Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 22 September 2009

Bunga etuza kembang berbunga sempena raya.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..semoga sihat setelah 3 hari beraya sakan kepada sesiapa saja yang sudi melawat laman maya etuza ini.Sebelum itu syukran kepada-Nya kerana dengan izinnya selamat dan tertunai niat keluarga saya mengadakan rumah terbuka pada hari pertama dan menjamu saudara terdekat sebelah isteri pada hari ini, iaitu raya ke -3. Apa yang saya sangat bersyukur ialah tak berlaku pembaziran makanan, kerana apa yang dihidang di meja jamuan semuannya licin, tak ada tertinggal pun sedikit. Bagi etuza..kita dah hidangkan semua di atas meja juadah, bermakna kita nak makanan itu perlu di makan. Biasanya kalau ada tertinggal kerana tidak dihabiskan di atas piring, walhal sudah dijamah rasanya ada perasaan sayang kepada makanan sisa tersebut.Berkata lah hati mengapalah makanan ini tak dihabiskan?..kasi makan kucing sajalah..lebih kurang macam itulah situasi kita sebagai tuan rumah.

Ada pendapat bahawa kita wajib sangat menghabiskan makanan yang kita ambil hingga tak ada sebutir nasipun yang tinggal, kerana berkat makanan itu kita tak tahu mana satu yang membawa keberkataan dan kesihatan kita. Mungkin nasi sebutir tertinggal di piring kita itu, itulah nasi yang ada berkat, yang bila kita makan kita rasa kenyang dan puas. Jadi fikirkanlah.. bahawa makanan itu perlu kita habiskan takkala kita mengambil makanan sama ada di rumah kita ataupun di rumah orang lain.

Kembali kepada pokok atau tema catatan etuza "bunga etuza kembang berbunga sempena raya" etuza nak bercerita & berkongsi tentang keunikan, keajaiban dan reliti yang berlaku pada bungaan di laman villa kami. Menjelang raya pertama saya perasan semua jenis orkid di laman kami mengeluarkan bunga yang sangat indah belaka. Selain orkid ada juga bunga yang saya harap time raya bunga itu berbunga, ternyata mengembangkan bunga hingga ke hari ke 3 raya dan hari-hari akan datang kerana ketahanan bunga nya mencapai 2 minggu. Sebut warna dan corak bunga di laman villa kami, ada merah, putih, pink,kuning, cream kuning, purple, jingga dan macam-macam warna yang mix warna dan corak ada tau!. Hebat sekali keajaiban ini. Ada pula yang bertahun tak berbunga kali ini keluar bunganya. Bagaimana boleh jadi macam ini? Semuanya kuasa Allah, bunga itu tumbuhan ada nyawa dan perasaan, jika kita jaga segarlah ia, cantiklah ia, kembang dan merimbun hingga tak puas mata memandang. Lantaran belaian kasih sayang pemilik bunga itu maka kebarangkalian bunga itu memberi tindak balas dengan membalas kebaikan tuan rumah pemilik bunga itu dengan cara mengeluarkan bunga yang sangat unik dan mengkagumkan. Sure.. kalau tak percaya nanti tengok bunga-bunga tersebut dalam paparan di bawah ya. Special untuk pelawat blog etuza ni..
Pada masa raya kesemua yang datang melawat taman etuza memuji cantiknya, indahnya, macamana jaga ni, kau baja kah, semua ada bunga, yang ini cantik sekali, sejuk mata memandang, aduhai yang ini macam bunga plastik daun macam ada salutan lilin dan macam-macam pujian tau saya dengar. Itu kata mereka.Ada pula yang asyik pandang bunga kami tak berkelip matanya seolah dia terpegun sejenak..banyaknya bunga ah lebih kurang macam itulah tafsiran saya. Ada pula yang cium wangi bunga kami tau! hai..bungaan kami kali ini dapat pujian.
Saya dan mama, eh biasa ja jaga..kalau kita tak siram matilah ia, berilah baja sikit-sikit bagi rawatan dengan membuang rumput liar dan kita kena menyayangi bunga yang kita tanam itu. Mama pernah kata kat saya bahawa bunga ada perasaan dan kalau kita rajin membelai, percaya atau tidak ia akan berbunga. Ya ka..nah betulah bungaan kami semua berbunga sempena raya. Seolah bunga kami juga BERPESTA bersama kemeriahan raya etuza pada hari raya pertama..dari pagi hingga malam melayan tetamu. Tetamu terakhir kami ialah dari Sandakan dan dari Kampung Baginda Keningau. Keluarga Shamley dan keluarga Afendy Johari. Khabarnya raya ke dua saudara Shamley bertolak ke sandakan kerana tuntutan tugas. Hai kesiannya tak ada cutilah tu..

Sebelum saya perlihatkan bunga kami yang kembang di taman..saya nak beritahu kepada umum mengapa saya suka sangat menanam bunga ni:-
1. Bunga itu berbagai corak daun dan bunga teringatlah saya kuasa Allah yang menciptanya..bunga itu kita pinjam sementara ja.. tak di bawah ke matipun.
2. Bungaan memberi kita kesegaran udara takkala menjelang siang..mata menjadi segar sekali terutam yang berdaun hijau..saya teringat terus juga kuasa Allah.
3. Bungaan itu memberi damai di jiwaku. Time tiada mood, boring marah pada mama, eh sedangkan lidah lagi tergigit adalah gaduh kecil-kecil sama mama( isteriku) pandang bunga hati terhibur hilang rasa marah terganti dengan kekagumanku kepada ciptaan Allah itu. Sure..tak bohong ni.
4. Bungaan itu mengingatkan kita pada hari akhir zaman, kerana hampir semua bunga punyai kelopak sebanyak lima kelopak..conthnya bunga raya, cuba kira ada lima..ada pendapat mengatakan hari kiamat berlaku pada hari jumaat.Jumaat tu ganjilkan..teringatlah saya pada hari akhir zaman dengan mengira kelopak bunga tu.
5. Dengan menanam bunga saya dapat berpeluh, bila menbersihkan halaman, menyiram dan mengangkat pasuan kerana nak tukar posisi bunga agar tambah ceria. Keluar peluh saya tau..maknanya sihat..lah badan taklah lesu sangat.Malah selepas berpeluh saya rasa segar dan tenang sekali.
6.Menanam bunga anak-anak tambah disiplin, bungaan dilaman kami tidak ada satupun yang rosak, saya nampak anak-anak saya berdisiplin dan tumpang gembira melihat indahnya bunga kami.
7.Rumah kita tambah cantik dan ceria dilihat dari jauh..benarlah biarpun rumah sederhana jika ada bunga rumah itu nampak berseri.Kerana itu saya pelbagaikan jenis bunga di laman kami.
8. Etuza ada mini kolam dari tayar terbuang, tak cantik jika tak ada bunga, jadi saya tanamlah bunga sekeliling mini kolam itu..hai cantik tau!..tengoklah kolam saya di catatan yang lalu.., ada tu..
9. Saya menanam bunga kerana menimbulkan kesedaran dan kasih sayang kepada alam semulajadi, hidup biar ada makna, bermaksud antaranya mencintai alam semulajadi, bunga itu semulajadi ciptaan-Nya..menambah nikmat ketika hidup. Agak kuranglah nikmat hidup jika kita hidup begitu begitu ja..faham-=fahamlah tu ya.
10. Rahsia awet muda ada di antara bunga-bunga itu. kami dah amalkan..macam ada benarnya petua itu pada bunga itu saja.Nantilah kita beritahu ya.Tambah erat kasih sayang antara mama dan saya, tambah kemesraan dan kebahagiaan. Kata orang lagi rezeki kita murah dengan menanam bunga. Itu wallahualam..kita serahkan pada yang esa.
11. Lastly..saya rasa ada kepuasan menikmati kehidupan yang Allah beri..semua saya rasa, seperti menyayangi bunga dan bunga menyayangi saya dengan perlihatkan bunganya yang sangat luarbiasa. Alhamdulillah..itulah 11 sebab banyak lagi sebab mengapa saya suka sangat tanam bunga..

Nah inilah bunga yang kembang menjelang raya ni..benar-benar menakjubkan. Uniknya, indahnya, gebunya dan halusnya bunga-bunga ciptaan Allah ini. Tengoklah ya..


Baru nak kembang kelopak bunga ini pada pagi raya pertama, inilah gambar bunga orkid kelopak bunga paling besar diantara orkid etuza. Cantikkan..corak dan warnanya tu..unik.


Sepanjang saya jaga bunga orkid ini, inilah kali kedua ia berbunga. Gambar ini saya ambil pada hari raya ke dua (kemarin) tengoklah belum kembang semua tu..baru nak kembang, tapi kita dah puas hati nampak kelopak bunga yang dah kembang tu.

Bunga orkid kuning ini tahan hingga sebulan, pertama kali mengeluarkan bunga, segar kembang sebaik menjelang pagi raya aidilfitri..bunga orkid ini merupakan pemberian kawan sekerja saya.Suaminya memang macamk saya suka tanam dan jaga bunga di laman.


Bunga orkid ini memang tak pernah henti berbunga di laman kami, cuma di hari raya ia berbunga lagi banyak. Ajaibkan..


Orkid ini memang sedia berbunga di laman, cuma time raya masih segar bunga ini, tetapi sudah ada kelihatan bunganya gugur satu persatu.Sempat juga memperlihatkan keunikannya di pagi raya.

Nak kongsi lagi orkid ini..tengoklah betapa uniknya ciptaan Allah menghiasi bumi kita ini.
Bunga ini betul betul pagi raya pertama kelopaknya kembang baru satu kelopak. Anihnya time raya baru berbunga ni bunga tau. Dulu ada juga berbunga tapi tiga bulan lalu, sekarang baru nak keluarkan bunga. Itu yang etuza bangga gembira dan tambah semangat nak jaga bungaan kami ni.
Bunga tahi ayam kupu-kupu ini tumbuh rendah bunganya cantik sekali, rimbun bunganya memukau pandangan.Time raya lagi banyak bunganya sedang kembang dan bunga ini menarik perhatian kawan-kawan etuza di pagi raya.











bersambung esok-mengantuk
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: