Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 28 September 2009

Pengurusan masa etuza selepas kelahiran etuzaWarnaKehidupan blogspot.


Salam ukhuwa kepada semua, apa khabar hari ini? kepada warga pendidik pastinya mula sibuk dengan kerja atau rutin harian di sekolah. Kepada kakitangan awam atau kakitangan kerajaan..mudahkan kerja anda dengan ikhlas melakukan tugasan yang disandang. Amalkan mesra pelanggan selaras dengan piagam pelanggan serta slogan bersih, cekap dan amanah.

Paparan perkongsian etuza kali ini ialah tentang pengurusan masa saya selepas saya membina blog etuzaWarnaKehidupan sejak ogos yang lalu.Kalau dihitung-hitung baru mencapai 2 bulan umur etuza berkecimpung di dunia blogger. Saya bersyukur kerana menjadi salah seorang pemblog yang kira aktif ketika ini. Saya tak janji nak up to date tiap masa, cuma insyaallah jika tiada aral memang saya teruskan karya yang cukup halus ini.

Pemikiran tiap insan pasti berbeza, saya rasa perlu paparkan coretan atau catatan seperti tajuk di atas iaitu tentang pengurusan masa. Manalah tau ada insan segelintir yang punya fikiran tajam atau imaginasinya kuat nak tahu, keadaan seseorang blogger seperti kita. Dia barangkali terfikir bila masa kita buat up date blog kita, bila masa nak letak itu dan ini, gambar dan macam-macam dalam blog kita tu. Mungkin dia rasa ingin tahu sangat- sangat. Eh! saya agak-agak saja. Bila mereka lihat kita begitu aktif, rasanya ada rasa kagum, bangga serta suka melihat paparan demi paparan kita di ruang blog yang kita cipta itu. Tak di nafikan ada juga yang tak kisah, tak nak mahu tahu apa-apa. Itu tiada masalah, masing-masing dengan situasi diri sendiri. Cuma yang baiknya kalau kita tahu sesuatu perkara adalah lebih baik memberitahu agar ramai yang lebih tahu kan.

Banyak pula leter saya..dah jadi blogger..macam ada ja nak cakap ni. Yang positif ada yang negatifpun ada. Dua rasa berbeza tetapi jika kita gaul bersama akan menjadi sesuatu yang terbaik. Kan kita nak berjaya kena dikritik, kalau tak alamatlah lambat kita berjaya..kritikan negatif sebenarnya mampu menaikkan aroma atau semangat juang kita untuk berjaya.




Oh! pengurusan masa pula ketinggalan. Yang kat atas tu introlah..ok. Baiklah saya sangat suka cakap pasal pengurusan masa kali ini. Nak tahu..teruskan membaca supaya lebih tahu ya.



Pertama ( ada masa kah buat up to date blog kita tu?)
* Rasanya banyak masa tau. Pada saya alangkah bertuahnya orang yang dapat menggunakan segenap ruang masanya dengan kerja atau aktiviti berfaedah. Buat blog dengan niat ikhlas untuk tatapan sendiri dan di kongsi pula dengan masyarakat umum itu usaha yang sangat baik. Kita umpama penyampai maklumat, kerana terlalu ramai komuniti di luar sana yang hauskan ilmu maklumat dalam pelbagai sudut. Betul bah ni, contohnya masa cuti yang lalu anak-anak saya sibuk cari maklumat kat internet maya mengenai kerja kursus mereka dalam mata pelajaran geografi. Mereka download animasi di laman maya.Eh! dapat..hebat dia buat.So inilah maklumat dari panel bloggers tu.Maknanya ada guna blog kita tu. Biar simple tapi penuh informasi bah kan.
Saya memang bekerja..
1. Masa cuti hujung minggu saya tak lepaskan peluang buat catatan di blos saya tu.
2. Masa bekerja..tak boleh buat apa-apa kecuali open note book kita dan sambil taip minit mesyuarat ka atau rancangan pengajaran boleh lah jeling chat-chat kawan-kawan blogger. Sambil tanda latihan murid tengok kejap adakah pelawat kita hari ini.Jan pula salah tanda latihan murid. Duduk-duduk kat tempat meja kita kan seronok tengok blog sendiri, sambil buat kerja.
3. Bila balik rumah, dah selesai makan, solat, sapu rumah kita, hantar anak ke sekolah agama selesai semua tu bolehlah petang tu kita tengok blog kita..kalau ada di fikiran kita idea cepet-cepat buat, nanti kalau tertangguh alamatlah tak jadi up to date catatan kita.Sedangkan peminat blog kita tengah tunggu catatan kita yang terbaru. Biar ringkas tapi penangannya hebat, bawa insaf dan sedar kan kita lagilah besar ilmu tu. hem! kalau etuza..saya minat buat catatan panjang. Saya tak tahu nak buat catatan yang ringkas, macam catatan saya itu tak sampai pengakhirnya. Itu saya ya..jan pula samakan dengan anda.
4. Jam 5 petang tu..berhenti buat blog, ada kerja lain nak buat. Saya ambil masa ini menanam bunga, siram bunga, bagi ikan di kolam makan, pungut sampah di laman, pangkas daun bunga yang dah layu..dalan sejam banyak kerja dapat dibuat seronok sangat.
5. Waktu malam, selesai solat isyak..tak sah jika saya tak buka komputer..malam itu panjang ya..adalah saya buang masa kat komputer hingga jam 1 pagi. Masa tu saya mencari macam-macam contoh animasi di laman maya. Ada lagi suatu malam saya menggelidah habis blog blog orang orang Keningau..hai tak banyak yang aktif..ada juga lah beberapa orang.Blog banyak tapi tak up date..diorang tidur..mungkin komputer rosak ka atau apa-apa lah kan. Tak apa..pasti mereka on balik laman mereka tu. Bayangkan rumah yang lama tak dibersihkan ..pasti berserabut dengan sarang labah dan sampah kan..saya mengumpamakan saja. Jangan marah ya.. sebab blog saya ini barangkali juga sampai seru akan jadi macam itu. Lepas buat rancanagan mengajar, abm ka, sedia soalan latihan tuk murid esok kita terus up date blog kita tu.
6. Pagi selepas solat subuh... saya memang terus buka komputer tengok blog dan membaca artikal kawan-kawan..syok tambah ilmu..ada macam-macam style kawan-kawan buat catatan berupa teguran yang sangat menarik dan menyedarkan saya. Jam 6 mesti tutup komputer...mandi, hantar anak ke kampung mak saya. Bantu mana-mana patut kat rumah, sebab nak pi kerja dah tu. Kan banyak masa tu..dari kita saja sebenarnya.
7. Begitulah masa saya untuk mengurus teratak maya saya. Kesimpulannya tiada masa yang khusus untuk saya membuat catatan di blog saya ini. Ada masa terluang dengan tidak mengira bila saya akan terus buat dan selesailah satu cerita utuk saya dan untuk kita semua khas peminat blog etuzawarnaKehidupan.



Bagaimana keadaan masa saya setelah melahirkan sebuah blog (EtuzaWarnaKehidupan)
1. Hidup saya macam ada rasa berseri-seri. Kerana seolah tiap masa tiada yang terbuang banyak. Ada saja kerja secara kecil-kecilan saya mengikut tempoh masa tertentu.
2. Masa saya macam terurus,time kerja-kerja. Kecuali ada senggang saya, saya ambil peluang kemaskan teratak saya. Tapi asal kurang free tak buat langsung ya.
3. Saya dapat menimba ilmu yang baru, macam-macam saya dapat. Rasanya otak saya kini macam mudah terima ilmu, kalau sambung pi belajar bolehlah pemberi idea dalam slot perbincangan dalam kelas. Che! perasan..
4. Tahap kesedaran dan keinsafan saya bertambah, kadang saya takut seksa Allah, takut tinggalkan solat, takut buat salah pada mama dan anak-anak, hai apa lagi dengan kawan -kawan sekerja. Takut dosa kerana balasannya amat pedih!!!.Wahai Allah ampunilah saya ampuni kawan-kawan bloger yang lain, ampuni kami semua. Jauhi kami dari seksa api neraka.Ameen.kenapa macam itu sekali saya, ya..saya paling suka membaca paparan bab agama..demi anak-anak saya banyak membaca bab agama.Terima kasih kepada blog Ukhuwa Islam Fillah.
5. Hidup saya banyak warna kehidupan, slogan blog saya berbunyi biar hidup ada warna bermakna. Saya kena tuntut perkara ini dengan daya usaha saya sendiri. Dari tak kenal orang akan kenal orang itu, dari tak pernah ke negarinya akan pergi ke negerinya dengan melawat laman blog orang itu. Saya dah rasai ini..contoh saya dah kenal saudara Alimaz dari Perlis, Ocoi di Sandakan sabah dan ramai lagi teman bloger. Inilah antara yang saya katakan warna kehidupan. Kita tahu apa dia suka, apa di dalam laman maya dia. Hebat kan, syoknya...macam itu.Cuma itu akan berlaku dari diri kita saja.

Bagaimana secara ringkas etuza urus masa hingga ada blog up date ni?
Ok..
1. Mesti ada kemahuan yang tinggi nak mencuba teknologi. Mula-mula memang perlu bertanya yang pandai. Nak bertanya tanya selalu he tak boleh.Kena buat sendiri dengan semangat tinggi baru dapat degsin blog anda itu.
2. Mesti berdisiplin, masa kerja buat tul kerja,masa hujung minggu dan petang selepas bertugas curi masa buat dan kemaskan blog.
3. Mestilah rajin ambil gambar peristiwa rakaman sebenar. jan gambar bohong, orang yang buat atas nama kita pula kerja tu. Eh! tak boleh ya...Allah murka tu.
4. Berdisiplin melayari internet, jan singgah sana singgah sini..hai dunia internet tu luas kadang dia tak ada malu..dia beri kita tengok segalanya. ha diri kena kuat iman, teguh hati dan sabar serta selalu ingat yang maha Esa.
5.Buat cerita sebenar-benarnya yang lahir dari sudut hati kita, barulah realiti.
6. Saya selalu buat catatan baru, masa petang jam 2 hingga 4 petang,malam 8.00 hingga jam 12.00 kadang jam 11.00 dah pi tidur, pagi jam 5.00 hingga jam 6.00 pagi.
Itulah masa saya nak buat dan kemaskan blog dengan cerita baru. Kadang-kadang saya buat cerita dulu baru masukkan gambar pada awal pagi.

Itulah cara etuza mengurus masa hingga sekarang. Time kerja memang saya tak buat langsung penulisan. Periuk nasi kita kena jaga. Kepada umum dan khas peminat laman maya etuza..ambil yang baik yang tak baik jangan diikut. Yang baik ilham dari_Nya yang tak baik itu dari kelemahan saya sebagai hamba-Nya yang tidak sempurna.
Salam...see u.
Lukisan alam semulajadi indah unik cantik dipandang.


Dirikan solat tiap waktunya, sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.Solat itu tiang agama.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: