Kasim dari Papar. Nampaknya kami kurang menyediakan juadah yang memuaskan hati..petang baru diberitahu saudara Ariffin akan singgah di villa kami waktu itu. Mana yang ada tu kami hidangkan ja. Minuman dan kuih raya ja..raya pertama dah buat rumah terbuka dari pagi hingga jam 9.00 malam melayan tetamu saja. Dah rumah terbuka memang macam itulah keadaannya. memang seronok melayan tetamu di hari raya. Yang paling best ialah dapat memohon maaf antara satu sama yang lain.
Nak ringkaskan cerita saya paparkan gambar2 bersama mereka. Ada beberapa ja kerana betri dah low, tak dapat on lama. Minta maaflah pada Cg Ariffin dan keluarganya.
InsyaAllah tahun depan berkunjunglah lagi di villa etuza.
Inlah keluarga saudara Ariffin Mat Kasim... raya ke 4 di villa etuza. Tq banyak2 sudi beraya kat villa kami.
Nampaknya kami cuma hidangkan mereka biskut ja.Tak sempat nak sediakan juadah yang special. bagaimanapun kata Ariffin dah kenyang kat rumah mak saya di Kampung Ulu.
Minta maaf banyak2 ya...
Ini bapa mentua dan ipar Ariffin..
Ariffin bersama isterinya orang Baginda Keningau, Sabah.
Ha ini etuza bersama Ariffin di ruang tetamu. mengabadikan kenangan bersama sahabat lama.
Dalam ruangan paparan ini juga saya nak kongsikan bersama seorang hamba Allah yang menjadi anak angkat family etuza sempena raya. Menurut ipar saya budak berusia 12 tahun ini menjadi mangsa pencerian sepasang suami isteri di desanya. Yang si isteri mak kepada budak ini berkahwin lagi dengan lelaki yang dah berkahwin dan punya anak tiga orang. Bagaimana pun bapa angkat budak ini sering tiada di rumah, tinggalah mak dan dua beradik ini di desa ipar saya. Katanya kerja bapa tiri budak ini tak ketahuan apakah kerjanya yang sebenar. Menurut budak ini maknya jualan buah tembikai di kampung. Saya rasa belas kasihan pada budak ini.
Ipar saya kata lagi budak ini selalu tidur atau datang menginap di rumah mereka. Kalau time makan tu selalulah ipar saya kasi makan dia. katanya macam anak saya sendiri sudah katanya. Sebab hari-hari dia di rumah kami. Dah biasalah tu dengan anak-anak ipar saya terutama si jun-jun tu, sebaya dengan budak ini.Bila mendengar cerita ipar tu, saya operlah diri nak ambil anak ini dijadikan anak angkatlah pada etuza. Kasihan..saya memang mudah kasihan terutama kanak-kanak. Kalau boleh nak ambil dia duduk terus dalam lingkungan keluarga kami. Namun saya fikir perasaan ibunya..yang keseorangan di rumah..sebaiknya kami kena berunding bagus-bagus. Satu saja yang saya agak risau pada masa depan anak ini, jika terbiar dan tak teruskan persekolahannya, walhal menurut ipar budak ini selalu mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Bagaimanapun bila saya tanya anak ini, dia kata betul selalu tempat pertama tetapi dia di dalam kelas ke 4 iaitu kelas D lah tu. Sebab kelas tahun 6 Bestari yang semuanya pandai-pandai katanya.
Saya kira nak taja anak ini bersekolah di SMKAMR bersama anak-anak etuza. Sekolah Menengah Agama Mohammad Ali Ranau di Sabah, jika mak dia mahu. Anak ini memang berhajat macam itu, nak juga katanya. Oh ya nama budak ini ialah Mohd Fikli Bin Rosli. Memang budak baik, buktinya dia di lantik sebagai pengawas sekolah di tempat di bersekolah sekarang di daerah Keningau. melihat wajahnya memang baik sekali, suka menolong dan tak nakal macam budak-budak lain. Anak-anak lelaki etuza, lari kesana sini dia duduk ja menonton TV . Sesekali dia keluar kat laman melihat rimbunan bunga-bunga dan ke kolam mini etuza. Memang baguslah dia ni tau!. Saya pula tak sedar contohkan perangai dia kat anak-anak etuza yang lasak itu.Anak-anak saya senyum saja.
Sejak raya pertama budak Fikli ini di rumah saya hingga raya ke 6. Puas jugalah anak-anak saya berkawan dengan dia. Kata anak saya Irfan si Fikli tu baik kan pa..macam itulah kata-kata Irfan. Irfan tak mahu berpisah pula dengan budak Fikli ni, dia kata nanti hantar dia hari ahad. Saya risau pula maknya tak senang hati. walaupun saya dah pesan kat ipar agar diberitahu Fikli masih di villa kami time ipar balik kampungnya. Ipar saya tu tidur berhari raya dua hari kat villa etuza tahun ini. Dia bawa 5 orang anaknya sekali. Riuh villa saya .. meriah sekali makan ramai-ramai.
Oklah nak tengok anak angkat etuza.. lihatlah paparan di bawah..cuba tengok wajah budak ini, nampak tenang melihatnya. Semoga Fikli berjaya di masa depan dan sentiasa dilindungi Allah yang esa.
Wajah tenang insan bernama Fikli ( anak angkat kami dan abang angkat irfan, afif and ibnu serta aliya)Gambar ini di ambil pada raya ke 6 di villa etuza.
Kenangan Ikmal semasa bertolak ke Ranau pada pagi ahad.
Nurhabibah juga time nak ke Ranau bersama adiknya Ikmal. Villa kami terus sunyi tanpa dua remaja etuza ini. Baru beberapa minit berpisah saya dah mula rindu kat diaorang semua.
Irfan naik pokok asam jawa..kanak-kanak macam mereka ni nampak happy sangat.
Seronok betul Junjun time beraya kat villa etuza selama seminggu baru balik kampung bersama Fikli( ayunan ini kat belakang villa kami)
Lucu ibnu, aliya dan ismat afif
Aliya,Junjun dan ismat afif ceria di raya ke 6
Anak-anak etuza 4 orang fikli dan jujnun kenangan mereka sebelum fikli balik kampung
Junjun dan Fikli di hari raya ke 6
Irfan dan fikli memang mereka mesra
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan