Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 22 Jun 2013

Bersabarlah & Kuasa Doa Kita, Yakinlah...

Hari sabtu ni tak sahlah jika tidak updatekan blog. Tapi terkial-kial juga mencari bahan atau idea yang kira boleh diterima oleh pembaca umum. Atau sekurang-kurangnya untuk bahan bacaan peminat blog Pesona. Terima kasih yang datang membaca entry saya selaku pemilik blog Pesona.

 " Bersabarlah & Kuasa Doa Kita, Yakinlah "  ha ni lah bunyinya tajuk entry saya. Pada saya yang kini telahpun berusia, sangat wajib berubah dari segi cara berfikir, membuat tindakan dan keputusan, dalam apa juga segi kerana sesungguhnya kita terdedah dengan berbagai macam masalah dalam kehidupan kita. Tindakan lain ialah belajar bersabar, kerana jika tiada kesabaran kita akan terus membuat tanggapan yang salah kepada orang lain. 

Misalan...dalam hal adik beradik sendiri, dalam hal persahabatan, percintaan, hubungan keluarga, hubungan kepada ibubapa, isteri dan anak-anak sendiri. Jika sekiranya ada orang lain yang meminta pertolongan kita, kita pasti bersedia untuk membantunya jika kita mampu memberi bantuan. Tetapi ada berbagai cara dan keadaan jika kita mahu membantu orang lain itu. Jika kita tak mampu membantu pada kadar segera sebagaimana yang dikehendaki, orang yang mahukan bantuan itu harus bersabar dan yakinkan diri bahawa orang atau sahabat kita itu pasti akan membantu kita nanti, kemungkinan orang yang mahu membantu itu nampak belum ada situasi mendesaknya agar percepatkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan itu, dan telahpun menjelaskan PASTI akan membantu. Orang yg memerlukan bantuan itu jika belum mendesak keadaan dan orang yang sedia bersetuju membantu belum berjaya membantu dalam masa yg diperlukan oleh yang meminta tolong, seharusnya orang yg meminta tolong itu teruskan bersabar dan elakkan bersangka buruk terlebih dahulu. Hal sebegini harus dipahat dalam hati oleh yang meminta tolong sekiranya orang yang meminta tolong itu berada jauh beribu kilometer dengan orang yang bersetuju mahu membantunya. Tiada pilihan lain selain orang yang meminta tolong itu tetap mahukan pertolongan kepada kawannya, abangnya atau sahabatnya kah.

Tindakan orang yang meminta bantuan itu, jika pada hari tersebut sahabat atau saudaranya belum juga  berjaya membantunya ialah dengan cara amalkan seperti berikut:-

1. berfikiran positif, usah terus buruk sangka.
2. Bersabar dan usahakan agar lebih yakin pada orang yang kita kehendaki untuk membantu, kerana sudah ada perundingan.
3. Berdoa sungguh2 agar diberi bantuan oleh orang tersebut.
4. Jangan hantar SMS putus asa atau SMS memaksa pertolongan disegerakan, kerana keadaan belum mendesak ( masih ada waktu)
5. Fikirkan kawan ,abang, saudara atau sahabat yang mahu membantu itu juga ada urusan lain, sebab itu ada terlambat membantu ( misalan memasukkan wang ke ATM atau apa2 bentuk pertolongan)
6. Hindarkan SMS mengungkit bahawa dulu orang yang mahu membantu itu pernah ditolong oleh yang meminta tolong.( kalau diungkit buruk siku namanya)
7.Harus ingat tali persaudaraan tidak akan putus, jika dua insan itu sebenarnya adik beradik, dek kerana siabang atau kakak atau adik tidak berjaya membantu pada hari yang diminta.Selidiki dulu kenapa lambat membantu pasti ada jawapan menyejukkan hati.
8.Ingat bahawa tidak semua hari memberikan kesempurnaan pada perjalanan hidup kita. Percayalah yakinlah bahawa yang SEMPURNA itu adalah Allah.Misalan nak masukkan wang ke ATM tetapi jalanraya waktu itu jem atau sesak ada kemalangan atau road blok. Macamana nak bantu pada kadar segera.
9. Beristigfar banyak2 agar kita dapat membina kesabaran dan keimanan dan keyakinan tidak akan pudar pada kawan kita.
10. Jika benar2 bantuan tidak diberi oleh orang yang sudah bersetuju, dan alasan tidak kukuh, buat apa kan nak minta tolong lagi pada orang itu, anggap tiada rezeki dan katakan bahawa " sekali dibohongi seribu kali tidak akan percaya. Inilah hukuman jika mahu bantu, setuju nak bantu tetapi akhirnya tidak membantu.

( Saya harap yang membaca tu faham maksud saya ni...saya bercerita berdasarkan pengalaman hidup saya, apabila ada hambaNya yang berada jauh di seberang, jauh beratus kilometer dari tempat saya,tetapi meminta bantuan, hanya yang menghubung ialah handphone atau FB~ dan saya nak katakan bahawa saya telah berjaya membantunya tetapi tidak pada hari yang diminta, dan saya tahu belum terlalu mendesak situasi masih dalam keadaan selamat dan menyelamtakan orang yang meminta tolong )

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

20 Pesona Kata Hati Mereka:

ewanthology berkata...

bila jumpa dgn mcm2 karenah org, mmg kena byk bersabar.... klu boleh jgn buat keputusan ketika marah. rileks2 dulu baru bercakap atau buat keputusan. tunggu hati sejuk dulu :-)

Tinta Lana berkata...

Salam.

Bagi saya kan uncle, bila kita meminta bantuan/pertolongan dari org lain, kita kena tunjukkan yg kita betul2 memerlukannya.

Dengan syarat, kita sendiri dah usaha, tpi still tak da hasilnya, dan kita tahu kita perlukan bantuan. Dari situ barulah mohon pertolongan.

Kalau kita bermalas-malasan, pastu mengharapkan bantuan dri org lain, saya rasa org mcm ni tak layak diberi bantuan.

Cikrosecute berkata...

betul tue....sabar itu separuh dari iman kita...sebagai orang Islam...

Lama tak jenguk sini...CR busy...huhuhu minta maaf banyak2...

Kamsiah yusoff berkata...

boleh meminta tp jgn memaksa...

Tanpa Nama berkata...

assalamuaaikum cikgu...

tak ada apa yg lebih baik dari berserah kepadaNYA.....

lynmunir berkata...

Hidup memang banyak dugaan tapi Allah juga hanya memberi dugaan sebatas yang kita hambanya mampu tanggung. Berbesar hatilah bila menerima dugaan dari Allah.

Fais-SKA berkata...

Alhamdulillah pkgsian yg sgt berguna :) kte atas dunia ni, kena byak bersabar..kdg2 kta kt atas, kdg2 kta kt bwah

Mizz Aiza berkata...

sangat mulia jika dapat dapat membantu saudara atau sahabat di dalam kesusahan.. tapi kadang kala mereka juga perlu faham situasi kita jika terlewat memberikan bantuan.. pasti ada sebabnya kenapa lambat.. elok jika kita berterus-terang agar dia faham dan tidak syak wasangka..

Hermanbagus berkata...

lama tak kesini cik gu

Mia Liana berkata...

sabar dan terus bersabar.... ;)

Lelaki berkata...

sabar...perkara hebat.

Cik Nor berkata...

sabar itu yang terbaik..:)

Unknown berkata...

kena yakin dan tawakal...insyaAllah...allah akan mendengar....

Kancil 8349 berkata...

terima kasih...dapat juga Kancil dapat maklumat daripada entri nie...

Deq's Qienz berkata...

apa benda nk buat pon mmg kena yakin baru jadi kan..dlm berdoa pon macam tuh juga..mmg kena yakin dlm stiap apa y nk dibuat,salam nifsu syaaban ckgu :)

Unknown berkata...

nice entry cikgu.. deqla suka part jgn mengungkit2 tu.. kebanyakkan org2 kita mcm ni la.. kalo kita x dpt bantu, habis diungkit smula bantuan dia yg dulu.. kita pun jadi serba salah.. nk tlg ssh, x tlg pun ssh.. hurmm...

Lieza Nordin berkata...

kita xtau apa y berlaku pada kita sesaat akn dtg..so, saling bntu n sabar :) agar org lain un leh bantu dan sabar ngn kita..insyaAllah :)

Liyana Anuar berkata...

entri yg menarik..banyak boleh jadikan panduan ni~ :)

Nina Mads berkata...

kerenah org memang bermacam-macam. sabar melayan kerenah mereka

9n0L4 berkata...

kdg kdg org ni senang je mintak tlg kite kan. kite ni sblm nk mintak, fikir byk kali kot. huhuhu.