Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 15 Oktober 2012

Usia 12 Tahun

  
Mohon maaf kepada Blogger kamsiah dan  yayabunga  terjah Pesona Blog
dalam keadaan entry ~ KOSONG ( alamak tak sengaja )
   
   

      Kalau sah genap 12 tahun apa nak buat? siapa sudi bagi jawapan?..soalan cepu emas etuza ! pastilah nak buat kad pengenalan, wajib bagi kanak-kanak 12 tahun datang ke Jabatan Pendaftaran untuk membuat kad pengenalan sebagai rakyat warganegara Malaysia. Sudah 5 orang anak etuza dah buat kad pengenalan, terbaru dan baru hari ini jam 3.00 petang pada nombor 4070 turn anak etuza masuk kaunter buat kad pengenalan diri. Siap pakai kot hitam dan etuza menemaninya.

Di Jabatan Pendaftaran daerah etuza berbagai2 kaum saya lihat, maklumlah etnik kaum Sabah ni banyak seperti kaum Dusun, Murut, Cina, Sino, Bajau dan lain-lain. Nak bagi tahu mojoriti kaum di Sabah adalah kaum saya iaitu kaum KadazanDusun. Bagi etuza...pas kita hidup di dunia ni adalah Allah yang beri, cuma undang2 bernegara membataskan menghadkan semuanya. Selain itu Allah sudah tentukan hidup kita di negara mana, kalau rakyat Malaysia pastilah di Negara Malaysia yang tercintai ini kita tinggal dan etuza nak kata " Etuza Bangga Jadi Rakyat Malaysia". Kalau ada pun yang nak masuk nak hidup dan nak ceri rezeki kat Malaysia ni, khasnya di Sabah kenalah ikut landasan undang-undang. Kena buat pas atau visa masuk di Sabah. Tidak bolehlah ikut suka hati sajakan. Sebab kita ada undang2 so kena ikut landasan sebenar.

Kalau anak anda sudah genap 12 tahun usah tunggu diminta denda. Sebab kalu lambat kena denda, silap2 kena tanya macam2, seolah apa saja alasan pegawai kaunter tu tak nak terima. Ingat satu perkara penting jika dilengah-lengahkan tidak akan tercapai. Usahlah lengah-lengah ya, sebab kadang kala anak jika dah 12 tahun minta kita temankan dia buat kad pengenalan kita acuh tak acuh pastilah kecewa anak kita tu. So genap saja 12 tahun cepat2 lah ya ke Jabatan Pendaftaran. Gambar kat atas anak lelaki etuza yang ke 3, dah genap usia dia 12 tahun, sepatut hari jumaat dia nak minta etuza temankan ke JPN..alhamdulillah baru hari ini tertunai.

Selamat bernegara
etuza bangga hidup
di Malaysia.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

apa ceritanya cikgu...???

dya nasir berkata...

kosong?

Miss N™ berkata...

dah ada kad pengenalan makin dewasalah maknanyakan..

adik nur pun baru dapat kad pengenalan.. :)

Chic Na berkata...

dulu kecik2 mmg tak sabar nak buat IC. :)

JR berkata...

Ketika anak perempuan saya berusia 12 tahun pd tahun lepas, saya juga menemaninya ke JPN. Lima anak2 saya yg lain juga saya menemani mereka ke JPN utk buat IC. Mungkin itu dah jadi tugas hakiki ayah menemani anak2 ke JPN utk buat IC...

Si Matatajam berkata...

Yea Cikgu berbangga la tempat cikgu ada pelbagai etnik yg unik bagi M semua tu sgt berharga.. Kita semua anak Malaysia...

Arina Shamsul berkata...

lama lagi mahu buatkan kad pengenalan anak saya cikgu..hehehe.

9n0L4 berkata...

prosedur ni dari dulu lagi kan. zaman saya dulu pun mcm ni juge. :)