Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 22 Februari 2013

Dialah Yang Pertama Mengisi Ruang Hati

     Sedar saja dari lena di pagi subuh, terbayang Dia yang maha agung dan maha berkuasa, bahawa Dialah yang memberikan kita nyawa dibadan. Dialah yang menidurkan kita selena-lenanya hingga saat kita disedarkan semula untuk menghambakan diri padanya.

Melihat jam, kadangkala terasa amat pantas berlalu, tetapi memang kita tidak terkejar masa, melainkan mengharap rahmatNya dan berkatNya agar setiap detik masa berlalu kita dimudahkan untuk melakukan tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Bila merenung tentang masa teringat Dia yang maha hebat memutarkan masa tanpa tidur dan tanpa berselindung Dialah juga yang sentiasa memerhatikan kita  tanpa sesaat pejamkan mata.

Di mana-mana, memang di Dialah yang mengisi ruang hati, tidak layak kita untuk membelakangkanNya. Sedangkan kita benar-benar  dijagaNya walau kemana pun kita pergi. 

Kalau hadap makanan atau juadah, apa sajalah jenis makanan yang memang hak kita, maka semestinya Dia lah dahulu yang kita sematkan dalam hati, kerana sesungguhnya Dia lah yang memberikan rezeki dalam bentuk makanan. Pendek kata biar apapun, biar di manapun, walau sesukar manapun, walau semudah manapun urusan PASTINYA Dia yang kita utamakan untuk mengisi ruang hati kita, kerana memang WAJIB kita mengingati Dia yakni ALLAH HI TA'ALAH...
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Tinta Lana berkata...

Iya..betul tu uncle.

Cuma kadang2, sbg manusia lemah, lupa padaNya..dah susah, baru nak diingat..

Apapun, kena sentiasa ingat padaNya..sesungguhnya, diri ini milik DIA.

Umialya berkata...

tepat sekali

Chic Na berkata...

InshaAllah akan sentiasa ingat. :)

Miss N™ berkata...

sebagai manusia biasa memang tak lari dari buat silapkan...

moga kita sentiasa ingat DIA...

Unknown berkata...

setuju cikgu..tp sejujurnya kdg kala sy alpa.. cuba perbaiki diri lg..hukhuk

Unknown berkata...

betul tu bro...Dia sentiasa ada bersama...cuma kita kekadang terlupa.......

Arina Shamsul berkata...

:) entri cikgu mempunyai pengisian yang terbaik :) tahniah :)

JR berkata...

Dia yg tak pernah tidur dan tak pernah terlupa menghembus hidayahNya kpd kita...

Bunda_nora berkata...

memang DIA lah kekasih sejati yang perlu mengisi ruang hati kita selalu..Subhanallah..

9n0L4 berkata...

betul tu cekgu. kite je yg kdg lupe. ;)

Mrs Velentine berkata...

betul tue..kdg2 kita yg terlupa