Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 22 Februari 2013

Hebatnya Leo Alferedo


Antara pengisian  karnival NILAM Peringkat Daerah Keningau pada 21hb Feb 2013





Tiap tahun acara Karnival NILAM peringkat Daerah Keningau, Sabah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Keningau. Peluang ini terbuka kepada semua murid sekolah, disinilah letakkan kemampuan  murid menguasai sesuatu ilmu yang dipelajari menerusi amalan membaca. Pelbagai bidang diuji khasnya dalam pensoalan yang dikemukakan menguji kebolehan peserta NILAM itu berhujah.

Leo Alferedo & Siti Nur Syahirah adalah dua peserta dari sekolah etuza.  Nampaknya kali ini pesaing sangat ramai tetapi Leo Alferedo dan Siti NurSyahirah tidak gentar malah akan mencuba sedaya upaya untuk merebut gelaran Juara dan Naib Juara dalam karnival NILAM kali ini.

Aktiviti bermula 8.00 pagi dan beratkhir tepat jam 5.00 petang hari ini bersamaan 21hb Feb 2013 dengan menyaksikan pemenang atau Johan karnival NILAM dan pemilihan tokoh NILAM peringkat Daerah Keningau ialah adik Leo Alferedo Likon ( Johan ) dan tempat ketiga ialah Siti Nur Syahirah N. Syabas dan tahniah warga sekolah etuza ucapkan kepada mereka berdua. Antara pesaing dari sekolah rendah ialah :-
                   * SK. Bariawa Ulu, Keningau
                   * SK. Ulu Liawan, 
                   * ST. James Apin -Apin
                   * SK. Lintuhun Baru
                   * SK. Petikang, Keningau
                   * SK. Senagang Keningau
Tahniah kepada semua sekolah di atas yang datang bersama-sama menjayakan program ini. 
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

Bapak berkata...

tahniah buat Leo Alferedo Likon dan Siti Nur Syahirah serta warga sekolah Etuza!

Tinta Lana berkata...

Salam.

Program NILAM ni macamana uncle..

seingat saya, zaman saya sekolah dulu, program nilam waktu tu, pelajar dibekalkan sebuah buku. Kita dikehendaki tulis sinopsis ringks tntg buku yg kita baca. Nanti, buku tu akn dikumpulkan dipenghujung thun kot (sy tak ingt dah). Pastu, plajar yg paling bnyk baca dgn sinopsis yg baik akn trima anugerah.

Mrs Velentine berkata...

tahniah aduik Leo teruskan lagi usaha..kekalkan utk masa akan dtg

Unknown berkata...

wakil sekolah yg terbaik.......