Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 2 Mac 2013

Perintah Berkurung & Mohon Doa 1 Sabah 1 Malaysia Khas Di Ladad Datu

Bahaya di Lahad Datu, Sabah..
Perintah Berkurung..
Sebagai satu langkah keselamatan 
Rakyat di Lahad Datu, Sabah.
( gambar ni etuza copy di laman Zulkabo..klik ni info jelas )
Petang 01hb Mac 2013, etuza call adik di Sandakan, Sabah, nak tanya khabar dan ada beberapa hal keluarga hendak beritahu dia. Dalam call tu adik ada memberitahu beberapa perkara di Lahad Datu, Sabah.
Adik  : Sekarang ni berlaku tembak menembak di Lahad Datu, 2 orang anggota Komando PDRM terbunuh dalam kejadian tu.
Etuza : Serius Bell, bagaimana suami Bell adakah dia terlibat berkawal di Lahad Datu?
Adik   : Abang, tak terlibat tetapi dia bersedia dan bila-bila masa ke sana jika ada arahan. Sekarang ni diorang berkawal di Sandakan, kan Sandakan ni dekat dengan Lahad Datu.
Etuza : Risau ni Bell, penceroboh pengikut "Sultan Sulu" tu tak dapat dikawal dan diusir..
Adik : Kita doakan keselamatan pejuang kita di Lahad Datu, semua rakyat Sabah wajib doakan keselamatan PDRM kita dan rakyat di Lahad Datu, Sabah..kalau pengikut penceroboh tu ramai yang maut terkorban, perintah berkurung di Bandar Lahad Datu pun sudah tu...
Etuza : Ya Allah, selamatkanlah Bumi Sabah..kita hanya mampu berdoa Bell..

Setakat itu yang disampaikan oleh adik etuza dari Sandakan, adik etuza tu sebenarnya suami dia Polis, sebab itu banyak info dia tahu. Pernah dia ceritakan bahawa suami dia ditawarkan naik pangkat ekoran dari kejayaan dia menumpaskan seorang musuh yang paling dikehendaki yang dulu pernah buat onar besar-besaran di Sandakan. Suami adik saya tu yang berjaya menembak dan menangkap hidup2 musuh itu. Gerun! kerja keselamatan ni sebenarnya sentiasa berhadapan dengan maut, apapun sesungguhnya kematian itu pasti. Tanpa sebab dan tanpa pergi berperang pun kita akan maut, semuanya takdir dariNya.

Etuza nak bawa semua 1 Sabah dan 1 Malaysia mendoakan agar Bandar Lahad Datu, Sabah selamat dan cepat terhindar dari kejahatan pengikut dan penceroboh yang kononnya mengaku " Sultan Sulu". Apa sebenar disebalik semua ini...etuza hanya mampu berserah padaNya. Oh ya satu lagi nak pesan, kalau dapat kepada masyarakat yang hendak ke Lahad Datu tu tunda dulu, tunggu peristiwa berdarah di Lahad Datu reda dan selesai sepenuhnya.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka:

Hermanbagus berkata...

selamat pagi

Unknown berkata...

perintah berkurung ?! OMG ! x leh pergi sabah lah nie eh!ahaks

Unknown berkata...

sebaiknya usah dulu ke Lahad Datu, moga saudara mara kita kat lahad Datu selamat..kita doakan mereka..

Amin A. R berkata...

hanya doa yang mampu dikirimkan unuk keselamatan di sabah..

Tanpa Nama berkata...

Kamu doakan keselamatan polis tapi tentera yg joint sekali sana kamu tak doakan?

Tanpa Nama berkata...

Kamu doakan kslmtan pokis je tapi tentera yg joint sekali kamu tak doakan?

Nurul Says berkata...

cikgu 1Februari ka 1 Mac? hu hu

Unknown berkata...

kita doakan semoga keamanan disana dapat desegerakan.....