First time naik flight memang sangat teruja, maknanya etuza membayangkan bagaimana rasanya dibawa terbang tinggi ke langit biru. Dalam hati berkata boleh pula kapal besi itu terbang, membawa muatan dalam bentuk benda2 berat termasuk himpunan kilogram manusia termasuk etuza nanti. Tapi...inilah zaman moden, memang pun sejak lama kita ada melihat objek seperti besi terbang di angkasa. Tak hairan, tetapi tak terfikir olehku akan naik flight pada 21hb Sept dan pada 22hb Sept 2012. Detik ini rasanya satu sejarah dan peristiwa terbesar berlaku dalam kamus hidup lelaki bernama Etuza ( nama gelaran ) anak kelahiran Tambunan, Sabah dan kini di Keningau, Sabah.
Wah! besarnya luasnya, cantiknya KKIK ( Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ) ini lah kata hati etuza. Bila dalam kapal terbang mulanya di darat jalan perlahan2 tapi di jalan lurus, apabila pecutan laju terasa terangkat juga, gayatpun ada, kebetulan duduk dekat jendela, semuanya nampak kehijauan di bawah. Apabila kapal terbang semakin tinggi di awan biru, yang kita lihat hanya kabus, awan putih biru bercorak2. Mula lah tekanan dalam telinga, kurang peka pada bunyi. Time mendarat kena hati2 badan boleh juga terhantuk kerusi di hadapan, kerana pendaratan kapal di darat akan mendorong badan ke hadapan. Inilah antara pengalaman manis etuza naik flight hari tu. Time dalam kapal tu, tak henti berdoa, baca ayat2 alquran yang memang ada dalam skrin tv didepan tempat duduk kita. Pendek cerita amanlah naik kapal, alhamdulillah Allah mudahkan urusan hari tu. Sampai di KL pun ada teman sambut namanya " Mamat". Dulu memang ada meletakkan impian nak naik flight tapi entah bila, akhirnya tanpa sedar rupanya impian tu tercapai juga " naik flight" takdirnya etuza menumpang rezeki anak..inilah cara Allah menunaikan hajat etuza. Ya Allah, terima kasih sangat2.
ambil gambar kenangan
di penginapan ....hehe
tak payahlah bagi tahu
di mana...
bilik mewah macam ni
dah tahu bukan bilik beradu
etuza.
Ini gambar kami suami isteri kala sampai
di KLIA.
Masa ni menunggu Mamat sampai untuk
jemput kami.
Distenasi pertama ke Puterajaya,
sebab etuza memang mengidam solat
Jumaat di Puterajaya.
Alhamdulillah tertunai.
Dan semuanya selamat.
Syukran Ya Allah.
Di sepanjang jalan di KL,di Klang Selanggor
di mana2. jalanraya di sana rata, bersih dan
kelihatan hanya pokok2 kelapa sawit tepi
jalan.
Sesekali jumpa tol, minta duit tol.
Tapi!! paling etuza ingat etuza
langsung tak nampak kalibat anjing di
tepi jalan. Macam aman saja kat sana
di sini tak sah jika tak terlihat
anak anjing, mama anjing dan bapa
anjing ke langggar lari oleh pemandu2
kereta di jalan raya.
Binatang ni macam lembu..
aduiyai..menganggulah di jalanraya
lembu tu dan apa saja binatang
tidak bayar cukai jalan.
Tapi merayau2 di jalan raya.
Hehe.....nak lagi lah ke KL!
Siapa nak jumpa etuza bagitahu!
Siap kita bergambar ya! pastinya
dengan blogger hebat2 di serata
di tanah seberang Semenanjung Malaysia.
Jikalau ada yang sudi ...
Etuza bukan istemewa sangatpun..
Tak ada yg sudipun tak apa!
Saja santai kat blog Pesona ni.
Usah pula kata dah kehabisan idea ..
Banyak sebanarnya entry nak buat..
Tapi takkan lah nak cerita semua kan..
Ok. TQ membaca.
Santai petang jumaat
etuza ...bercerita.
14 Pesona Kata Hati Mereka:
wahh..cikgu ada kat semenanjung sekrg..selmt dtg cikgu!!
21hb dan 22hb Sept saja eyuza ada di sana. sekarang di Sabah dah..
pergi berdua jer kah cikgu??manis wajah isteri
wah...kina x penah naik kapal terbang lagilah...:)
cikgu di keningau ka skng?dulu sy pun selalu p kngau..tp skng x sudah..:)
Kalau cikgu terlajak sampai ke Kedah boleh kita pergi minum teh tarik sama2 di sini...(Dah lama saya tak ke Sabah, masa kerja di Kl dulu kerap juga ke Sabah atas urusan pejabat)
slmt dtg cikgu!!1..:)
Cikgu dah pun sampai ke semenanjung.. saya pulak belum jejak kaki ke sabah.. Harap2 berpeluang juga suatu hari nanti..
Salam kenal juga drp seorg guru..
Mat Jo pun baru sekali nek kapal terbang, p sabah, ahaks
Selamat dtg ke Semenanjung cikgu!!!!!!!
insya'allah kalau ada rezki nnt dtg lg boleh kita jumpa sembang2 sambil minum petang :)
wah, jauh jalan~ :)
Betoi kata MV tu, Sweetnya wifey cikgu..putih melepak..bertuah cikgu ^_^.. Kan best kalau M pun tinggal kat area KL..bleh jumpa blogger2 di sana..
kalau cekgu ke terengganu, jgn lupe kasi tahu ye. ;)
Catat Ulasan