Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 12 September 2009

Snap snap itu dan ini di Pekan Keningau



Welcome to Keningau town






Pandangan jauh bahagian hadapan Perpustakaan Wilayah Keningau



Pandangan hadapan Hotel Perkasa Keningau



Pandangan belakang Hotel Perkasa yang berada di satu puncak bukit


Pandangan Bangunan Hotel Juta di Keningau, salah satu mercu tanda kemegahan penduduk daerah Keningau.



Deretan kedai dan supermarket berdekatan dengan Hotel Juta



Pandangan Masjid Besar Daerah Keningau


Pandangan disebuah traminal keningau ti kk dengan menggunakan perkhidmatan bas express tung maa



Pemandangan salah satu lebuhraya di pekan Keningau.


Salam buat semua yang melawat laman maya etuza ini. Apa khabar semua, semakin dekat ramadhan melabuhkan layar terasa ada cabaran menunaikan puasa, terasa pedih bila saat lapar dan dahaga. Kekuatan iman itulah benteng pada godaan membatalkan puasa kita. Hari ini masuk ke 22 kita berpuasa, 22 hari kita tahan semua yang dilarang. Dan hari-hari terakhir inilah kita kena kuat menghadapi ujian Allah ini. InsyaAllah.

Hari ini sabtu 12hb09.2009. Cuti hujung minggu bagi kakitangan awam.Subuh lagi saya dah ke Pekan Keningau, hantar isteri ka traminal Kota Kinabalu. Suasana pekan Keningau masih sunyi dengan hiruk pikuk kereta dan pelbagai bunyian membingkitkan telinga. Kebisingan itu masih slow tetapi seakan semakin bising takala jam 7.00 pagi hari ini.

Saya dah lama teringin mengambil gambar-gambar di daerah Keningau ini. Kali ini, nampaknya saya berpeluang mengamil gambar sana sini. Maka itu ruang ini saya letak pembuka bicara iaitu "Snap Snap Itu & Ini Di Pekan Keningau".

Banyak bangunan menarik di Pekan ini, selain pesat membangun, penduduknya juga berbilang kaum dan keturunan. Nampak sibuk juga Keningau terutama adanya perayaan seperti hari raya dan perayaan lain. Memang sibuk, yang macam kita ada transport kena sabar di jalan raya, gerenti sesak dan jem. Tak boleh jalan ..jalan macam semutlah, kena tunggu turn baru lancar roda bergerak. Masa ini juga ada ujian kena tanggung, yang nak berbuka puasa kenalah sedia bahan makanan apabila jalan raya jem.Berbuka kat kereta seronok juga sekali sekala. Saya pernah berbuka dalam kereta bersama isteri dan anak-anak. Ada jugalah rasa tak selesa, nak buat macam manakan.

Seronok juga awal pagi buat kerja snap snap sana sini di pekan Keningau. Nak ambil semua boleh, tetapi ini sajalah yang saya dapat. Banyak lagi tau tempat menarik kat Keningau. Ini baru luaran, dalaman bangunan lum kita nampak. Yalah sama saja di tempat korang, tak ada beza, tapi syok juga kita paparkan bersama beberapa lokasi yang saya dapat pagi tadi.

Cuma satu saja yang saya nak komen kat Keningau, bukan nak malukan kita tetapi ini kewajiban menegur. Pekan Keningau..dah dicop sebagai daerah kotor, ekoran sampah sana-sini. Sakit mata saya melihatnya, memang banyak sampah disepah-sepahkan. Siapa malu kita semua, ada banyak kali artikal tentang kekotoran daerah kita ni. Saya tak suka ambil gambar sampah, ada blog kawan-kawan yang lain paparkan sampah kat pekan Keningau. Eh! ada..carilah sendiri... pedas juga telinga baca komen mereka.

Ada juga kenyataan kompaun jika kedapatan membuang sampah. Tak juga dipedulikan. sekarang penyakit macam,-macam, marilah bersama menjaga kebersihan pekan Keningau dengan tidak membuang sampah sesuka hati.

Oh ya..berbalik kepada snap-snap saya di pekan Keningau, ha inilah gambarnya, cantik juga tau!. Sekurang-kurangnya masyarakat luar nampak kemajuan kat Keningau di pedalaman Sabah ni. Apapun terima kasih kepada pemimpin dan kerajaan Malaysia, setidak-tidaknya rakyat merasai nikmat kemajuan ini.



Perkhidmatan pengangkutan Bas Express Tung Maa ke Kota Kinabalu di Keningau

Pintu masuk utama Perpustakaan Wilayah Keningau.


Paparan gambar ini pula ialah lokasi di satu kawasan round about di hadapan hospital lama Keningau. Kita akan nampak gambar binatang iaitu rusa di lokasi ini dan satu tugu lambang daerah Keningau. Kalau kita dari Kota Kinabalu..anda akan menemui round about ini kemudian baru nampak pekan Keningau seperti berada di lembah.

Saya rasa banyak lagi gambar & photo yang saya ambil tak sempat publishkan dalam ruangan ini. Nampak gaya saya kena promosikan lagi daerah Keningau dalam ruangan tajuk yang sama pada masa akan datang. Nak letak gambar dalam blog terlalu lama tunggu, sampai tertidur menunggu. Mungkin line kat saya tak bagus. Sebab sometime cepat sometime late sangat keluar gambar. Apa-apapun semoga berpuas hati dengan paparan gambar tentang daerah Keningau ini.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: