Salam untuk semua pelawat & peminat blog etuza. Aik!ada ke peminat. Ada peminat atau tidak itu bukan ukurannya, yang paling penting ada ke nilai atau ilmu dalam blog etuza ni. Itu yang penting sangat. Semoga kita sihat semua selepas sebulan berpuasa dan merayakan hari raya yang pertama pada kelmarin.
Cerita pasal raya.. memang sibuk terutama 2 hari sebelum raya, masa raya first day lagi buzy. Itu yang saya rasakan. macam-macam nak ready..sambut raya setahun sekali memang sibuknya lain. Kegembiraan, kejayaan sebulan berpuasa harus di sambut dengan kesyukuran kepada Allah. Bukan kita nak bazirkan wang, bukan pula time sambut raya nak tunjuk itu dan ini pada tetamu kita. Bagi etuza..ajaran Islam mengajar kita pada amalan kebersihan.. kebersihan asas kesihatan. Jika selama setahun kita kurang bersihkan luar dan dalam rumah kita, maka hari raya adalah masa untuk bersihkan semua kawasan rumah kita, mana-mana yang dah lusuh sangat tu, yang tak berseri gantilahkan. Mama kita baru tukar langsir dan sarung kyusen ja..ha bab bunga kami tak paya beli,kami guna ja bunga hidup masuk dalam rumah hiasi sudut yang sesuai. Suasana segar dan sejuk mata memandang. Hijau itu sejuk. Raya tahun ini tema warna raya kami ialah warna hijau..rasa segar, muda dan damai rasanya. Etuza rasa tak lah membazir..bab makanan pun licin..ada jugalah tetamu, jiran sekampung , rakan sekerja dan anak-anak saudara berkunjung ke villa anjung seri kami. Tq pada semua yang hadir..
Nak catat semua dalam kata-kata memang banyak..tapi kita singkatkanlah suasana raya etuza dengan paparan gambar saja ya. Lagi best, lagi ringkas dan anda dapat bayangan tentang suasana raya family etuza. Meriah ke tak meriah...anda saja menilainya..cuma yang nyata.. anak-anak serta kanak-kanak yang lain nampak happy sangat time ke villa etuza..beraya.
Pelita dari batang bambu, mesti pasang.Ada 7 batang saja.Yang menarik ialah..kami pacakkan ja batang pelita itu di dalam pasu-pasu besar..mudah dan tak payah korek tanah. Villa kami banyak batu pasir..nak korek alamatlah tak terkorek..so inilah cara paling cepat dan tak memenatkan. 7 ramadhan terakhir kami dah pasang pelita..hingga raya ke 4 cukuplah.
Meriahnya anak-anak bermain bunga api..inilah suasana malam raya..di villa etuza..api pelita juga turut meriahkan suasana. Bermain bunga api kena hati-hati tau! jangan ada yang cedera..kena pesan kat anak-anak agar lebih berhati-hati atau berdisiplin.
Ready nak pi sembahyang sunat hari raya, tahun lalu pi surau di kampung isteri, tahun ini pi pula sembahyang sunat raya di kampung saya..anak-anak perempuan tak pi nak bantu mama buat juadah di pagi raya.
Kesempatan pose dengan abang ipar di surau Al Imran Kampung Penagatan Ulu.
Suasana di dalam surau, time ini takbir bergema dan tepat jam 8.00 pagi solat sunat pagi raya dilangsungkan. Sedihnya..ramadhan berlalu..entahkan dapat bersua semula tuk mengutip segala fadilat ramadhan gembira juga kerana nak rayakan kemenangan berpuasa.
Bacaan takbir raya yang disampaikan oleh abang ipar saya iaitu Zulkiflie Supar di pagi raya, time menunggu para jemaah yang lain.. masa ini baru jemaah berdatangan dengan segak dan pakaian raya tersendiri..
Gambar kenangan bersama kawan-kawan selepas solat sunat raya..dan selepas bersalaman bermaaf-maafan. Seronoknya bila saling memaafkan.
Team Rashid Zulkiflie ke villa etuza..Tq sudi datang..
TeaM iKMAL FRIENDS ...SEMUA PELAJAR TINGKATA 2 ( GENG IKMAL PUTERA ETUZA)
tEAM Adik Ipar Laila & suami bersama ibubapa etuza..tq sudi ziarah beraya. Semoga dimurahkan rezeki.
Team kak min dengan anak-anak dan saudara mara..tq sangat-sangat beraya di villa etuza.Insyaallah raya ke 3 kami nak ke rumah kak min pula ye..
Family kak min bergambar di kolam mini za sebelum balik kampung..syoknya raya..
Keluarga Madam Beatrice Marcus dari Rompon Tambunan. Tq sudi beraya di villa etuza
Ustaza Asnita Mohammad bersama 2 putri etuza, bekas murid etuza. Tahniah ya.
Puteri etuza bersama kak maslinawati dari Kampung Kauraan Keningau.Senyum jan tak senyum
Team Bella family dari Kampung Baginda..bersama keluarga Afendy Johari. Tq banyak-banyak beraya di villa etuza. Semoga sihat dan dimurahkan rezeki..
Afendy Johari yang spontan joke..buat kita ketawa..kounsikou pi villa saya kio..tanam & jaga bibit lada padi tu ya.
Juadah etuza.. ala kadar ja..rezeki Allah kita makan sama-sama ya Bell..hehe..!
etuza suami isteri mengabadikan kenangan bersama adik bella family. lepas ni diorang balik Sandakan..Jauhnya mengembara..moga selamat ya..
Afif, ibnu, soleh bergambar selepas bermain bunga api di luar villa ..tak penat ka lari2 tadi..tu
Etuza wife & kakaknya dari Kampung Kauraan Keningau.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan