skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum...
inilah keadaan jalanraya Tambunan - Penampang
yang runtuh akibat hujan tidak henti-henti baru-baru ini..
Imbasan semula gambar kejadian tanah runtuh yang melibatkan jalanraya di jalan Tambunan ke Penampang dan ke Kota Kinabalu pada 31hb Mei 2013, telah mendatangkan kesan yang pelbagai terhadapa prasarana ekonomi di Keningau, Tambunan dan kota Kinabalu. Ini kerana keadaan hampir setiap hari jalanraya menuju ke Keningau teramat sesak terutama pada tarikh 1 hingga 4hb Jun 2013.
Hampir setiap hari etuza akan turun ke Bandar Keningau musim cuti sekolah untuk urusan peribadi dan urusan keluarga. Akan berlaku kesesakan lalulintas khasnya menuju ke Bandar Keningau. Ini berlaku akibat ramai pemilik kereta untuk mengisi minyak kereta sama ada yang menggunakan minyak petrol atau disel. Etuza difahamkan menerusi handpond dan facebook bahawa Keningau akan mengalami kekurangan minyak kereta untuk beberapa hari ekoran dari jalan runtuh di jalan Tambunan ke Kota Kinabalu. Walaupun ada jalan raya pintas iaitu jalan Kimanis Papar kota Kinabalu, nampaknya trak tangki minyak tidak gemar menggunakan jalan Kimanis ini kerana keadaan sesetengah kawasan jalan raya kawasan kimanis yang curam dan bukit tinggi selain adanya kawasan berkabus tebal di jalan Kimanis - Kota Kinabalu.
Terbaru jalan raya Tambunan ini akan diperbaiki secepat mungkin dengan kos yang besar, tetapi nampaknya dalam masa menunggu keadaan jalan ini pulih, Keningau khasnya serta Tambunan akan mengalami masalah sentiasa kekurangan minyak petrol dan disel. Oleh yang demikian untuk mengelakkan keadaan sesak setiap hari etuza mencadangkan agar bertindak FULL INJECTION tangki minyak kereta anda agar tidak sering mengambil minyak. Penatlah, menunggu berjam-jam dengan hanya ingin bershpoing bersama anak-anak di Servy dan mana-mana gedung pakaian, almaklumlah sekolah akan dibuka semula, pasti ada anak-anak kita yang baru membesar itu tidak muat pakaian sekolah, kenalah membeli. So pastikan full injection tangki minyak kereta anda.
nampaknya kolam milik etuza
juga terkena banjir..
apakan daya bencana alam
tak siapa dapat menolaknya
redha ketentuanNya.
ini kolam etuza
banjir lumpurlah..
untuk berita susulan dari Sabah klik ini ..
http://www.ibnuhasyim.com/2013/06/dia-terpaksa-rentas-tebing-runtuh-ini_1.html
@hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
17 Pesona Kata Hati Mereka:
tkt nya tgk..bhya sgt tu..mtk2 tak da kmlngn brlku..
dah teruk jln raya tu..stesen minyak di keningau hari tu sesak sangat gara-gara kehabisan minyak.harap jalan raya cepat di perbaiki..
Assalamualaikum.
Kolam pun uncle ada? :)
Betul tu uncle, terus je isi minyak penuh2. Takdala nanti kena berulang alik untuk isi kembali.
takutnya tengok, bahaya tu
Astaghfirullahalazim.. teroknyee..separuh jalan dah runtuh!
takut tengok jalan runtuh tue...tak boleh hantar minyak melalui helikopter ke?
Bencana tidak tentu...di sana hujan, disini panas memanjang.
Wah! Air kolam dah jadi teh tarik tu...
assalam,
bahaya ni...patut dibaiki segera...takut ada kemalangan yg tak diingin berlaku..
assalamualaikum cikgu..
kolam ikan ke tu...?bagaimana dgn hidupan di dlm kolam tersebut..?
Perlu selalu berhati2. Banyak sangat kejadian runtuhan akhir2 ini seperti di Terengganu dan terbaru jambatan Pulau Pinang juga runtuh....
Cik Rose..ada jalan pintas jalan kimanis juga, bekalan minyak dah ok ..cuma ada orang beli minyak ni sampai berdram2 banyaknya dalam lori..mybe dia jual..
ikan dalam kolam..masih ada cuma yg besar2 tu ikut arus air..macam2 masalah kolam saya ni..ada jg orang curi ikan ..siang2 tau diorang curi..nak tegurpun tak sempat...time kami pergi sekolah diorang datang pancing dan rambat ikan. tak apalah ...
2 hari lepas pun ada jambatan runtuh di penang. musibah tak mengenal masa, kita cuma perlu berhati2. tp kadangkala, hati2 pown kita kena juga, so....kena redha laaaa...
kolam tu bela ikan ke cikgu? so, mcm mana nak jernihkan semula air tu? pam keluar air ker?
laluan yg runtuh tu, mmg laluan cikgu setiap hari ke? hati2 lah yer, tapi klau runtuhan tu teruk sehingga putuskan perhubungan, lg teruk kannnn.
berdoa saja pd Allah, Dia Maha Mendengar
ada juga yg begitu ye cikgu...moga ikan tu membiak dgn cepat dan sihat...ramai yg dpt merasa memakannya...
Kalau ke Kota Kinabalu memang inilah laluan utama..harap2 cepat siap..
bahaya tu bro..... kalau malam tak nampak..... simpati dgn kolam tu... hasilnya dapat diselamatkan tak???
Catat Ulasan