Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 16 Ogos 2014

Kenapa Ada Kata Perumpamaan Kacang Lupakan Kulit. Tak Ada Perumpamaan Pinang Lupakan Kulit!! ( Give Away - Untuk Yang Sporting )

Ha ini biji benih kacang hasil tanaman di kebun isteri etuza ya.
Memang sedap dan enak sangat dimakan biji kacang yang telah
direbus. Tak sedar semangkuk kacang tinggal kulitnya.
Nak lagi ..aduhai kacang sedapnya engkau.
Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH rezeki ini Allah yang bagikan.

Nak tanya kawan-kawan yang sempat jenguk blog Pesona.
Rasa nak tertanya kata perumpamaan yang mengena kacang ni.
Adakan perumpamaan " KACANG LUPAKAN KULIT"

Tapi kenapa "PINANG LUPAKAN KULIT" tak 
ada dalam sebarang perumpamaan atau peribahasa Melayu.
Pelik juga bunyinya ni.

Sesiapa yang dapat memberi jawapan dengan logik
serta rasional ha etuza akan beri HADIAH produk ELKEN.
Nak tak? ha ..cepat cepat beri JAWAPAN ANDA 
dan linkkan ke ruang komen segala mentara jawapan
anda itu.Selamat Berkolaboratif.
Sampaikan walau sepatah cuma.




ini rupa kacang selepas direbus..
awak nak tak..Sorry jauh tak dapat bagi awak.

Tapi hadiah gambar kat bawah ni awak berhak dapat.
Ala bagi dulu jawapan anda..berkaitan dengan 
kata perumpamaan ada perumpamaan "Kacang lupakan kulit" tetapi
tak ada pula perumpamaan "Pinang lupakan kulit"



Naka tak hadiah ni
No Trans Fat 
Oyess!! Produk ELKEN
dari ETUZA PESONA BLOG.

 hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka:

MalizaMah berkata...

singgah hujung minggu di sini... - santaileeza

Unknown berkata...

terima kasih ya..

Unknown berkata...

terima kasih ya..

suka suka berkata...

Banyaknya kacang...

lynmunir berkata...

Sebenarnya ramai yang menjadi kacang yang lupakan kulit tapi pilihan di tangan masing-masing samaada terus menghargai atau melupakan.
salam ceria sabtu.

Unknown berkata...

sedapnya kacang.. :)

Bunda_nora berkata...

Salam, kadang tu pelik juga ...memang kebanyakkan buah lepas kita makan pasti kulitnya kita buang saja. Ini kenapa ada perumpamaan "Seperti kacang lupakan kulit"?...

Cuma orang yang mencetuskan idea perumpamaan ini sahaja yang lebih maklum akan maksud yang tersurat dan tersirat dalam perumpamaannya " Seperti kacang lupakan kulit"...

wallahu'alam, salam hujung minggu cik gu..

Unknown berkata...

subahanallah terima kasih bunda blog

Cik Misstree berkata...

Keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam tergambar dengan jelas melalui pepatah-petith yang menggunakan alam sebagai perlambangan. Pepatah-petitih adalah aspirasi pemikiran Melayu secara tersurat dan tersirat mengandungi nilai sosial, moral, fungsi adat bermasyarakat dan menonjolkan falsafah kehidupan bangsa Melayu. Peribahasa Melayu bagai kacang lupakan kulit memberi gambaran mengenai orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan. Dalam hal ini, kacang dalam perumpaan itu merujuk kepada kacang tanah dijadikan sebagai perlambangan orang manakala kulit (kacang) dilambangkan sebagai asal seseorang individu.

Berbalik kepada persoalan dalam entri ini, kenapa perumpamaan kacang lupakan kulit? Kenapa tidak ada perumpamaan pinang lupakan kulit? Penelitian bangsa Melayu lama terhadap alam amat halus sehingga pinang (dalam hal ini, buah pinang merujuk kepada pinang yang telah tua) dan kulitnya tidak sesuai dijadikan perlambangan yang memberi makna orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan sebaliknya kacang dan kulitnya lebih sesuai dijadikan perlambangan yang menepati maksud tersebut. Hal ini dapat dilihat berdasarkan sifat kacang tanah itu sendiri di mana ia mudah/senang dibuka kulitnya sehingga boleh dibuka tanpa menggunakan sebarang alat. Buah pinang tua sifatnya lain, untuk mengupas kulit pinang perlu kepada alat seperti pisau malah sifat kulit buah pinang tua itu sendiri mempunyai benang atau rambut maka menghasilkan buah pinang yang licin telah dikupas kulitnya adalah proses yang sukar.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, falsafah ‘kacang’ menggambarkan sesuatu yang mudah. Kini, masyarakat Melayu moden turut menggunakan ‘kacang’ bagi perkara yang senang tanpa perlu bersusah-payah contohnya, generasi muda bangsa Melayu menyatakan ‘kacang je’ menunjukkan perkara itu mudah dilakukan. Belum ada perumpamaan dalam masyarakat Melayu lama dan moden menggunakan buah pinang tua sebagai sesuatu yang mudah atau senang.

Dalam hal ini, wajarlah perumpaan kacang lupakan kulit merujuk kepada orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan. Orang yang lupa akan asalnya menunjukkan orang yang MUDAH/SENANG lupa kepada asalnya setelah kehidupannya senang.