skip to main |
skip to sidebar
Santai 1 Etuza.
Follower Blog Pesona masa ini telah mencecah ke 1014, dan aku telah hitung bahawa Mazri Khairi Mazri nama inilah yang aku lihat bersama profile dia di dalam ruang followers blog Pesona sebagai followers ke 1000. Bestnya..dia sebenarnya amat bertuah memegang no 1000 di blog Pesona. Tapi!!!
Puas klik tak jumpa mana satu laman atau blog Mazri. Dulu aku pernah berniat akan letak follower ke 1000 di blog Pesona sebagai salah satu bloglist yang akan selalu ku terjah, baca entry dia dan akan mengikuti tiap apa saja perkembangan pemilik blog ke 1000 saya. Sayang aku tak jumpa blog milik Mazri. Jika ada teman blogger yang dapat atau terjumpa blog Mazri di Jendela Maya cepat2 khabarkan pada etuza.
Kepada para followers blog Pesona mintalah dengan hormatnya usahlah unfollower pula. Sebaliknya kita sama-sama sentiasa menambahkan followers sebagaimana otai2 bloggers yang amat berjaya. Aku yakin ruang follower itu salah satu ikon penarik dan memberi keindahan pada blog yang kita miliki.
Santai 2 Etuza
Etuza terus terang dalam arena blog, etuza amat menyenangi banyak blog di jendela maya ini. Tapi benar-benar etuza menghormati dan melekat membaca serta amat tertarik dengan blog "Detik-Detik Indah Dalam Hidupku" yang dimiliki oleh Puan Kamsiah. Kalau nak tahu dalam blog Kamsiah banyak perkara yang menarik seperti:-
1. Entry motivasi, nasihat dan ada juga paparan hal keagamaan dan kasih sayang dalam keluarga
2. Kaya dengan resipi yang sangat menarik dan mudah di aplikasikan, disamping gambar2 yang sangat terang.
3. Petua2 secara tradisional juga ada dan kisah-kisah kejayaan yang menjadi tauladan kita.
4. Puan Kamsiah seorang ibu yang penyayang dan tinggi sifat keibuannya. Sebab itu blog ini sejak 2009 hingga kini menjadi keutamaan etuza untuk mengikutinya. ( harap halalkan gambar Puan Kamsiah tu ya )
Terbaru etuza lihat ruang komentar tertinggi di blog Puan Kamsiah ialah etuza, tak sangka nama etuza di tempat teratas sekali. Rasa bersyukur juga tau! sebab komen-komen saya diterima oleh Puan Kamsiah. Jika tak diterima pasti nama etuza takkan pernah muncul. Dalam berblog etuza percaya perkara komentar tu satu aspek yang memberikan rasa seronok untuk kita terus berblog. Terima kasih Puan Kamsiah.
Dan untuk seterusnya etuza sedang mencari dan menilai satu blog yang pemiliknya LELAKI untuk ku jadikan teman maya, untukku jadikan sahabat maya, untukku jadikan tempat mendropkan komen2 etuza. Kalau dapat akan muncul nama etuza sebagai pengomen tegar dalam laman blog tersebut ( kalau dapat ). Jika tidak pun blog itu biarlah menjadi blog yang sentiasa dalam ingatan etuza. Pastinya adalah daya tarikan blog tersebut hingga etuza melekat membaca tiap entry2 dia. Harap2 pemilik blog yang dimiliki oleh male tu jangalah pula lepaskan peluang untuk selalu komen blog Pesona kiranya anda punya waktu. Etuza ni gemar buat award setiap tahun, so tak minat ke? Manalah tahu award tu pada masa akan datang lebih menarik dan pastilah ada yang rasa berkenan kan. I'm sorry jika kata2 etuza kali ni mengada2 pula.
@Hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
26 Pesona Kata Hati Mereka:
sudah seribu..!
tahniah cikguuu.. :)
salam etuza
tahniah kerana mengumpul ramai follower .. tahniah juga utk Kamsiah kerana jadi pilihan etuza ...
salam etuza
tahniah kerana mengumpul ramai follower .. tahniah juga utk Kamsiah kerana jadi pilihan etuza ...
alhamdulliah..makin bertambah pembaca blog ni..
salam
malu la pulak cikgu hehe..blog org lain lagi hebat...lagi padat dgn segala bahan yg menarik...
saya pun menghadapi masalah yg sama...ada follower yg tak sertakan link..kita tak boleh membalas kunjungan ke blognya...
dah 1000 tahniah cikgu..
blog reviewlah nie..:)
Rietta pown pernah hadapu masalah yg sma....cr link follower xjmpa....xdpt nk terjah blog dia...blog akk kamsiah rietta dh lamer follow...suka sgt....ada resipi, ada nasihat utk rietta....hmmm...ada gak bbrpa blogger lelaki yg rjin kunjung tiba blg rietta....rajin juga update entry....
wahh tahniah.. dah cecah 1000...lepas ni 2000 pulak.. inshaAllah..moga follower kita tu juga adalah merakap pembaca juga.. =)
alhamdulillah semakin ramai yg mengenali blog cikgu
alhamdulillah semakin ramai yg mengenali blog cikgu
TAHNIAH untuk puan Kamsiah dan blog LELAKI yang akan menjadi pilihan cikgu nanti...
wahh makin ramai la..tahniahhhh
wah dah seribu followers. hebat la cikgu. tahniah ye
nice thnai hwat follower ke 1000.hehe
wah..menarik ni..siap ada award lagi..ehehehehe
saya baru singgah ke blog deti2 indah dalam hidupku...memang best blog tu..:)
Assalamualaikum...tahniah makin ramai folower blog cikgu
tahniah cikgu..:)dpt 1000follower..
wah selamat cik gu
Slm cikgu...minta alamat...yg hari tu cikgu bg x publish tp terdelete pulak...ampun ya cikgu..
rasenye blogger ni pernah singgah kat blog saye. ;)
ramainye follower dia..
tahniah2..
mtk sikit leh..hehe
wah alhamdulillah cikgu:)
tahniah....Kancil masih lagi bawah 1 ribu...hehehe...tengah diusahakan
assalamualaikum tuan.
maaflah terpaksa mencari saya saat begini. sebenarnya sy baru tau hari ini. dok cari kat google, terjumpa blog tuan.
subhanallah, sy tak sangka jadi follower ke-1000 blog tuan.
takpe tuan, sy amat hargai tuan sebagai rakan blog. insya-Allah, kita akan jumpa pada masa akan datang.
sekian saja dari saya, Mazri Khairil Mazri
http://www.khairilmazri.com/ (dulu sebagai http://khairilmazri.blogspot.com)
twitter: @kucingmanja9
Catat Ulasan