Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 14 September 2009

Mengapa perlu cinta padaNya


Bunga keladi ( Corak baju askar) kalau dilihat unik dan cantik sekali. Bentuk daun keladi ini nampak bentuk LOVE. Unik betul ciptaanNya. Kita yang melihat pasti jatuh hati dengan ciptaan semulajadi ini.

Mengapa perlu cinta padaNya, kenapa agungkah menyintaiNya, gembirakah bila menyintaiNya atau ada apa pada cinta antara Dia dan kita semua. Pentingkah sangat menyintaiNya.Kalau tidak cinta padaNya apa hukumnya,hilangkah segala milikku milikmu dan segala apa yang kita ada?

Mengapa perlu bertanya, sedang kita tahu benar kita ini ciptaanNya. Sebuah roh yang mempunyai perasaan, naluri dan bermacam rerasa dijiwa kita yakni manusia hambaNya. Bertanya sebegitu rupa, tandanya kita tahu siapa kita, kita tahu jawapan pasti, kita tahu semuanya tentang jawapan itu. Bertanya sebegini bermakna kita hendakkan jawapan pasti. Bertanya tentunya kita hendakkan jawapan pada persoalan itu. Semestinya bila bertanya kita akan tahu benar sesuatu yang belum pasti dan kurang meyakinkan.Apakah benar begitu?

Indah sangatkan menyintaiNya, apa imbalanNya. Lancang sangatkah pertanyaan ini. Ampuni daku yang lemah ini wahai yang amat menyintai.

Wahai diriku dan wahai saudaraku yang lainnya, biar siapa saja, apa saja warna kulitmu, apa sahaja negaramu, negerimu, daerahmu, desamu dan apa saja bentuk rumahmu. Apa saja pangkatmu, bidang kerjayamu, apa kerjamu sekalipun yang tiada pekerjaan, sekalipun yang kaya raya, sekalipun yang miskin tak berharta... inilah jawapannya bahawa kita WAJIB MENYINTAINya. MencintaiNya dengan sepenuh jiwa raga kita, akan ada rahmatNya yang tidak terperi nilainya. MencintaiNya dengan sepenuh jiwa raga akan ada kasih sayangNya terhadap kehidupan kita, malah yang paling pasti ialah kita akan diberi kebahagiaan dan pelbagai rezeki yang melimpah tanpa disedari.

Semua pertanyaan telah terjawab walau dengan sebaris ayat cuma.mengapa perlu cinta padaNya dan sebanyak mana pertanyaan yang dilontarkan itu segalanya hanya satu jawapan saja sudah meyakinkan kita. Bahawa Dia lah yang menjadikan segala apa saja makhluk di Bumi nyata ini, Dialah yang beri kita nyawa serta roh yang membolehkan jasad kita bergerak kemana mahu kita. Dialah yang beri kita rezeki dari segi makanan dan minuman yang tak pernah habis, habis di makan, dikunyah, ditelan, disimpan di kantung perut akan ada lagi di depan kita benda yang namanya makanan dan minuman. Malah Dialah yang beri kita makanan berkhasiat hingga jasad kita kental,pejal dan sihat sentiasa. Aduhai terlalu banyak perkara yang Dia beri pada kita sebenarnya, semuanya ada kerana kita dicintaiNya. Wahai diriku dan saudaraku yang lain, terjawabkah sudah pertanyaan membuta itu. Masihkah diragui kewajiban menyintaiNya.


Sedarkah kita, bahawa amat murah cintaNya, sekalipun kita hidup tersasar jauh, tiada rasa cinta padaNya, Dia yakni Allah maha besar masih tetap menyayangi kita sebenarnya. Masih Dia melihat kita, masih diberi kita peluang. Peluang dan masa untuk kita merubah kehidupan pada kehidupan yang lebih bermakna. Masih jelas kepada kita bahawa pada hari ini masih kita menikmati rezeki kurniaNya, sedangkan kita lupa mencintaiNya. Aduhai diriku dan saudaraku yang lain..marilah bersama kebalkan panji-panji agar kita dapat meluahkan cinta kita kepadaNya, atas kurniaNya memberi nikmat pada kehidupan kita.

Murahnya kasih sayangNya dan cintaNya kepada kita kerana Dia beri kita perkara yang sama. Masihkah tak sedar apa yang Dia beri? Dia beri kita hamparan masa, rezeki, kemewahan, wang ringgit, rumah yang aman, beri kita negara aman, negeri dan desa, kita diberi jodoh dan lahirkan anak-anak dengan izinnya, dia beri kita tanah untuk berkebun,pekerjaan dan selautan makanan dan minuman yang tak pernah ada habisnya.
Sungguh semua itu dariNya yang maha besar yakni Allah. Jelas pada kita ada wajahNya, ada Dia memperlihatkan kekuasaanNya dan ada dia ketahui sekalipun hati dan jiwamu membisik tanpa lafaz di mulutmu. Dia tahu segenap ruang hatimu, kerana hati kita itu miliknya, yang diberinya sebaik sahaja diri terbentuk oleh gumpalan darah di rahim ibu kita. Percayalah bahawa cinta yang Suci dan Aggung hanyalah kepada Dia yakni Allah semata. Menjawabkah kalimah ini, meleraikah persolan di jiwamu dengan tinta bisu di paparan putih gebu ini. Adakah lagi pertanyaan selain apa yang ada di paparan ini bahawa kita WAJIB mencintaiNya. kerana tiap detik waktu, jika kita sebut dan perkukuhkan namaNya di jiwa kita pasti besar ganjaranNya tanpa disedari. Kita akan sentiasa dipayungi rahmat kebahagiaan.



Semoga diriku dan dirimu juga siapa sahaja merasa bahawa segala pertanyaan sudah terungkai. Katalah bahawa menyintaiNya terlalu besar fadilatNya. Terasa kita amat malu kerana tak henti meminta walhal kita jauh tersasar dengan melupakan Dia, setelah bermandi mewah disana sini.marilah ungkapkan kata cinta padaNya, setiap detik waktu melafazkan kesyukuran dan menyatakan keyakinan bahawa kita milikNya. Akan ada pengabadian yang tiba jua serta kita dipanggil menghadapNya. Maka dengan itu kita pada tiap detik waktu akan menunggu dan menunggu dengan penuh kesabaran serta ketaatan pada saat tibanya hari yang ditunggu yakni dunia akhir zaman.Wallahualam.Subahanallah. Asalamualaikum.



Bila tanam sayuran akan subur dengan izinNya..syukuri nikmatNya ini.



NIkmat makanan yang tak pernah habis, syukuri nikamatNya ini. Dialah pemberi rezeki.


Ini juga nikmat dan rezeki dariNya, kita umpama meminjam sementara segala kelebihan kerana semuanya kembali pada Dia.SyukuriNya


Syukuri kemenangan berpuasa sebulan dengan wangia doa, bersedekah dengan ikhlas adalah tanda kita bersyukur.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: