Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 27 Februari 2013

Semakin Tebal Rindu Ini!

    Dalam usia yang kini meningkat ini, terasa banyak kenangan manis, suka duka ketika meniti kehidupan yang Dia berikan. Kadangkala kita yakni hambaNya begitu sombong dengan Dia hingga ada kalanya kita diberi banyak kegembiraan dan kebahagiaan tetapi lupa untuk bersyukur kepadaNya. Sedangkan nikmat kehidupan ini adalah kerana Dia yang memberikan kepada kita. Tidak terkecuali etuza juga ada masanya diterpa kelalaian, gagal mengatur masa setepatnya dalam menunaikan tanggungjawab yang wajib. Bagi hamba2Nya yang beriman situasi lalai itu bukan normal bagi mereka. Sayang sekali etuza mengaku manusia biasa TETAPI tidak memperbaiki kelemahan yang tidak sempurna itu. Alamak ..dah mengarut sebenarnya di bawah ni lah entry sebenar.....k...)

Pernah tak anda duduk santai di laman anda atau di beranda rumah anda? Kalau di desa biasanya akan kelihatan para jiran sedang duduk berbual dengan teman mereka di ruangan itu, pasti yang disembangkan itu mengenai hal kerja-kerja kampung atau pun hal anak-anak mereka. ( agaknya lah),sebab duduk di beranda lah terasa ada kerinduan yang semakin menebal dalam kalbu ini. Semakin diingat semakin terasa keping-keping rindu kembara dijiwa. Rindu ini murni dan suci, rindu ini amanahNya keranaNya ada rindu ini. Kepada yang tiada merasa nikmat rindu ini, alangkah ruginya jika kehidupan hati itu kosong dengan kasih sayang. Pasti ada dikalangan hamba2Nya yang tidak punyai perasaan kasih sayang dan jauh sekali untuk melahirkan perasaan RINDU. 

Untuk teman2 semua yang datang melihat wajah BLOG PESONA sebenarnya kerinduan ini ABADI MURNI dan SUCI untuk anak-anak ku yang jauh di mata tetapi amat dekat di hati.  Hanya kepada Allah ku mohon peliharalah puteri2ku dan putera2 ku, suburkan jiwa mereka dengan iman dan taqwa. Hiasi hati mereka dengan rahmatMu berkahMu dan kasih sayangMu. Ingat wahai anakku, bahawa niat untuk hidup ini adalah semata-mata mencari KEREDAHAAN ALLAH demi menjurus kearah kehidupan yang bahagia di Dunia dan di Akhirat. Bajai nawaitu itu seketika anak2ku  nun jauh di sana dan nun jauh di asrama dalam menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar pelajar. Amin ya Allah.



1. Kakak...
2. adik perempuan 
3. adik lelaki 
Kekalkan kejayaan ~ damailah jiwa ibu dan ayah.
Salam rindu abadi untuk zuriatku ini.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

17 Pesona Kata Hati Mereka:

Zam berkata...

kalau Zam, memandang langit buatkan Zam rindu nak blik semenanjung..

Kamsiah yusoff berkata...

cikgu...perasaan tu normal..kita akan merindui saat ketika bersama mereka,dikala mereka jauh dimata..

sang puteri tu sangat cantik,seiras mamanya..

Abang Karu berkata...

insya'allah kejayaan milik mereka....amiiinn

gadisBunga™ berkata...

pasti anak-anak pun sedang rindukan ibu bapa mereka. :)

Unknown berkata...

seringkali mendoakan mereka tak pernah lekang dalam kalbu..so keluarlah entry ni...tq semua 4 blog terawal drop komen ..

Kerapu berkata...

Sejuk hati tenguk wajah anak2 En Etuza...Moga jadi anak2 yang soleh. InsyaAllah..

JR berkata...

Anak2 adalah anugerah terindah Illahi utk pasangan suami isteri. Jagalah amanah itu sebaiknya...

Miss N™ berkata...

kalau rindu, rajin2lah call...
skrang zaman dah canggih... tapi anak2lah bz kan..

RIZZNA berkata...

pastinya anak2 cikgu sdg tersenyum saat ini. bapa yg merindui anak, perasaannya takkan sama dgn ibu.

Si Matatajam berkata...

Bertuah anak2 Cikgu ada ayah penyayang macam cikgu...pastinya depa pun rindu kat cikgu dan isteri..

Unknown berkata...

ok siapa memang tu lah yg kita undinb,,,,

Unknown berkata...

insyaAllah...pasti mereka juga merindui bro.....

ALoNa CintamaniszLite berkata...

utk kejayaan mereka...biarlah kita berkorban hati dan perasaan rindu pd anak2. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat..

Mrs Velentine berkata...

untungnya dapat ayah yg penyayang mcm cikgu ni..Insyaallah anak2 akan berjaya di sana

el berkata...

inshaaAllah berjauhan tuk mengejar kejayaan demi masa depan :)

Flower Haziqah berkata...

Salam pa.. saya pun rindu bapa, mama dn smua adik2 juga.. doakan sy sentiasa r pa..^^ Salam Rindu untuk smua..

Flower Haziqah berkata...

Salam pa.. saya pun rindu bapa, mama dn smua adik2 juga.. doakan sy sentiasa r pa..^^ Salam Rindu untuk smua..