Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 28 Oktober 2012

Berkaki empat rupanya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Proses sembelihan dengan niat kerana Allah
1. Bertopi tu etuza tuan rumah Blog Pesona
2. Abadikan lembu korban~ Niat kerana Allah
3. Ipar sedang menahan lembu korban dari
terpelanting selepas sembelihan 
Oleh Ustaz Salimin Abdul Razak
dari Kampung Penagatan Laut.


      Sembelihan korban seekor lembu dengan niat kerana Allah. Allah telah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim agar melakukan sembelihan yang luar biasa kepadanya melalui mimpi yang berulangkali. Apa yang luar biasa dalam mimpinya ialah dia yakni Nabi Ibrahim diminta menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail yang amat nabi itu sayangi dan dikasihi. Bayangkan anak yang disembelihkan dalam mimpi itu. Adakah kita pada hari ini sanggup menyembelih anak sendiri.  

Nabi Ismail sebagai anak ketika itu selepas diberitahu oleh ayahnya Nabi Ibrahim seperti kata-kata ini. " Wahai anakku Ismail, aku melihat dalam mimpiku bahawa aku sedang menyembelihmu" " Lakukanlah ya ayah, jika itu lah yang dikehendakiNya" Subahanallah, Nabi Ismail tanpa gentar dan takut malah menyuruh ayahnya menyegerakan sembelihan itu walaupun dirinya yang akan dikorbankan. Inilah kekuatan dan keyakinan dalam diri mereka bahawa Allah itu maha benar-benar maha mengetahui segala sesuatu. Allah itu hebat dan wajib kita taati walau apa keadaan. 

Pergilah kedua beranak ini ke satu bukit, dengan alat tajam ditangan, diletakkan leher Nabi Ismail di atas bukit itu dan mulalah nabi Ibrahim melaksanakan tugas menyembelih anaknya. Allahhuakbar3x. Selesai sembelihan apabila Nabi Ibrahim melihat apa yang disembelihkan itu rupa2nya Allah gantikan dengan seekor kibas yakni seekor binatang berkaki empat. Tengoklah betapa hebatnya Allah, Allah itu maha besar dan mampu mengadakana apa sahaja yang baik untuk hamba2Nya yang benar2 bertaqwa. Apakah lagi alasan kita agar tidak mempercayai kuasaNya? apakah lagi alasana agar kita tidak menyembah Allah yang satu. Etuza ketika mendengar khutbah di pagi hari raya haji pada jumaat lalu serta khutbah pada hari jumaat juga pengisian mengenai peristiwa korban oleh Nabi Ibrahim hampir menitiskan air mata. Sungguh Allah itu maha hebat dan maha menyayangi dan mengasihani kita semua.

Ekoran dari sejarah Nabi Ibrahim membuat korban, maka pada hari ini tiap-tiap di bulan haji diwajibkan jika yang berkemampuan melaksanakan korban dan sedekahkan daging korban itu kepada fakir miskin.

" Ya Allah yang maha rahim dan maha rahman..
kami berserah kepadaMu..kami niatkan 
korban ini untuk kami mengharapkan
rahmat dan redhaMu, bahawa apa juga
rezeki yang ada kami nikamti ini adalah 
dariMu yang Engkau kurniakan"
"Ya Allah berilah petunjuk, berilah
cahaya nur kasihMua kepada anak-anakku
agar mereka menjadi anak yang solleh dan sakinah..
Limpahkan kekuatan diri mereka agar
kemanapun  mereka pergi Engkau
payungi anak-anakku dengan rahmatMu
sesungguhnya Engkau maha pengurnia
segala yang baik dan Engkau
maha melindungi kami dari bisikan kejahatan
jauhi kami dari bala bencana akibat
kelalaian kami juga kejahatan
sayitan lakanatullah"
Amin ya rabbal alamian. 
Niat korban
Etuza Pesona.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Arina Shamsul berkata...

subhanallah.betapa taat dan hebatnya nabi ibrahim.:)

Bunda_nora berkata...

Subhanallah.. Allahuakbar..

Admin berkata...

Best. Terima kasih kerana berkongsi sirah nabi kepada ramai.

www.hasrulhassan.com

9n0L4 berkata...

suami pun berkorban tahun ni. alhamdulillah. :)

lelamaisara berkata...

subhanallah besarnye kekuasaan Allah...

dieyna berkata...

Tak dapat nk berkorban tahun ni...insya allah.. tahun depn mngambil bhgian...

Unknown berkata...

mat jo belum mampu untuk menunai ibadat korban nie, insyallah kemudian hari