Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 16 Oktober 2012

Realiti Di Kuala Lumpur


Kenangan di KLCC


       Kuala Lumpur ibu negara Malaysia, sudah menjadi terkemuka di dunia. Lambang Menara Kuala Lumpur berkembar indah diperkatakan di serata dunia. Tidak hairan jika ramai pelancong dari negara lain mahu melihat sendiri menara yang berbentuk silinder tersebut. Etuza, isteri dan anak sulung telahpun menyaksikan sendiri di depan mata. Subahanallah tingginya dan indahnya kelihatan. Sakit tengkok mendongak ke langit kerana kalau berada di kaki bawah bangunan berkembar ini terpaksalah mendongak ke atas untuk tengok bucu paling teratas tu. 
Sungguh cantik etuza lihat, dalam bangunan berkilat, bersih dan memang sibuk manusia-manusia di dalamnya. Hari tu makan nasi kandar di Puterajaya, pertama kalinya etuza makan nasi kandar very special memang puas hati makan bersama mamat serta anak dan isteri. Tapi nasi kandar tu pastilah ada kari, maka agak pedas nasi kandar tersebut. Sampai di KLCC, terasalah nak ....berjalanlah kami mencari tempat yang sepatutnya. Biasanya tandas bersih ada tol, biasa etuza bayar cuma 0.30 sen atau 0.20 sen di Keningau Sabah atau di Kota Kinabalu Sabah.
Etuza bukan lah bijak sangat, etuza mula lah bertanya pada penjaga tandas wanita dekat pintu masuk tandas tu. " Berapa ya nak bayar, masuk ke tandas?" " Dua ringgit ya..." Wow!! dua ringgit!! hati etuza berbisik. Etuza selak lah dompet mujurlah ada ringgit tu. Bila masuk di dalam tandas, ada lagi pula penjaga lelaki sambil buat kerja seolah2 menjaga dalam tandas awam di KLCC. Memang bersihlah tandas tu. Rasanya kos hidup di KL sangat tinggi, memandangkan nak bayar masuk tandas pun RM 2.00. RM 2 kalau di Keningau sudah boleh beli 2 ikat sayur kampung ataupun sepuluh kali masuk tandas jika tujuan ke tandas, tetapi di KLCC RM 2 tu hanya sekali guna sahaja jika tujuan ke tandas. Mahal tak tu! ..harap sporting ya. Yang tinggal di KL tu mintalah tak marahkan etuza, etuza hanya bercerita realiti di KL sahaja. Etuza yakin masyarakat yang tinggal di KL cukup2 tahu bagaimana kehidupan di Kl termasuk kos hidup yang sememangnya tinggi.

Di KL etuza masuklah satu shop di stesen minyak nak beli makanan, sepanjang hari berjalan melawat ke sana sini, pastilah rasa lapar dan dahaga. Masa bayar di kaunter tu  cashernya wanita sambil mengambil wang dari etuza lalu berkata. " nak balik Indon ke?" Etuza sebenarnya buat2 tak terkejut, sebab anak dah bagi tahu bahawa kalau orang Sabah ke KL pasti digelar orang Indon. " Saya orang Sabah ya dek...local Sabahan" Casher wanita bertudung itu hanya memandang etuza seolah masih tak puas hati. Inilah pengalaman etuza di KL, mungkin slang Bahasa Melayu orang2 Sabah kedengaran seperti slang orang2 Indonesia yang datang ke KL mahupun datang ke Sabah. Dalam usia etuza baru kali pertama itulah etuza di sapa " Nak balik Indok ke?". 

Etuza dapat bayangkan kalau lah etuza datang lagi ke Kl rasanya ada lagi pertanyaan seperti ini. Tetapi tidak apa kerana orang2 KL melayan etuza bersama isteri dan anak hari itu dengan baik. Terima kasih.

certa etuza
tentang KL.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

26 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
jgn la serik utk datang KL lagi..:)

tp hubby saya tak berapa suka kesana..jem sana sini...

Arina Shamsul berkata...

Betul tu cikgu,hidup dibandar ni kos sara hidup memang jauh berbeza dengan di sabah.tu pasal saya lagi suka duk sabah.hehehe.

Tapi tandas selain klcc tidak juga bah sampai dua ringgit cikgu.tempat lain free jak..hehehe.

Unknown berkata...

wow!!
rm2? di sarawak pun 20 sen je..=D
kos hidup yang tinggi...
kalau tak mampu bersaing, kecundanglah jadinya kan..
memang slanga orang sabah macam bunyi orang seberang, tapi muka lainlah..
orang sabah putih2..=)

Annamariana1989 berkata...

anna pon pernsh ke KL 3kali... kali pertama memang x tahu apa... nak kemana jalan kaki je sbab takut sesat... masuk kali ke 2 pon masih sama...tapi kali ke3 baru la mahir sedikit...hehehhehe...tp masih sesat jugak...

Nyue berkata...

wahh..jalan2 kuala lumpur yea...klcc tu da dekat dgn ofis nyue.. :)

Unknown berkata...

mak aik, rm2, memang boleh jadi kaya nie jaga tandas, ahaks

lelamaisara berkata...

dah lame say tak turun KL..hee

Miss N™ berkata...

xpe cikgu, lepas ni kalau ade yg tnya, tnjuk je mykad..baru diorg nak percaya..!

tandas rm2..? bior beno..? mahal gilerr..!

JR berkata...

Kalau nak nasi kandar yg paling asli pergilah ke Pulau Pinang (negeri asal JR), paling best makan di "Gerai Line Clear", Jalan Penang, harganya OK dan masakannya memang menjilat jari...(maaf.. promosi negeri sendiri)..

Deq's Qienz berkata...

lama dulu smpai key El..skg tak smpy lg

THE AUTHOR berkata...

Masa kat U dulu masa kawan2 dengan rakan Sabah dan Sarawak ada kelainan sebutan bahasanya..itu perkara normal sebab baru nak berkenalan.
lepas tu jadi very best friend..alamak saya rindu kat kawan saya Hamidey dan Azian di Kuala Penyu Sabah..kot...rasanya.

Abang Karu berkata...

Kos sara hidup di kuala lumpur memang tinggi cikgu. Kompeni saya ada di menara Maxis di Tower 2. Hari2 saya ke menara petronas tu. Tapi tak berkesempatan nk jumpa cikgu....huhuhuuu

dya nasir berkata...

lepas ni jgn lah tak dtg kl lgi..hihi.

Unknown berkata...

Dya..mana boleh nak juga datang, cuma Dia yang akan tentukannya..insyaallah

Salmi berkata...

Kos sara hidup di kuala lumpur memang tinggi, cikgu..

Cikgu tak jalan-jalan ke bandar lain ke?

Si Matatajam berkata...

Mmg tinggi sara hidup kat sana..bersyukur la kita tinggal kat kampung kan cikgu...M pun dah lama tak ke sana sejak lps konvo kat ukm smpai la hari ni...

mbb berkata...

salam uncle.

KL memang mahal uncle. Kos sara hidup sini memang tinggi. Berbanding masa belajar di Kelantan dlu., Boleh lagi save duit masa study di sna. Hehe.

Tapi, lum pena lg la sy masuk tnds RM2. Hehe, Mahal tu. Kira uncle bertuah la ..hihi.

Slang Sabah n Srwk memang unik. susah sikit kalo mo ckp smnanjung standard. :)

Tinta Lana berkata...

Salam.

Uncle, kalau uncle tak bercerita, saya pun tak tahu yg kena bayar rm2 nak masuk toilet kat klcc. Mahalnya!

Urmm..pasal slang tu, hehe. Kalau yang tak biasa berkawan dengan yang datang dari sabah/sarawak, memang macam tu lah jadinya. Harap uncle tak ambil hati lah ya.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

kos sara hidup kt sana mmg tinggi cegu...husband wani pun dok KL ni nk pergi KL jg nanti eheeee

Kancil 8349 berkata...

kancil dulu pernah kena soal macam tu...masa di kedah dulu...lebih2 lagi kalau kita nie berkulit gelap...lagilah depa ndak percaya..hehehe

Mrs Velentine berkata...

alhamdulillah besar sudah nak cikgu...RM2..nah dpt sdh beli sayur 2 ikat kalau disini....Ya drg selalu fikir kita sabahan ni Indon..ntahlah..dr segi bahasa pun x sama sebenarnya

Abang Karu berkata...

cikgu jgn lupa singgah sini utk jawapan tentang ular :)

http://karukordjagaus.blogspot.com/2012/10/jawapan-bagi-cerita-tentang-ular.html

Cik Ai berkata...

mmg mahal kat klcc tu..kalo kat tmp lain 2-50 sen je masuk tandas..

nk tegelak la plak boleh dorang ingat indon?sikit pnya ensem kan cikgu dikatanya indon.hehehe jgn marah ye cikgu Etuza :)

Flower Haziqah berkata...

haha pa nti lw sy blek kg jmput sy d klia r, hehe nti kta boleh g jaln2 heheinsya-ALLAH..

Unknown berkata...

Insyaallah bibah, martilah banyakkan doa moga dimurahkan rezeki ..

Amirah K berkata...

kos tinggi kehidupan di kl. tkut la pulak