Tiap tahun, tiap semester ada saja muka baru dalam bidang kerjaya saya sebagai pendidik. Tak kira mereka sudah terlatih, baru latihan LPBS atau sedang latihan mengajar. Yang pasti tiap kali ada yang baru membina kerjaya ini, mesti saya merasakan begitu pantas masa berlalu, tetapi bagaikan terlalu singkat masa itu berputar. Macam mimpi saja lagaknya. Itulah nikmat hidup manusia seperti kita.
Betullah kata pepatah tiap pertemuan ada perpisahan, tiap perpisahan ada pula pertemuan. Bagaikan magic rasanya. Macam baru rasanya peristiwa itu berlaku dalam kamus hidup saya. Saya tak tahulah pada orang lain, tetapi sungguh saya rasa macam baru berlalu. Ya Allah inilah luar bisa rerasa yang singgah dinubariku tika ini.
Untuk tak banyakkan bunga-bunga bahasa atau tak berkias sangat, saya jelaskan di sini bahawa pada hari ini bersamaan 14.09.2009 hari isnin, setiba di kawasan sekolah saya ternampak seorang pemuda dengan segak pakaian smart sekali. Murah senyumnya ditujukan kepada saya dan mama. Macam saya kenal senyuman itu. Betullah rupanya anak murid saya dulu, bekas murid kami bernama RUDY Bin KILIP. Tak sangka pula bersua kini dengannya sebagai kawan seperjuangan dalam kerjaya pendidik, Rudy memang antara murid yang saya sayang pada era dia di tahun enam, saya merupakan guru mata pelajaran sains dan waktu itu saya agak aktif dalam bidang kebudayaan hingga Rudy Kilip berjaya membawakan lagu koir ciptaan saya dengan iringan bunyi gitar oleh Rudy Kilip itu sendiri.Memang dia pandai bermain gitar. So, ucapan istemewa TAHNIA yang tidak terhingga kepada cikgu Rudy dari Kampung Bomboi saya ucapkan. Kami bersalaman sangat mesra, maklumlah agak terkejut.
Rudy Kilip mengabadikan kenangan di Pusat Sumber SKPK wajah ceria hari pertama mendaftar LPBS di SKPK.
Untuk pengetahuan semua Cikgu Rudy Kilip sekarang ni baru berusia 23 tahun dan sedang berkursus sebagai guru di IPGM Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah. Dia menamatkan tahun enam di SK. Penagatan, Keningau pada tahun 1998 jika tak silap. Merupakan ketua murid dan top UPSR dengan pencapaian cemerlang UPSR. Meneruskan persekolahan hingga tingkatan lima dan berjaya memasuki aliran matrikulasi dan seterusnya berjaya memasuki UMS dalam jurusan sains sekitaran. Lalu berjaya pula memasuki bidang guru menerusi program KPLI 2009. Tahniah setinggi-tingginya buatmu Rudy Kilip.
Ini ialah Cg Zurlina Delipin, senyum ceria memulakan tugasan pertama LPBS di SKPK
Kartini Umin dari Kampung Menawo, Keningau. Tahniah jadi cikgu ya.
Seorang lagi bekas anak murid SK. Penagatan, Keningau menjalankan latihan berasaskan sekolah iaitu Zurlina Binti Delipin. Ha dia merupakan anak kepada ipar saya dan anak buah mama. Tak sangka dia jadi pendidik juga. Nampaknya tertunai hasrat kakak ipar saya melihat anaknya berjaya dalam bidang persekolahan.Saya memang tabik dengan semangat cikgu Zurlina yang sangat mementingkan pelajaran. Berjiwa tinggi dan sentiasa tabah dalam membentuk kehidupannya sendiri tanpa terpengaruh walau sedikitpun godaan remaja-remaja sosial masa kini.
Menyingkap sinario persekolahan cg Zurlina, selepas UPSR pada tahun 1997 menyambung ke sekolah menengah hingga berjaya mendapat 5P dalam peperiksaan STPM. Memasuki UMS dalam jurusan pengajian seni visual. Bekerja di Taska di Kota Kinabalu selama setahun dan kini berjaya pula memasuki program KPLI di IPGM kampus Gaya Kota Kinabalu. Dan sekarang cg Zurlina latihan LPBS di sekolah dia belajar dari tahun 1 hin ga tahun 6 suatu masa yang lalu. Pelik tapi benar, hidup ini umpama roda yang beputar, macam satu destinasi atau traminal dalam kerjaya guru. Syabas dan tahniah kepada mereka berdua. Ucapan tahniah juga kepada seorang guru KPLI yang bernama Kartini d
Wah! kena apitkah Rudy, inilah wajah-wajah yang bakal mengenggam tiket dalam bidang pendidikan
ari Kampung Menawo. Teruskan perjuangan anda dalam membentuk jati diri anda semua dalam bidang pendidikan.
Dalam masa yang sama 8 orang guru pelatih yang kesemua KPLI dari IPGM kampus Keningau berjaya menamatkan latihan mengajar 6 orang dan 2 orang LPBS tamat menjalani latihan pada minggu ini. Mereka berkata semasa acara bersalam-salaman, SK. Penagatan memang sekolah yang dapat memberi kerjasama kepada mereka dengan memberi sebanyak-banyknya maklumat kepada mereka semua. Apa saja maklumat yang di minta dengan mudah mereka mendapatkannya. Tahniah diucapkan kepada Norhayati Wasimin dan Siau Lin kerana tamat LPBS pada minggu ini.
Saya mengambil juga kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada mereka dan selamat menyambut hari raya 2009. Selain itu bidang pendidik adalah sesuatu yang banyak cabarannya. Hadapi dengan tenang dan sentiasa menganggap tugas itu amanah dan tanggungjawab kita amat besar dalam membentuk sahsiah dan disiplin murid di sekolah. Rasanya Rudy, Zurlina, Kartini dan Nurhayati akan mendidik kepada genrasi ketiga di SKPK. Sila lah datang ke villa kami masa raya nanti, kami menunggu kunjungan anda semua.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan