Ha yang ini benar-benar kad raya kan. Kalau nak copy paste sila saja..masjid besar Daerah Keningau, Sabah. Rugi orang keningau kalau tak ambil kad raya etuza ni hehe!
daripada etuzawarnakehidupandaripada etuzaWarnaKehidupan
Kembang di taman bunga baiduri,
Bagai tersenyum menyambut syawal menjelang,
Kad raya etuzaWarnaKehidupan dikirim lagi,
Buat mu teman sahabatku terbilang,
Dipagi raya kemaafan etuza pinta tidak terperi,
Salah dan silap silakan dibuang..
Teratak maya indah sekali..
Berbagai pohon ilmu bertaut ranting..
Terimalah kad raya etuza pengganti diri.
Kad ini special untuk pengunjung setia etuzaWarnaKehidupan ( biar hidup ada warna bermakna) Maaf zahir batin.
Kad ini ilham dari etuza utuk mencuba kelainan dari kad kad di laman internet.
Nampaknya inilah kraya etuza yang tak seberapa indah ini.
Kad raya menarik dari Sahabatkumusleem, tq semoga gembira di hari raya.
Kad raya yang cantik dari sahabat blog alimaz kembara terasing
BILA RAYA
Nak baju baru
Hias rumah jadi baru
Sepatu baru
Wajah baru
Semua baru baru belaka..
BILA RAYA
Nak buat kuih raya resipi baru..
Langsir baru..
Juadah baru..
gelang baru..
Perabut baru..
Semuanya baru-baru belaka..
BILA RAYA
Baik berpada-pada..
Usah membazirkan wanga..
sofa masih baru..
Ada yang masih baru...
Rayakan raya secara sederhana..
Tapi meriah dengan layanan mesra, senyum mesra.
semuanya mesra tetamupun mesra..
Bila raya
etuza pasang pelita di laman villa
etuza pasang mula 7 terakhir ramadhan..
tanda etuza girang menymabut syawal..
Tanda etuza syukuri nikmatNya..
etuza tak puas raya esok baru nak pasang pelita..
Tak puas..anak-anak kurang gembira..
Pasang pelita di laman anak-anak etuza berebut nak pasang..api sumbunya
itu tanda mereka gembira..
etuza pasang lampu elektrik berkelip warna-warni..
Bersihkan laman dan dalam rumah sebersih-bersihnya..
Etuza hias rumah setakat mampu..
Etuza..hias meja hidangan secantik-cantiknya..
Biar tetamu tambah selera..
Biar tetamu gembira dilayan mesra...
Bila raya..nasi impit dan rendang wajib ada..
Biskut buatan sendiri mestilah ada..
Sediakan minuman secukup tetamu..
Bila raya etuza kumpul gambar masukkan di abum jadi memori indah..
ha! bila raya anda bagaimana ..
Tanya diri ..jawaplah sendiri..hehe!...
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan