Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 20 Ogos 2009

Asalamualaikum Teman Bicara Etuza


Asalamualaikum Teman Bicara
.fullpost{display:inline;}
Ruangan ini memaparkan teman-teman Villa Anjung Seri .Hidup ini ibarat roda yang berputar. Berbagai rupa pengalaman telah kita lalui, jika umur kian bertambah. Pahit dan manis sudah dirasai. Berbagai rasa kita telah rasai sempena melayari kehidupan di duniawi ini. Di dalam mematangkan kehidupan, di zaman kanak-kanak kita bermain dengan rakan sekampung, di sekolah menengah teman-teman kita bertamah ramai. Ada yang memahami dan yang kurang memahami. Ada kawan yang ikhlas ada kawan yang tidak sukakan kita. Di suatu masa apabila kita berusaha mematangkan kerjaya kita wujud teman-teman sekeliling yang lain, di mana mereka adalah insan yang sealiran dengan kerjaya kita, mereka sangat menghargai kita, menghormati dan saling berkongsi suka dan duka. Mudah sahaja jawapan kenapa demikian, kerana kita bersama dalam dunia profesion pendidikan. Pendidik merupakan cita dan impian ketua Villa AS sejak kecil. Kini menjadi kerjaya yang sangat mencabar dari segi mendidik anak-anak murid sekolah. Dalam masa yang sama mendidik anak-anak sendiri di rumah. Namun terlalu banyak kengkangan dihadapi. Villa anjung Seri mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada teman yang berjaya mendidik anak sendiri di rumah dengan baik sekali, meskipun kita banyak tambahan beban kerja di sekolah.
Kasihmu tiada ternilai
Ibubapa telah melahirkan kita ke maya pada ini. Tanpa mereka kita tidak wujud di dunia. Restu ibubapa dalam semua perkara adalah azimat untuk kejayaan. Anak- anak yang dilahirkan oleh ibubapa sesianya melawan cakap ibubapa, menderhaka, mendustai mereka dan menyakiti mereka suatu kerja yang merugikan. Sebaliknya mereka kita sanjung, kita sayangi dan kita hargai juga kita jaga dengan penuh keikhlasan. Walau apa pun alasan ibubapa tetap kita sayang dan perlu kita membalas jasa mereka dengan kasih sayang melebihi wang ringgit. Villa anjung seri, ibu dan bapalah yang telah memberi semangat hingga ada kejayaan tidak seberapa ini dalam kehidupan Villa anjung seri.
Bersama Ariffin Mat Kasim(2008)
Setiap pertemuan ada perpisahan, memang begitu lumrah hidup manusia seperti kita. Kadangkala kita mahu terus bersama apabila keadaan sudah biasa dan saling membantu. Memang saya ketua Villa anjung seri terasa kehilangan dengan rakan bernama Arifin Mat Kasim. Dia merpakan pelatih IPGM kampus Keningau di tempat mengajar saya pada tahun 2008. Setiap masa beliau sering menggunakan Pusat Sumber untuk membuat kerja-kerja seperti rancangan mengajar dan ABM menajar serta menggunakan Pusat Sumber untuk P&P. Bermakna semaksimum Ariffin menggunakan PSS hingga 3 bulan latihan mengajar di SK. Penagatan, Keningau, Sabah. Oleh itu keadaan sebagai rakan, kawan atau juga teman meninggalkan kesan kepada saya. Kepergiannya membuatkan saya sunyi di Pusat Sumber, memang ramai guru di sekolah saya tetapi mereka dengan meja dan tempat duduk sendiri di bilik guru. Pusat Sumber dibawah jagaan saya, maka disitulah bilik dan tempat duduk saya. Apapun memang begitulah keadaan manusia. Sekejap bersama sekejap berpisah jauh. Villa anjung seri mendoakan semoga teman- teman semua beroleh kebahagian masing-masing. Pada yang terlawat blog Villa saya ini, diucapkan terima kasih, jumpa lagi.
Baju Putih Villaza
Masa ini adalah mesyuarat staf guru di sekolah saya. Gambar ini diabadikan pada tahun akhir tahun 2007. Duduk bersama ialah Nasrul, Piah, Jerama dan yang tunduk itu Marcellus. Mereka te man setugas di sekolah Villa anjung seri. Nasrul berbaju biru merupakan teman yang karib hingga pada suatu masa kami berjaya membuat satu rangkaian niaga secara sampingan selepas sekolah. Keadaan dan masa tidak mengizinkan untuk teruskan niaga itu, masing-masing ada rasonal untuk pilih rehat dan ambil cuti bersama familiy ketika ada senggang. Masa bersama keluarga sebenarnya paling penting, anak-anak membesar dengan tumpuan kasih sayang. Rezeki, semuanya kuasa Allah, kita harus percaya bahawa rezeki ada di mana-mana, cuma terpulang kepada cara kita sahaja untuk capainya.
Baju Batik Malaysia
Baju batik amat menarik dipakai oleh sesiapa sahaja. Secara rasminya di Malaysia baju batik ini dipakai pada hari khamis setiap minggu. Pemilik villa anjung seri lambang cinta abadi mengabadikan kenangan bersama Ustaz Sallehuddin dan Jenisi rakan setugas semasa menghadiri majlis hari warga pendidik Zon Pegalan pada 25.6.2009 di SK. Pekan 2 baru-baru ini. Tidak ketinggalan Afif putera ke 3 Villa anjung seri turut ikut ke majlis meriah itu. Ustaz SR yang duduk berkaca mata merupakan orang kuat sekolah tempat saya bekerja. Katalah apa saja tugas, digalas dengan baik. Seumpama itulah yang kita perlukan tidak lokek ilmu, tetapi memikul tugas an curah idea yang baik. Dalam bidang IT villa anjung seri selalu merujk pada dia. Dapatlah ilmu baru yang berguna, kadangkala bertanya itu perlu untuk kepastian sebagai pengukuh rasa yakin. Hebat SK. Penagatan, Keningau, Sabah berbatik hijau.
Ceria Di Majlis Warga Pendidik
Keceriaan diwajah guru-guru smasa majlis warga Pendidik bau-baru ini. Wife vlla anjung seri bersama barisan guru pelatih dari IPGM. Bertudung hijau dan baik hijau di hujung sana merupakan isteri pemilik Villa anjung seri. Kepada guru pelatih manafaatkalah peluangatihan mengajar di SKPK. Buat yang terbaik, semoga antara 6 orang akan lahir pelatih cemerlang di SKPK tahun 2009. Kepada isteri tersayang, semoga pada majlis hari itu memberikan kekuatan agar menyayangi kerjaya sebagai pendidik, tugas ini menjanjikan pulangan berbentk kepuasan, kasih sayang setimpal dengan imblan yang diberi. Salam ceria selalu.
Minum Jam 10
Masa ini memeng gempak guru2 SKPK. Riuh dengan kemesraan semasa acara minum pada jam 10. Villa anjung seri ambil kesempatan merakam memori isteri bersama kteman-teman yang lain. Barisan teman wife villa anjung seri ialah Ustazah Julitah, Rupiyah, Piah, Cik June dan Salbiah. Kata orang kesempatan santai seperti ini jarang berlaku, yang ada CDigital tu tak sah jika tidak mengambil phoyo kenangan. Kepada teman-teman yang terlawat blog milik peribadi Villa anjung seri, tq dan kenangan kami kenangan mu juga.

Antara yang memeriahkan hari pendidik Zon Pegalan, Keningau.
Kadangkala susah mengumpulkan warga SKPK jika hari bertugas biasa. Kali ini, beberapa guru dan KTBM yang sempat hadir ke majlis warga pendidik Zon Pegalan di SKPK2 dapat abadikan photo isemewa untuk bloh Villa anjung seri ini. Yang tidak ketinggalan budak kecil itu ialah Afif. Doa bapa semoga cerah masa depannya dan mengikut nasihat ibu dan bapa. merayakan bersama hari pendidik dengan guru-guru sekolah lain masa itu amat menggembirakan. Semua memperlihatkan pakaian batik masing-masing. SK. Ambual dengan warna batik purple dan batik SKP2 dengan warna meron menjadi perhatian Villa anjung seri. Warna matang itu sememangnya amat digemari oleh Villa anjung seri. Mungkin kerana umur kian bertambah maka saya suka warna-warnamatang atau warna tua seperti itu. Kepada gru2 SKPK selamat maju jaya.
Bersama Ipar Zulkifli & Ipar Sahlan
Pemilik villa anjung seri di tengah bersama 2 orang ipar bergambar sempena majlis perkahwinan adik bongsu kami Leha. yang berbaju batik Ipar Zulkifli suami kepada kak Minah dan baju t'shirt merah itu ialah Ipar Sahlan suami kepada adik Ime. Ipar Sahlan bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan dan Zulkifli bertugas sebagai Guru Besar sekolah di Nabawan. Phota ini diabadikan pada tahun 2008. meriah,meriah sungguh meriah perkahwinan adik kami ini. Semoga berbahagia hingga selamanya. InsyaAllah.
Baju Koprat SK. Penagatan, Keningau.
Sesekali pakai baju koprat SK. Penagatan, Keningau berwarna merah bertaris hitam. Bangga dengan logo Jabatan Pendidikan Sabah siap dipasang. Kelihatan dalam gambar bersama Ustaz Sallehudin Rusinin. Gambar ini diabadikan pada 9.06.2009 di SMK Keningau sempena program G52 baru-baru ini. Tugas yang diberi adalah AJK bahagian jaga murid pada waktu malam sahaja. Saya lihat banyak kebaikan program ini, khusunya memberi peluang kepada calon UPSR ulangkaji pelajaran. Syabas kepada SKPK kerana berjaya mengendalikan program yang besar itu. Untuk Nuraziemah puteri villa anjung seri saya mendoakan agar berjaya mencapai lebih dari target sekolah. InsyaAllah.
Hidup ini kadangkala umpama mimpi
Terasa masa yang lama seolah baru berlalu, pemilik villa merasa begitu apabila seorang bekas muridnya dan merupakan best student 1996 menjadi guru pelatih di SKPK pada Mei 2009, iaitu Junaipin Amin. Saya anggap kini dia seorang teman seperjuangan dalam pendidikan. Di belakang sana kelihatan orang kuat SKPK Marcellus dan disebelahnya Nelson. Photo kenangan ini diabadikan semasa majlis perpisahan sekolah dengan Junaipin, Nelson, Melina dan Precella sebelum cuti semester pertama 2009. Semoga success.
Rakan guru 2 dari IPGM dan 1 dari SK. Kg. Biah, Keningau abadikan kenangan bersama wife villa anjung seri. Guru pembina negara bangsa, tema hari guru tahun 2009. Masa ini mereka bersama menghadiri majlis rasmi hari warga pendidik peringkat Zon Pegalan di SK. Pekan 2 Keningau. KPLI dari IPGM ialah Pn. Rustina dari Kudat dan Jamalton. Tahniah kepada anda semua.
Dicatat oleh Azha Happy Family di 11:59

0 ulasan:
Catat Ulasan

Pautan pada catatan ini
Buat Pautan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: