Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 22 Disember 2012

Hanya Mampu Berjebat Salam Tanda Ukuhuwa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


     Kita sebenarnya tidak dapat tidak akan menerima undangan ke majlis perkahwinan saudara pupu, saudara mara, sebelah ipar duai dan jiran sekampung atau para sahabat terdekat kita.  Kalau dijemput rasanya gembira dan tidaklah terkehel-kehel ke majlis persandingan mereka. 

Teringat satu ayat teman ni " kalau tak dijemput, memang salah kalau kita datang ke majlis tersebut kerana dikhuatiri tuan punya majlis akan merasa tidak selesa dengan kehadiran kita yang secara tiba-tiba datang tanpa diundang". Sebaiknya undanglah jiran, teman terdekat, saudara mara dan sesiapa yang dirasakan dekat agar mereka merasa selesa ke majlis tersebut. Jikapun orang yang dijemput masih tidak datang, kita sebagai tuan punya majlis telah menunaikan tanggungjawab. Kita usahlah membeda2kan setiap orang itu dengan orang lain.

Jika demikian kami sekeluarga kena hadir perkahwinan anak seorang ustazah di desa tanah kelahiran. Inilah jemputan majlis kahwin ke 6 dalam percutian  etuza dihujung tahun 2012. Diucapkan semoga mempelai berbahagia nantinya. Etuza rancang sekitar jam 3 petang akan bertolak ke majlis perkahwinan itu nanti.

Adab ke majlis perkahwinan, biasanya :-
  • Bawalah hadiah apapun seikhlasnya.
  • Jika tidak ada hadiahpun ketika bersalam, berilah sesuatu yang menggembirakan pengantin. Tak salah bersedekah.
  • Bersalam lah dengan pengantin...namun harus faham yang bukan muhrim.
  • Usah duduk terlalu lama..kan ramai tetamu nak cari tempat duduk sambil menjamu selera, tak manis ada teman makan berdiri.Kita yang dah siap menjamu selera sila lah bergerak ke suatu tempat..kan manis tu lagi bersopan.
  • Nak kaut nasi juadah dan lauk biarlah berpada-pada, jangan sampai dikatakan seperti gunung di atas pinggan, malu nampak.Lepas tu tak habis pula dimakan.Kesian makanan diambil ada yang tidak dijamah.
  • Anak-anak berilah pesan agar tak berlari2 dekat meja juadah, kang terlanggar tangan orang mengambil juadah ..nasi dan pinggan jatuh pecah kan amat malu. ( pernah aku dilanggar si anak di majlis perkahwinan hingga nasi atas pinggan tersimbah ke tanah..apakan daya, anak orang umur masih muda )
  • Sebelum balik ucapkan terima kasih kepada tuan punya majlis. Dan berjebat salam lah agar terjalin ukuhuwa sesama insan bersaudara.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

20 Pesona Kata Hati Mereka:

JR berkata...

Dan jika nak beri hadiah atau sumbangan wang, berilah dengan ikhlas dan bukannya utk menunjuk2...

Si Matatajam berkata...

Adab2 tu memang penting kan Cikgu..jangan sampai timbul rasa x senang di hati tuan rumah

Solehah Shamsuddin berkata...

nice.mmg btl,pergi ke kenduri pn kena beradab sopan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Etuza,

Maaf lama tak singgah sini. Sekarang ni musim cuti sekolah juga musim orang kawin yer.

Tak aper sumbanglah seikhlas hati kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih atas jemputan.

Hermanbagus berkata...

Terimakasih cik gu, info bagus :)

Arluva berkata...

Selamat malam cik gu :)

Chic Na berkata...

minggu ni ada dua kenduri kawan tp xdpt pegi ada sbb tak dapat dielakkan.

Kamsiah yusoff berkata...

dan jgn terasa hati jika tuan rumah tak dapat melayan kita dgn layanan istimewa...walau dia tu kawan baik kita..kena faham kesibukannya pada hari tu

9n0L4 berkata...

penuhi jemputan walimatulurus ni mmg wajib. kalau pose sunat pun, better berbuke. :)

ewanthology berkata...

musim kawen di hujung hujung tahun ni

Cik Ai berkata...

adab tu penting..x kira even ato apa skali pun mesti ada adab kan :)

Salmi berkata...

Setuju.. adab-adab semasa ke sesuatu majlis perlu dipelihara agar tidak timbul rasa tidak puas hati baik oleh tuan rumah mahupun tetamu-tetamu lain.

shuhadaothman berkata...

buat apa pon kena terapkan dengan adab kan cikgu. :)

kinara kinatara berkata...

stuju dengan adab2 2..:)

dieyna berkata...

Adab sopan perlu dijaga walau di mana kita berada..

p/s : Saya temuduga DGA41.. urusan kenaikan jawatan daripada PPPLD ke PPPS.. Doakan saya berjaya ye cikgu..

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Jarang ada yang bercerita tentang adab ke majlis perkahwinan.

Tentu uncle ingatkan entry saya baru ni bertajuk 'Hadiah'. Saya setuju dengn uncle..bawaklah apa2 hadiah, yg penting ikhlas, niatkan untuk merai hari bahagia pengantin. Kalau tak mampu, sekurg2nya, bertemu lah dengan org tua kepada pengantin, dan pengantin sndiri, ucapkan tahniah dan penghargaan terima kasih ats jemputan..

Ada org, dtg semata2 nak makan..

Cikrosecute berkata...

setuju gan cikgu...Adab memang penting untuk hormat menghormati..

dya nasir berkata...

adab tu mmg penting..

Bunda_nora berkata...

pesan kat anak2 biar bersopan dimajlis orang..

Nurul Says berkata...

thnk u cikgu for sharing..