Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 14 Februari 2013

Otak Macho dan Otak Jelita

   Katalah tiada langsung aktiviti mengisi masa dengan membaca pada hari-hari kehidupanmu, alahai dah pastilah kata orang berkarat tebal otak kecil kita. Tidak ada langsung ilmu yang mengisi molekul zarah-zarah otak, menjadikan otak kita yang baru hendak kembang mandap semula menjadi kecut. Hei...bahayakan kalau macam tu...nanti kalau mahu up balik agar sel-sel otak kita kembang semula dengan cara merangsang cara apapun kalau dah mandap hari tu sukar nak respond kang baru tahu, peri pentingnya nak pastikan sel-sel otak kecil kita ni ada ja terangsang dan macho kalau lelaki, jelita kalau wanita. Nak kan....otak macho dan otak jelita...hei aku nak selalu otak macho apa lagi kalau otak macho di hadapan Ilahi.

Cuba hujahkan kalau ada antara kamu, kamu dan kamu yang nak bentangkan keburukan kalau kita rajin membaca. Yang buruknya ialah kita tak bebas ke mana-mana kan, asyik membaca saja, masuk toilet pun membaca ke?. Hemm kalau hujah macam tu anytime etuza terima lah. Itu namanya terlebih rajin hingga masuk toilet pun tenung buku membaca...busuklah kan dalam toilet. ( jangan marah pula)

Sebenarnya etuza hendak sharin g dengan kamu semua yang suka tengok WAJAH WALL utama dinding tengah blog PESONA. Sejak awal Jan hingga sekarang etuza sekeluarga dari mak dan bapa, adik kakak dan abang semua dalam rumah etuza amalkan memakan KISSMIS MINDA awal pagi sebelum sarapan dan waktu petang sebelum santap hidangan malam kononnya lah. Adalah tujuan...tau tak pa. KISSMIS minda tu kan hebat dan dijampi antara hikmah memakan KISSMIS tu ialah membersihkan hati yang kotor, mencerdaskan otak kita. Nah...dah tau...semua tahu sebenarnya ..apatah lagi lah korang yang di Semenanjung Malaysia. Produk ni dari sana lah tanah seberang.

Banyaklah buku2 etuza baca...ini saja yang etuza ingat sebagai tanda REFRESH INTIPATI PEMBACAAN apabila amalan memakan KISSMIS berterusan.
Kalau lah anak-anak etuza macam otak etuza MACHOnya ni..pastilah 12A SPMdan 9A PMR atau 5A UPSR pasti digenggam erat dalam tangan ...hadui...alangkah bahagia....

Ni..etuza ingat..bahawa..
1. Nabi Adam as dicipta oleh ALLAH dari tanah hitam.
2. Nabi Nuh as dijelaskan bahawa dia Nabi paling lama hidup hingga mencecah 4 angka usia iaitu 1000 tahun.( betulkan jika ini salah)
3. Isteri nabi Adam wanita yang pertama tergoda oleh pujukan syaitan lakanatullah.
4. Manusia dicpta dari tanah, malaikat dari cahaya dan jin syaitan dari api.
5. Malaikat dikatakan datang menjenguk hambaNya sebanyak 70 kali untuk mencatat amalan sipulan bin sipulan.
6. Bacalah ya Lathifu sebanyak2 apabila kepada anak agar anak menjadi lembut hati dengar kata ibubapa.
7. Sayur bayam mampu menurunkan tekanan darah tinggi~ apa lagi amalkan.
8. Orang yang pertama menulis BISSIMILLAH ialah Nabi Sulaiman as.
9. Semalam etuza baca Nabi Idris as terus tinggal di tingkat ke 6 Syurga kerana tidak mahu lagi ikut malaikat Jibril balik ke dunia nyata. Allah izinkan dan Malaikat balik seorang diri .
10. Dan macho otak ke 10 ialah Nabi Ibrahim as adalah hamba Allah yang pertama diKHATAN.

Ala banyak lagi spontan nak menjawab ni Cikgu Pulan!.Tak apalah hanya itu diizinkan nanti otak kawan-kawan lain pun kena MACHO juga nantilah mereka yang tokok tambah lepas etuza menjawab. ...best tak OTAK MACHO menjawab..rasa tak ilmu tu, maka dari itu rajinlah membaca.

@hakcipta etuza





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka: