Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 20 Ogos 2009

Titipan doa buat anak etuza tersayang mengiringimu dimanajua.



Etuza bersama anak sulung laki-laki Mohd Ikmal semasa datang melawat Ke SMK Agama Mohammad Ali, Ranau.


Khamis, 2009 Ogos 13

Titipan Doa Dan Rahmat Ilahi Mengiringi Kembara Mu Anakku18hb Julai 2009, saya pergi ke SM Agama Mohammad Ali Ranau, tempat anak-anak saya menuntut ilmu. Anak sulung Nurhabibah di kelas tingkatan 4 aliran sains dan anak kedua Mohd Ikmal tingkatan 2 di kelas Abu Bakar.
Perjalanan yang agak jauh ini, mencabar stamina ku, maklumlah umur dah bertambah. Mujur ada teman yang menegur apabila jalan wira saya agak tak betul. Anaknya juga di SMKAMAR di tingkatan lima. Saya memang sangat rindu melawat anak-anak dan melihat sekolah mereka yang berada nun di atas bukit. SMKAMAR memang sebuah sekolah yang indah dan sangat cantik pemandangannya. Alam semulajadi yang menarik menambah keunkannya, Pelajar sekolah ini semua tinggal dalam asrama.
Wah tiba saja di perkarangan sekolah, tanpa saya sedari rupanya anak saya sedang bertugas memudahkan tiap pelawat yang berkereta masuk ke parking. Inilah yang menggembirakan saya selaku ibubapa kepada Ikaml. Sekurang-kurangnya dia ada aktiviti tambahan dan tugasnya itu sebagai asas berinteraksi dengan masyarakat luar. Kata Ikmal dia masuk Kadet Polis. Segak juga bila Ikmal berpakaian ala-ala polis. Kepada SMKAMR yang beri peluang kepada anak saya Ikmal terima kasih dan semoga Ikmal betah di SMKAMAR hingga berjaya dalam mengejar cita-citanya.
Nampaknya sekali lagi saya gembira apabila dikhabarkan anak saya Nurhabibah tingkatan 4 aliran sains mendapat tempat ke 4 dalam peperiksaan sem 1 2009. Cikgunya kata tahniah dia top five tapi kena maintainlah katanya. Saya bangga anak saya bersekolah di SMKAMR, insyaAllah anak saya yang ketiga bakal menyusul kaka dan abangnya.
Ustazah Rupiyah Jusrie lagi bangga kerana anaknya mendapat anugerah terbaik BM dan mendapat tempat ke dua dalam kelasnya. Namun anak saya Ikmal kena berusaha lagi. Bahasa Arabnya hanya mendapat 50 % ja. Kata gurunya belajar ni harus ada disiplin diri dan tumpuan, jangan pula nampak kawan sembang kitapun ikut sembang pula walhal waktu itu perlu belajar di asrama. Betul juga kata cikgu Ikmal itu. Harap Ikmal berusaha kuat ya. Mak dan bapa hanya mampu memberi doa dan pohon rahmat Ilahi, selebihnya Ikmal harus usaha gigih.


Ikmal berpakaian Kadet Polis pada 18hbJulai 2009


Ikmal bersama kakaknya Bibah berpakaian pengawas pada 18hb Julai 2009


Ha yang ini pula gambar kenangan bersama ustazah Rupiyah, Mubin dan kawan sekelas bibah di SMKAMAR.


Ikmal dan bapanya En. Mohd Zali Ayub di SM Agama Md Ali Ranau.
Ikmal dengan kawan sekelasnya.


Geng sekelas Ikmal, semuanya ceria belaka. Belajar kamu baik-baik ya.
Mengabadikan kenangan bersama anak-anak Villaza


Ustazah Rupiyah dan anaknya Mubin Md Alias. Tahniah!




Memori Ikmal bersama teman karibnya di Kelas Tingkatan 2 Abu Bakar Smkamar 2009


Gambar terakhir ini adalah kenangan bib's dengan kawan sekelasnya.Bapa mendoakan agar kamu semua berjaya mengejar cita-cita di masa depan.Tingkatkan usaha dan teruskan perjuangan.




Dicatat oleh etuzawarna

Powered by Blogger , created by © 2007 E-picworld and Teknosains

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: