Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 20 Ogos 2009

Mengharap Redha & Rahmat Ilahi


Mengharap Redha dan Rahmat Ilahi
.fullpost{display:inline;}
1.07.2009 ( rabu) merupakan tarikh yang saya nantikan. Merupakan hari dimana saya akan ditemuduga oleh SPP untuk penyerapan pangkat DG3 (DG41) di IPGM kampus Keningau, Sabah. Untuk ke temuduga itu saya telah memohon cuti khas dengan memohon kepada Guru Besar sekolah. Bila bertanya kepada kawan lain yang sudah ada pengalaman kena juga bersedia terutama PIPP, FPN dan lain-lain maklumat.
kalau macam itu, kena study, kena merujuk buku dan membaca. Tentang pedagogi, psikologi, sejaarah juga nama-nama menteri serta bijak komunikasi secara am. Etika berpakaian kena ingat lengkap dengan tanda nama. InsyaAllah, ada juga sumber yang saya baca di internet, temuduga itu cumalah bertujuan sebagai pengukur sama ada orang yang ditemuduga itu waras atau tidak waras. Bagi villa anjung seri apapun pengertian temuduga itu perlu dihadapi dengan tenang dan penuh persediaan. So, di ruang blog ini melalui ruang mengharap redha dan rahmatNya dicatat beberapa maklumat tambahan untuk ingatan villa anjung seri, serta ilmu pengetahuan sebagai persediaan ke temuduga itu nanti.6 teras PIPP1. Membina negara bangsa -bahasa, perpaduan, integrasi nasional, memupuk cintakan tanah air dan budaya bangsa.2. Membangunkan modal insan - menekankan peningkatan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.3. Memperkasakan sekolah- perluasan program prasekolah,pemantapan kepimpinan GB dan kualiti guru serta kurikulum dan kokum.4. Merapatkan jurang pendidikan - pembangunan infrastruktur,kemudahan luar bandar, mengurangkan keciciran, tambah bilangan guru terlatih di pedalaman.5. Memartabatkan pr0fesion keguruan- menambah baik persekitaran guru, memantapkan latihan perguruan, perancangan dan pengurusan sumber manusia.6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan- dengan wujud guru terlatih dan berkebolehan mewujudkan sekolah cemerlang serta sekolah kluster.Cuba ingat juga maklumat ini* Falsafah pendidikan negara* Wawasan 2020* Nama-nama tokoh pendidik kebangsaan* Nama-nama pengarah & menteri* Isu-isu semasa pendidikan terkini.* Isu luar negara.Bersedia ke temuduga DG41 di IPGM, Keningau. Baju biru dengan neck tai coklat berkotak. Tanda nama belum di pinkan. Gambar ini semasa di villa pada jam 6.55 minit pagi.
Debar memang berdebar.
* Saya memang rancang awal ke tdga tersebut. Saya peserta yang ke tiga sampai bersama guru dari SK. Ansip ( Wong Lai Fah) dan dr SK.Pasir Putih. Cuma debaran saya kuat kerana JPN ( pendaftaran) gagal keluarkan surat beranak ori pada 30hbJun.2009. last minit baru perasan ilang surat beranak saya, tak dapat dikesan di mana. Dengan berbekalkan keberanian, saya pi juga temudg. Saya cuba dapatkan kebenaran agar ditemuduga, tapi memang tak boleh kata Tuan Roslan semasa di luar bilik temuduga. So, saya pergi ke JPN Keningau. alhamdulillah dapat juga orignal surat beranak. Saya di temuduga pada jam 11.40 pagi hari ini juga.
Apa soalan temuduga?
* Masa masuk tu, saya memang hilang semua debar dan rasa takut. Apa ja jadi,jadilah, kena marah ke, tuan penemuduga suruh ja saya balikpun apa daya, sebab memang saya dah gagal ikut masa temuduga saya pada jam 9.00 pagi. Rupanya, engan senyum tuan penemuduga dan persilakan saya duduk. Saya hormat penemuduga itu sebab taitle dia Tuan Haji Ahmad. Firstly, ditanya asal, saya gasaklah cerita apa yang ada dalam mind set saya. Berapa kilometer jauh sekolah dengan pekan Kgau. Setahu saya dah short sikit tu jalanraya kerana dah aspal, potong sana -sini, jadi saya jelaskan 7 km ja.Betulkah tak betul dulu 9batu.
* Ini yang menarik saya ditanya tentang bidang tugas GPM.
* Saya ditanya tentang program NILAM apa hasilnya kepada murid.
* Selain itu ditanya juga saya tentang bagaimana menangani gejala sosial dengan penerapan nilai Islam dikalangan ibubapa serta murid. Siapa yang perlu bertanggungjawab kurangkan masalah sosial.
*mengapa memilih agama Islam?
* Apa perkembangan atau kemajuan di sekolah sekarang?
Alhamdulillah syukur, berkat doa dan yakin diri, tidakah juga saya tergagap-gagap. Saya setkan agar tak terucap perkataan "aa.." atau "eeh..". Saya memang minta agar Allah bantu, ternyata Allah itu maha melihat dan jika ada usaha pasti dirahmati.
* Selepas temuduga, saya dipersilakan keluar. Yang seronoknya.. sekali lagi meet dengan tuan haji Ahmad di masjid IPGM, sempat borak dan sembahyang jemaah sekali beb!. Dia imam dan kami 3 orang makmum. Semoga tuan haji Ahmad sihat, dipanjangkan usia dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan yang maha kuasa.
* Selepas solat, saya sekali lagi lafazkan kata kesyukuran, rupanya inilah hikmah disebalik kesusahan saya pagi tadi. Silap-silap saya tak ditemuduga tu. Tapi kita manusia ada juga pertimbangan, lepas tu kita usahakan apa yang perlu, tawakal dan redha. Sesuai dengan kata pengatas ruang bicara ini. Hikmah lain ialah dapat sembahyang jemaah dan berbual lagi dengan Tuan Haji Ahmad. Bestnya... tenang ja dia bercakap. Tinggi orangnya dan mudah tersenyum. Bila pakai kot hitam, segak dan gagah juga dia walau dah berumur. Namun, kita semua ada kelebihan kan.
* perkongsian ilmu ni, kalau ada yang visit villa blog tq, jangan lupa simpan surat beranak baik-baik. Macam saya teruk nanti..Kepada wife.. teruskan belajar insyaAllah sampai juga tu konvokesyen.. seronok berarak tau di UMS. Saya bangga saya belajar di UMS 2002-2006. Untuk putera puteri villa anjung seri, inilah satu perjuangan bapa untuk naik taraf kehidupan kita. Hargailah dan semoga kita berjaya dunia akhirat.
Tanya-tanya kawan x salah bah.* Peserta pertama- ditanya tentang bidang tugas PK 1
* Peserta kedua- Ditanya tentang ww2020 beb! dan jalan untuk bentuk murid kelas 1
* Ketiga - PPIP tak lari di soal katanya.
* Keempat - Di tanya pengalaman dan apa kaedah pengajaran dilakukan.
* Kelima- Ada juga saya ditanya nama-nama menteri dan nama-nama pengarah, yang lain pengalaman ja.
* dan saya- dah baca di atas kan. Itulah soalan pada saya.
Pakaian temuduga SPP
* Kumpulan saya ada taklimat kecil. tentang pakaian lelaki biasalah baju kemeja panjang lengan panjang, kasut hitam, coklat le juga, nama mesti pakai, baju kot ada markah tambahan.
* Wanita- kasut mesti yang bertutup dan hitam, pakai stokin jika ada, baju kurung, baju kebaya pun boleh, skirt tak boleh pakai.
* Dokumen masti susun ikut urutan, gambar paspot dan pastikan yang original dibawa sama serta dimasukkan ke dalam folder fail kita.
Tip-tip( ini saya ) semasa temuduga.
* Pastikan membaca, tak boleh jika langsung tak baca bah kan.
* Baca isu-isu semasa berkaitan pendidikan
* Relex ja bah, biasa saja temuduga itu. Pada saya kita disiasat saja dari segi ilmu dan kita waraskah tidak.
* Saya memang langkah kaki kanan masuk ke bilik temuduga dan bertawakal, minta soalan mudah. Kalau iapun itu rezeki kita.
* Greeting importan sangat. Minta izin untuk duduk.
* Dengar soalan penemuduga, fahamkan dulu, maknanya telinga dipasang kemas-kemas lah tu.
* Usah cepat sangat bercakap, susun dan cantikkan ayat, mudahkan agar penemuduga itu faham apa kita cakapkan.
* saya pagi tadi ucap terima kasih kepada penemuduga kerana dia ajukan soalan yang saya faham. tak salahkan..hehe manatau tambah mark's kita.
* Mesti senyum dan cuba cerikan diri. Sebab penemuduga itu senyum bah masa temuduga.
* Itu ja tip saya berdasarkan pengalaman saya selaku ketua villa anjung seri.
Dicatat oleh Azha Happy Family di 11:57

0 ulasan:
Catat Ulasan

Pautan pada catatan ini
Buat Pautan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Tanpa Nama berkata...

A'kum semoga rahmat dan keberkatan mengiringi kesuksesan mu. Insyallah