Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 20 Disember 2012

News Akademik Terkini

MLP News Logo
Wow!!
        KUALA LUMPUR, (Bernama) - Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012, mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. 
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Datuk Dr Amin Senin berkata ini menunjukkan penurunan 0.85 peratus berbanding pencapaian tahun lepas yang merekodkan seramai 34,271 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Bagaimanapun jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lepas kepada 241 orang (0.05 peratus) tahun ini," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2012, di Putrajaya hari ini. 
( berita ringkas ini saya petik dari News Most Read Nuffnang )
Dulu zaman etuza belajar:-
  1. Tak ada elektrik (x ada  lampu2 cantik, macho, segak dan jelita  macam sekarang )
  2. Belajar guna lampu minyak tanah lepas tu bangun ada misai dekat hidung~ tau2 asap hitam melekat akibat asap minyak tanah. Kesian kan...
  3. Buku2 rujukan tersangatlah kurang
  4. Talian internet lagi lah tak ada..
  5. Kelas tambahan ..alamak sangat kurang diberikan.
  6. Latihan hanya mengharap yang guru berikan serta buku teks yang ada kalanya sukar difahami.
  7. Selalu tak ada kenderaan nak pergi sekolah, kadang kala lambat sampai ke sekolah.
  8. Tetapi semua itu bukan halangan nak belajar mencapai pangkat terbaik di peringkat SPM.
  9. Guru2 yang ajar etuza lagi lah banyak kekurangan berbanding zaman etuza.So zaman etuza dah semakin moden.
Sekarang zaman belajar :-
  1. Ringkas ja etuza nak cakap, semuanya kini dihujung jari, klik2 saja akan terpapar di skrin sumber rujukan apa saja mata pelajaran. Untungnya para pelajar sekarangkan, mewah pula tu dengan bantuan kewangan oleh kerajaan. So, tiada alasan kenapa rendah keputusan PMR baru2 ini, apapun tahniah kepada yang amat cemerlang PMR 2012.
  2. Saya tetap bangga juga kepada puteri etuza yang kedua setakat 5A sahaja dan mata pelajaran lain setakat B sahaja. Menangis dia kelmarin, apa nak buat..yang penting dia layak ke kelas aliran sains ( sains A, Matematik A dan BI B ) so layak ke kelas sains di tingkatan empat 2013.

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

24 Pesona Kata Hati Mereka: