Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 23 September 2009

Bila hati disakiti..terasa pedihnya..kerana kita manusia lemah & tidak sempurna



Kali ini paparan etuza menyingkap kepada asam garam kehidupan kita sebagai manusia biasa di Bumi Allah ini yang melibatkan ilusi hati. Semua kita yang bergelar manusia mempunyai hati. Terasa ingin berkongsi dengan anda semua bahawa hidup ini ada kala indah dan ada kala pahit. Manis pahit itulah kehidupan. Semuanya berpasangan. Gembira kemudian menangis, senyum kemudian masam atau muram, miskin kemudian kaya. Gagal kemudian lulus, bertemu berpisah, lelaki dan perempuan, tinggi rendah datang dan pergi serta bermacam keadaan yang ada pro dan kontranya. Ada yang baik hati ada pula hati yang jahat. Itulah realiti kehidupan kita di dunia ini.

Saya terasa terpanggil untuk menceritakan keadaan bila disakiti, bila di tentang hingga ada rasa tegang. Tiap kita ada hati dan perasaan, sebaiknya kita jaga hati orang lain agar tidak menyentuh emosinya, tidak menimbulkan luka di hatinya. Sesungguhnya kita berusaha agar kita bersih dari noda dan dosa. Perbuatan menyakiti hati orang lain adalah tergolong perbuatan dosa mengikut hukum Islam. Allah murka kepada orang yang menyakiti hati sesama manusia.

(simbolik daun keladi..warna daun keladi bentuk hati ini umpama hati kita yang semakin gelap, dek kerana kita menodai hati kita..hati yang gelap ini cepatlah dibersihkan dengan siraman iman dan taqwa)


(simbolik daun keladi- daun keladi ini sudah merah semuanya..bolehkah dijernihkan lagi hati ini dengan siraman kehijauan agar ia damai dan tenang, simbolik daun keladi menjadikan kita berfikir sejenak adakah etuza benar? terserah kita menilainya..walau hanya ia daun keladi..)

Bila hati disakiti, terasa pedihnya, sakitnya, bagi yang tidak kuat iman akan menangis jika hati disakiti. Pelbagai keadaan kita disakiti oleh sesiapa sahaja. Boleh jadi pelakunya ialah para isteri, para suami, anak-anak,kawan, jiran, sahabat dan sesiapapun adalah berpotensi menyakiti hati kita. Hati yang disakiti sebolehnya akan menyembunyikan keadaan diri, tersenyum.. tetapi hatinya menangis luka, ketawa padahal hati terluka dan berdarah..bergurau senda padahal usaha untuk menutup wajah hati yang terguris luka. Hati kita untuk merasa semua rasa..terlalu halus dan bijak membuat penilaian. Namun jangan salah menggunakan hati dan perasaan.


(Simbolik daun keladi, cuba lihat daun keladi ini, pudar warnanya..seolah membawa maksud tersirat...seolah lambang pada hati dan jiwa yang tidak sihat..semakin gelap nampaknya..)

Bila hati disakiti, akan terpacul pertanyaan kenapa kita disakiti. Mengapa dan apa salah kita, kadangkala kita akan mencuba mencari jawapan pada kelemahan pada diri sendiri, itu musahabah diri namaya. Kita jangan bertindak ego, kerana keegoaan kita akan membinasakan kita, mengundang kemurkaan Allah. Orang yang ego rasanya tidak akan mendapat kebahagiaan di dunia ini. Hatinya akan dibelenggu keegoan yang akan memakan dirinya sendiri.

Bila hati disakiti.. ada kalbu merintih, hiba sayu dan tangisan disegenap naluri..rasa kecewa dan kekesalan akan kita rasai. Hati yang disakiti akan berusaha menyembuh sendiri luka hatinya..aduhai pedihnya bila hati terguris. Entah bila akan sembuh, 1,2,3,4 atau berapa hari, itu terserah kita merawatnya. Kalau dalam luka di hati rasanya memakan masa untuk mengubatinya..

( daun keladi ini umpama bentuk hati yang mengukir dua kombinasi rasa yang tidak seimbang-renungilah)
Penyakit hati itu lain, ia berkisar kepada keadaan orang itu menyombong diri, iri hati, dengki, dendam kesumat, serta perbuatan lain. Itu penyakit hati manusia seperti kita.

Bila hati disakiti. hati yang disakiti,kita sebagai manusia biasa harus sentiasa tenang berhadapan dengan situasi ini.Bila hati disakiti hilang kerukunan jauh kebahagiaan. Tegang perasaan hilang kepercayaan.

Sebaiknya jangan menyakiti hati orang lain, kerana itu membinasakan dan meruntuhkan kebahagiaan.

Insaflah wahai diriku, dan juga diri mu di luar sana, usah kita menyakiti orang lain yang dekat dengan kita, meskipun yang jauh jangan sekali menyakiti hatinya. Sekali kita menyakiti yang lain seribu kali kita tidak dipercayai lagi..

Sukarnya menjaga hati orang lain, sedangkann hati kita juga tidak terjaga, silap silap kita yang melukai hati sidia, sianu dan sipulan. Hendaknya kita pada tiap detik waktu di mana jua sentiasa baik terhadap orang disekeliling kita, kadangkala kita membiarkan hati kita disakiti daripada kita menyakiti hati orang lain. Adakala hati begitu pedih takkala dengan kata sepatah ia bagai pisau menghiris hati lagi sakit berbanding tertusuk kulit kita dengan dengan objek. Aduhai begitulah rasa bila hati disakiti.

Satu daya usaha mengubati hati yang luka ialah..mencari iman dan kesabaran, memandang jauh hidup ini..berfikiran positif dan sentiasa musahabah diri. Inilah realiti kehidupan.Nak tak nak kena jua teruskan kerana masih ada nywa di kandung badan. Kita tak kemana sebenarnya..satu tujuan satu destinasi yang pasti..cuma kita dibezakan oleh amalan. Walallhualam. Hendaknya kita dijauhkan dari amalan yang merosakkan kedamaian kita.


Simbolik daun keladi, daun keladi ini lembut dan halus dengan jalur putih, indahnya kelihatan, bagai nampak ketenangan pada daun keladi ini. Hati yang indah hanya di miliki orang beriman..

Hati yang bersih ialah yang tiada pernah menyakiti hati orang lain, hati yang tidak pernah menyangka buruk terhadap orang lain, hati yang jernih juga adalah hati yang sentiasa menampakkan keindahan di wajahnya dengan senyuman ikhlas, mesra dan menghormati orang disekelilingnya. Di tambah pula dengan bicara sopan santun budi bahasa. Kaya dengan ilmu, kaya dengan keteguhan iman, tinggi nilai sabarnya dan tiap apa saja masalah dihadapi dengan tenang sekali. Hati yang paling baik dan sempurna serta menjadi impian ialah kejernihan hati para rasul dan nabi, bagai hati rasul Allah Nabi Muhammad SAW. Itulah hati menjadi impian. Sayang sekali jauh api dari panggang. Hati-hati kita semua sudah ternoda oleh hasutun duniawi..kerana hati ini pernah menyakiti orang lain, orang lain juga ada menyakiti orang-orang disekeliling kita. Cuma yang tiada melakukannya ialah hati orang yang beriman dan bertaqwa yang sentiasa redha pada rezeki, umurnya,ilmunya, redha terima nasihat orang lain dan orang yang benar-benar dijaga oleh Allah dari bisikan syaitan.

Di sini sekali lagi saya pinta agar kita marilah berjuang sehabisnya agar kita tidak akan lagi menyakiti hati orang lain.Sesungguhnya orang-orang disekeliling kita adalah insan yang sangat istemewa. Mereka adalah kawan dan teman berbicara agar kita tidak kesepian dan keseorangan. Jaga lah hati mereka..biarpun barangkali mereka tanpa sedar menyakiti hati kita sendiri. Maafkanlah mereka. Di bulan syawal ini, kita telah bermaafan. Hendaknya jangan lagi mulakan titik merah dihati tanda hati terluka dan terguris. Hendaknya hati kita sentiasa putih atau hijau tanpa corak kesakitan walau setitikpun. Sungguh payah menjaga hati..hanya dengan siraman iman dan ketaqwaan kepada-Nya sahaja bisa hindari itu. Marilah berjuang bersama menjaga hati dan iman agar ia tak gersang, tetapi sentiasa basah dengan kesabaran yang memimpin kita ke jalan yang benar.

( daun keladi ini ada guris merah..umpama hati kita yang sedang mula ternoda. Simboliknya daun keladi ini )
Hati yang kotor cepatlah dibasuh..cepatlah dikikis karatnya.Buang karat itu sejauhnya. Mudah sahaja mencucu hati, dengan cara bermusahabah, berzikir dan merenungi masa lalu kemudian gantikan dengan tekad dan azam membara agar sentiasa jauh dari noda hitam itu lagi. Percayalah Allah maha mengampuni, Allah maha mendengar, mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi. Biar kita ke mana menyorok Allah tetap melihat.. sekecil mana hatimu sebesar mata- Nya melihat kehalusan hati kita. Subahannallah. Semoga paparan tentang hati ini akan memberi kesedaran kepada diriku dan pada semua yang sempat membaca..saya percaya kita semua sama sahaja ada hati yang perlu dijaga ada pula hati-hati orang sekeliling yang perlu kita jaga. Semoga kita tidak tergolong dikalangan orang yang berhati busuk, yang suka sangat menyakiti hati orang lain. Nauzubilhiminzalik..

Wahai diriku dan semua yang mengenali diri dan mengenali Allah, marilah takut pada murka Allah,laknat Allah kerana sesakit-sakitnya hati bila disakiti oleh orang lain lebih pedih dan sakitnya azab di akhirat kelak. Sesungguhnya panas di dunia nyata ini tidak dapat menandingi panasnya di sana...Ya Allah jauhi kami dari seksa neraka-Mu, jauhi kami dari tiap detik mengutip dosa yang bersepah-sepah, jauhi kami dari sifat anggkuh dan sombong yakni sikap buruk bersarang dalam nubari, jauhi kami dari sikap lalai pada solat, jauhi kami dari melupakan-Mu dan mementingkan duniawi semata. Matikan kami dalam iman, matikan kami dalam Islam..dan sejahterakan hidup kami di akhirat-Mu Amin ya rabbal alamin.

Hiasan bunga hidup dalam pasu sempena raya ( ada juga tetamu tertarik hati- Jimat)

Paparan saya yang ini ialah sekadar nak berkongsi tentang manafaat menanam bunga dalam pasu, bila dijaga..inilah masanya time raya berguna untuk menambah seri dalam rumah. Kita tak payah membeli bunga plastik...cukup 4 hari beraya kita pindahkan balik bunga dalam pasu ke luar rumah.. kalau lama dalam rumah nanti gugur daunnya. Bunga hidup perlu sinaran matahari. Ada juga yang bunga yang tahan dalam rumah..tapi pilihan etuza ini tak tahan.


Bunga payung atau dalam bahasa tempatan bunga pasir ini jenis bunga pasir berjuntai. Bila raya menjelang bunga ini semakin lebat. Ramai juga tetamu menyangka bunga ini bunga plastik.


Bunga berdaun hijau halus ini, merupakan hadiah murid kepada etuza sempena HARI GURU 2009. Seronok juga bila mendapatat hadiah dari murid berbuntuk bunga hidup dalam pasu.
Bunga ini baru nak keluar...2 hari sebelum raya 2009.( Satu keajaiban..biasa bunga ini jarang berbunga..tetapi time dekat nak raya nak keluar pula bunganya ..mari kita tengok ya)

Mula nak kembang, kelihatan kelopak putih mula kembang..esok pasti kembang ni bunga.



Nah sekarang kelopak bunga ini sudah kembang..baru juga kembang pagi tadi pagi-pagi raya, nanti petang bertambah kelopak bunganya..ada beberapa lagi tangkai bunga sedang berbunga tu..ada 4 pasu sedang mengeluarkan bunga ini.Cantik putih gebu dan berseri-seri.



Sekarang cuba lihat keadaan sebenar kelopak bunga ini, anda pasti tertarik. Masalahnya memang bunga ini jarang-jarang berbunga. Mujurlah di hari raya keluar bunganya dapat juga tetamu memuji keunikan bunga ciptaan Allah ini.



ha yang ini paparan kesemua kelopak bunga ini, Kelopak bunganya agak tunduk ke arah tanah, mungkin kerana namanya bunga sejuk, orang kampung gelar bunga ini bunga sogit..bererti bunga sejuk.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: