Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 27 September 2009

Anda nak awet muda, Jom kongsikan petua ini(Info kesihatan part 2 etuza & fizikal kuat cergas adalah rezeki dari-Nya)


Asalamualikum dan salam sejahtera kepada semua...hai dah ada blog atau laman maya macam milik etuza ini untuk diriku, familyku dan untuk umum..kenalah kerja keras nak cari maklumat-maklumat yang saya rasakan sesuai untuk tatapan kita semua. Hidup jika tak membaca kurang warna hidup, tak syok dan kita macam katak dibalik tempurung, maaf-maaflah ya..itu kata bidalan ja..tentang katak. Kita ni manusia tak lah sesuai hidup macam katak. Tambahan pula saya memang tak boleh duduk diam sejak ada teratak mayaku ini...santai dan ramai kawan disekelilingku, mereka kaya ilmu dan sangat berbudi bahasa...so, kenalah etuza seiring dengan mereka yang dah berjalan jauh di alam laman maya.
Kadang rindu nak menegur mereka..etuza juga hari-hari ada tetamu masuk ke teratak mayaku, biasa saja, tetapi mereka dengan ikhlas membaca paparan ku ini. Untuk itu kali ini paparan etuza ialah mengenai petua awet muda. Etuza memang minat pada topik ini, sesungguhnya kita ni manusia yang akan merai hari-hari tua suatu masa kelak. Tapikan kita nak juga sentiasa muda, berseri dan tampil dengan penuh keyakinan dan ceria selalu. Bagi saya nak macm itu kita hendaklah berdoa, bersalawat dan sentiasa berfikiran positif. Tak boleh selalu marah dan muram memanjang, tekanan nanti bertubi-tubi... macamana tu,hai alamatlah cepat tua. Satu lagi nak pesan.. orang yang merokok rasanya cepat tua.. itu pandangan ikhlas etuza. Orang tak merokok jika kuat marah juga cepat tua tau.! Mana nak pilih sentiasa muda dan tampil menarik atau nak tua dengan keadaan tak bermaya. Etuza pilihlah yang mantain muda, tapi dengan berkat usaha dan rahmat dari Allah. Bukan suntikan botok ke! apa-apalah yang memudaratkan.
Panjang pula celotih saya.. ha ini catatan dari "Petua Nenek Moyang" dari internet blog orang jauh, saya copy & paste kat blog saya. Harap-harap tak kena tangkap ambil catatan orang ni. Diorang papar untuk kita manafaatkanlah tu ya. Insya-allah adalah kebaikan untuk diorang dan kita- kita semua. Tapi etuza nak tambahlah sedikit saja kerana ada juga petua dari etuza yang kami amalkan ... petua itu macam bagus juga untuk kesihatan, adalah kaitan dengan awet muda ni. Silalah baca ya..

Petua etuza.
1. Suatu masa lalu, saya ada membaca artikal tentang khasiat bunga ros. Saya tertarik nak baca dan terus amalkan petua yang saya baca itu. Lebih kurang macam inilah yang saya baca. " Bunga Ros ada khasiatnya yang tersendiri, ambil sekeping atau sekelopak bunga ros pada awal pagi, baca selawat nabi 3x dan kunyah ( makan) bunga ros tersebut. Amalkan sehingga 40 hari pada setiap pagi. Jika anda mengamalkannya anda akan kelihatan muda dan wajah berseri, selain itu dengan memakan bunga ros akan menyembuhkan penyakit dalam badan kita.Insya-Allah" macam itulah agak-agak yang saya baca sejak 4 tahun lalu. Ha! kebetulan etuza dan mama suka tanam bunga ada pokok bunga ros, apa lagi dalam diam-diam etuza amalkan tau! mama kita tak taulah saya dah cuba, alhamdulilah berkat salawat nabi. Syukurlah etuza sihat hingga sekarang dan kita semua juga sihat. kalau tak sihat jangan sorok-sorok, Allah suka kita berusaha memulihkan kesihatan, agar kita mudah menghambakan diri pada Allah ya.

Petua etuza
2. Ha yang inipun petua juga yang etuza amalkan..khasnya untuk wanita. Mama kita tak tahulah dia amalkan atau tak, mama kita tu selalunya banyak diam, dia diam ja tu kalau ada yang baik dia buat. Saya kongsikan lah ya.Suka tak tanam bunga lidah buaya( alovera). Bagus tau bunga ini kita tanam. Pertamanya saya selalu guna lendir lidah buaya untuk diletak kat alis mata anak kami yang bungsu..dan yang lain juga.Khabarnya lendir daun lidah buaya ini boleh melebatkan alis mata, selain menghitamkan dan mencantikkan alis mata. Kalau perempuan tu minat gak kan nak hitamkan alis mata, cuba amalkan yang ini. Tapi masalahnya ada wanita-wanita buang alis mata bah.Dah buang di kasih hitam pula.Kenapa buang padahal letak jelak hitam semula.Pening saya fikir.Ahh! jan lah marah ibu-ibu ya. Macam etuza tengok alis mata anak kami hitam dan boleh lah kata cantik, bila guna lendir alovera kat alis mata, alis mata kita nampak basah dan segar.
Ha kalau etuza pula..nak pecah rahsia ni..etuza ambil daun lidah buaya tapi dengan selawat nabi tau, saya picit letak disekeliling kelopak mata etuza... segarnya, terutama awal pagi, lebih-lebih kalau tak cukup tidur daun lidah buaya jadi penyegar mata saya.. eh betul ni tak bohong. Cuba amalkan ya...mana yang baik tu kita kongsilah ya.Lendir lidah buaya juga boleh menyembuhkan luka tau, etuza dah cuba dan sentiasa amalkan.

Ok lah itu jalah petua etuza yang realiti...nak cuba, petua ini pastikan anda ada tanam pokok bunga ros banyak-banyak, bap kalau tak alamat tak sampai 40 hari bunga ros anda jadi gugur dan nak tungu berbunga lambat lagi tu. Begitu juga dengan bunga lidah buaya tu... tanam banyak-banyak, pas tu kalau nak petik daun pastikan yang paling tua dan jan petik besar, petik kecik ja..ikut keadaan.


Ha inilah petua awet muda yang saya copy paste tu. Mari kita baca sama-sama ...dan amalkan mana - mana yang boleh diguna dalam kehidupan kita seharian. Semoga ada manfaatnya dan the most important ialah kita bertambah sihat serta jauh dari penyakit merbahaya.Insya-Allah.


Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
( sama macam petua etuza)Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut

Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur

Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
Lakukan selama tiga hari berturut-turut.
Mengempiskan Perut

Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Kaki Bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki

Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki

Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki

Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.



Mengapa Nak Sihat Selalu ?
Kenapa bertanya semacam ini...etuza cari-cari catatan di laman maya, macam kurang jumpa paparan tentang pertanyan saya di atas tu. Oleh itu etuza nak buat sendirilah beberapa ayat yang menjurus tuk menjawap pertanyaan saya sendiri tu. Mudah-mudahan dapatlah kiranya kita menambahkan keazaman untuk mengekelkan gaya hidup sihat semata-mata mahu S I H A T kerana Allah.
Mudah saja jawapannya, tak payah terkial-kial duduk termenung cari maklumat.


1. Nak sihat?
* Hati senang, mudah ke mana saja na pi dan sentiasa gembira. Apa nak buat kita boleh buat. Nak solat dengan segera kita dapat tunaikan.
2. Nak sihat?
* Tak payah pi hospital, ubat-ubatan tu pahit, kena injection sakit, tangan dan peha juga kena cucuk jarum..sakit tu... kalau kena tahan hai! deritanya tinggal seorang seorang kat katil. Pas tu jadual makan ubat itu dan ini..
3. Nak sihat?
* Boleh pergi berkawan-kawan dengan jiran, memancing , mandi di sungai dan dapat berhibur bersama kawan-kawan sebaya.
4. Nak sihat?
* Boleh pergi sekolah.. jumpa kawan- kawan dan guru-guru tersayang, dapat ilmu baru disekolah .
5. Nak sihat?
* Boleh makan makanan sedap dan berkhasiat, kalau dah sakit tak ada selera dan hilang keyakinan diri.
6. Nak sihat?
* Dapat ramai kawan, boleh salam-salaman apabila ada majlis keramaian... makan-makan ditempat orang kenduri.
7. Nak sihat/
*Tak ada kesedihan.. kurang ketakutan.. hidup lebih bermakna dan lebih bermotivasi..
8. Nak sihat?
*Tidak bazirkan wang beli ubat itu dan ini, tak payah buang tenaga kesana- kemari nak cari ubat kampung. Silap2 badan kita jadi lali dengan ubat-ubatan.Buat risau kita ja.
9. Nak sangat sihat?
* Dapat bersama sama dengan semua keluarga, keluarga tak susah hati, kita dapat bergembira bersama mereka dengan aman dan damai.
10. Nak sangat-sangat sihat?
* Dapat menyembah Allah dengan cara betul, solat jumaat bersama bapa, abang, adik-adik, solat jemaah di rumah, dapat puasa dengan tenang dan ikhlas, cergas dan sentiasa disayangi serta menyayangi orang lain.

Kalau 10 perkara itu... kita miliki alangkah bahagia kita kerana rupa-rupanya kita sihat selama ini. Tadahkan tangan dan panjatkan kesyukuran kepada yang Kuasa kerana dari Dia yakni Allah kita nikmati kesihatan ini. Oleh itu usah persiakan kerana bila kita sihat masa inilah kesempatan kita mengumpul amal yang baik dan menjauhi amalan yang memudaratkan kesihatan kita. Marilah amalkan gaya hidup sihat dengan mengatakkan TAK NAK kepada:-
* Rokok
* Minum arak
* Berjudi
* Dadah
* Pelacuran
* Lepak kosong
* dan lain-lain amalan yang tak baik.
Selamatkan diri kita dengan GAYA HIDUP SIHAT.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: