Sebelum itu petang tadi ketika kita sibuk berbuka puasa ke 27 hari, desa etuza gempar dengan meninggalnya seorang hamba Allah yang bernama Durahim Abdullah. Dia meninggal begitu tenang sekali. Memang dah tua tapi, taklah sakit macam yang kena tahan di hospital, terbaring tak dapat bangun. Dia ni pagi tadi menurut kawan saya Haidin melambai tangan pada Haidin masa dia lalu depan rumah. Etuza juga pada pagi selasa lalu dia ( aruah) angkat tangan tabik etuza dengan anak-anak time saya lalu, masa tu dia ada sebungkus nasi lemak di tangan. Maklumlah dah tua. Etuza balas lembaian tangan nya. Rupanya itu lambaian terakhir darinya. Allah lebih sayang dia..jadi kepada teman BLOGER..AL-FATIHA UNTUK ARUAH NI YA. Semoga rohnya diletakkan di sisi orang-orang beriman. Berita kematian aruah juga diumumkan oleh imam di surau kami selepas selesai tarawih malam ke 28 tadi.
Tamu ground pekan Keningau akan berlangsung pada tiap 2 kali seminggu iaitu pada hari khamis dan hari ahad. Kami ambil cuti berganti, so dapatlah saya dan mama serta ibu saya round tamu graound Keningau pagi tadi. 4 putera kamipun ikut sama, puteri bongsu kami memang tak nak lepas peluang nak ikut.Penjual atau peniaga di tamu graound juga datang dari pelbagai kampung di seluruh daerah Keningau termasuk daerah Sook,Sabah.
Jam 12.30 tengahari etuza dan ibu sempat pi melawat saudara sakit di Hospital Besar Keningau selepas pusing-pusing di tamu ground. Moga saudara itu cepat sembuh dan kembali sihat.InsyaAllah.
Jom tengok apa ada di tamu ground pekan kami ( Keningau) he! macam-macam ada tau!, ramai orang datang menjaja dan pelanggan datang, mereka nak beli sayur orignal yang tak di baja dan kurang semburan racun. Malah kalau sayur seperti rebung,keladi,pucuk ubi dan lain-lain memang tidak perlu di baja.Oklah dah kurang idea da ni, mata terkebil-kebil tunggu line lancar, nak puasa esok. Demi blogku, demi teman blog, demi sahabat dan demi pengikut,serta paling afdal demi ILMU yang nak di kongsi saya teruskan tinta bisu etuzaWarnaKehidupan dengan motto Biar HIdup Ada Warna Bermakna.
Putera-putera etuza..sempat gunting rambut di kedai gunting rambut di Tamu Ground Keningau pagi tadi. Irfan tak sabar tunggu gilirannya..
Ha yang ini mama dan ibu etuza, tengah pilih beras merah untuk raya nanti, campur dengan beras pulut nanti... terliur ni cerita pasal makanan..
Sempat juga kami membeli daun hijau ni untuk bungkus nasi pulut time raya.Guna daun ini..hasilnya nasi pulut wangi tau! tahun lalu mama guna daun pisang ja, kali ini guna daun ni pula..dala satu gelung tu ada 15 keping kata makcik yang jual.
Hai buah-buahan... memang mengancam iman...mesti beli ni tau! makan buah bagus tuk kesihatan.. kita vitamin C( makanlah buah-buahan tempatan)
masih buah-buahan..produk Keningau...
Sesiapa yang tak lawas tu cepat-cepat makan buah-buahan ya..pisang pun mujarab juga.
Yang ini kawan saya, memang rajin dia pi menjual sayur...mantain..tak ada absent..khamis dan ahad peluang berniaga murah rezeki.
Macam-macam jenis jualan tau ! di Tamu Ground ni.. tengoklah ya.. boleh kenal kan apa di gambar tu.Yang ini daun untuk bungkus beras jadi kuih lipis kalau tak silap, mama ada beli benda ni tuk raya
Sayur-sayuran semestinya banyak sekali dijual di tamu ground Keningau.
Macam-macam ada. Tengoklah tu dalam gambar.
Ha! ini bab biskut raya..hehe..mama & etuza memang x buat kuih tahun ini, nak tempah saja dari kekawan.. no time tuk buat kuih..mama terra juga buat kuih raya tau! yang paling saya suka dia buat biskut jambu..rangup dan ada wangi jintan tu yanag saya suka biskut tu..yang lain marmur kelas juga mama buat..ok jom tengok biskut kena kurung dalam botol.
Kadang bila raya kita jemu makan biskut..pas raya..baru tringat naka makan..tapi dah habis ..biskut raya kita ..nak makan biskut raya kena lah tunggu tahun depan pula..itupun jika kita ada rezeki berbntuk umur..wallahualam.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan