Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 5 Mac 2013

Muda Ceria Dan Awet Ayu

   Pernah ke oder jus minuman di restoran yang tidak diletakkan ciub ais. Sebab jus minuman dengan perasa buah tanpa ais batu kompem tak sedaplah. Tapi saya ada melakukannya, apa nak buat dah suara rock, sakit tekak juga tapi tidaklah sakit yang terlalu. Lucu pelayan wanita bertudung itu kemudian memandang saya dengan mata hairan sambil ajuk kata-kata saya " tak payah bubuh ais" katanya. Saya angguk ja kepala.

Ok sampai dah jus oren yang saya minta. Baguslah dia buat apa yang saya oder. Adalah suam2 kuku jus oren saya tu, niat minum nak cepatkan kesembuhan suara dan sakit tekak. Agaknya lah musim panas masa ni menyebabkan ramai yang selesma atau memang musim selesma. Ekoran dari kurang sihat adalah mentelaah hal kesihatan, lebihkan pembacaan lalu terjumpalah etuza Jus Minuman Awet Muda dan Awet Ayu. Jemput tengok apakah ramuannya, kalau berkenan nak muda dan nak ayu silalah jangan malu membuat jus minuman ini. 
MUDA CERIA
untuk 1 bahagian sahaja
1 biji cabai merah(chili)-dibuang biji
150 gram lobak merah - dikupas
200 gram isi nanas manis
1 sudu besar air perahan lemon/ limau nipis
1 sudu kecil daun saderi ~ dihiris halus jika suka.

Proses semua bahan satu persatu, campurkan 
dengan perasa lemon/limau nipis dan dau saderi.

AWET AYU
untuk 1 bahagian
setengah sudu besar halia parut
1 sudu besar hirisan daun pudina
250 ml air mendidsih
2 sudu besar air perahan lemon/limau nipis
1 sudu besar madu lebah asli

Masukkan halia dan daun pudina ke dalam
bekas bertutup. Tuangkan air mendidi, tutup.
Biarkan sehingga sejuk, tapis.
Campurkan dengan perahan lemon/ limau nipis
dan madu lebah asli.

Selamat mencuba untuk kekal muda dan ayu

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

16 Pesona Kata Hati Mereka:

Miss N™ berkata...

nanti boleh cuba ni.. :)
terima kaseh sudi berkongsi...

Unknown berkata...

Wow, thanx share :)

Unknown berkata...

kekal muda boleh ler bro..kalau kekal ayu...he3...remy tak lalu......

Unknown berkata...

Remmy kekel ayu tu fahamlah kan for women ..adil ada untuk man juga..

Kamsiah yusoff berkata...

cikgu..utk jus muda ceria tu..ada cili merah..hehe..tak pedas ke jusnya nanti..?

Unknown berkata...

wah ada resepi laa..tq cikgu,..

HeNRieTTa JoSe berkata...

wah...menariknye....thanks for the share....

Hazmin Hamudin berkata...

Ni untuk yang awet ayu.. kalau nak awet hensem ada tak?

Unknown berkata...

selalu dgr awet muda.. nk cuba la awet ayu nih.. terima ksh utk tips nih ye cikgu.. =)

Mrs Velentine berkata...

nice tips cikgu mau kasi amal n i..tq

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. berkata...

sy kuat minum air masak suam kesannya, lps berpantang anak ke 5 kali ni, ramai cakap "nampak muda lepas bersalin" Thn ni umur sy 39 thn. Rasa dah tua tu.. tp bila rmi ckp mcmtu, sy terfikir. tu lah kot rahsia sy. hehe.Wallahu a'lam

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. berkata...

O ya, sy dh follow lm dh blog mr. etuza ni. tp hr tu je bw ke sini stlh lm tak bw sini. thanks sudi bw ke blog sy n follow

Unknown berkata...

untuk perhatian semua cili merah ( cabai ) tu ialah cilih merah yang bulat besar tu, apapun boleh agaknya cilih sebiji tu tak apa pedas tu akan tawar kerana ada nanas buah dan lemon..trylah

Faridzuan berkata...

Datang sini follow semula. Tips awet muda dah ayu yang berguna dan comel. :)

Abang Karu berkata...

malas lah nk buat cikgu...nnt lah bila sudah ada isteri nnt nk mntk tlg dia buatkan hehehee

9n0L4 berkata...

mesti cube ni bagi yg mahu awet mude dan cekgu. :)