Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 18 September 2012

Apa tips anda...



Sebelum bertolak ke Kota Kinabalu, sempat
buat entry ringkas ini. Time isteri dan anak
bersiap2 almaklumlah jika namanya hawa
pastilah tak lari dari kebiasaan ( makeup)

Kalaulah hari-hari macam ni, penat, letih,
naik darah, dan tak bersemangat hadapi
kehidupan ini. Apapun bukan salah sesiapapun
tapi mungkin lebih kepada salah sendiri
yang tidak fokus.

Etuza ni kadang lupa di mana letak kay,
letak jam, letak tali pinggang, dompet,
sisir rambut, minyak rambut, perfum,
dan banyaklah lupa di mana diletakkan.
Hanya satu ja yang etuza tak lupa
nak tahu apa? kaca mata lah, sebab
kaca mata dah sepanjang hari menampal
dimuka etuza.

Apa tips anda agar tidak lupa ?
Kongsilah agar etuza cuba amalkan!
Penat ni, nak kata dah kertu tak lah
sangat, entahlah adakah lupa ni
sejenis penyakit bila dah berusia?
Kata hati
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

22 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

hihi.. lelaki mmg suka letak brg merata2 ke cikgu? hurm..susah2 sgt kan, cikgu gantung je smua tu kat sekeling bilik cikgu..mcm sidai baju tu la..mesti nmpk malah terang lg bersuluh...haha.. jgn mrh cikgu..senda gurau di pagi selasa.. =D

Mrs Velentine berkata...

Salam Cikgu..jangan ckp kertu sebab husband sya pun pandai lupa...apa kata,,,cikgu beli satu box..pas 2 cikgu letak brg2 cikgu mcm jam wallet kunci...supaya senang...

dya nasir berkata...

dya pun kdg2 lupa..xde tips nk bgi..dya menunggu tips dari org.. selalu makan kismiss byk2 nk bg kuat ingatan

ALoNa CintamaniszLite berkata...

Sy pun ada kalanya jd pelupa jgk. Rasanya ni mmg normal laa cuma kalo dh keterlaluan sampai byk mende lupa dlm satu2 masa...kira kes teruk jgk laa, hehe..
Sy pun takde nk kongsi tips pun...tp kebiasaannya kalo barang2 peribadi mcm jam tangan, kunci kete, kunci umah, wallet....letak kat satu tempat yg sama. Sebab mmg itu yg kita perlu jika nk keluar umah.

Tp kalo nk keluar umah utk jangka masa yg lama balik kampung contohnya...mmg kena buat senarai lah. Tutup gas, tutup & kunci tingkap, tutup suis letrik...mcm2 lah. Bila dh selesaikan satu2 perkara tu..potong kat senarai tu. Dan lakukan perkara yg kita tak buat lagi..

dieyna berkata...

makan kismis.. hehe sendiri pun banyak kali terlupa.. nak2 lepas cabut cermin mata nak solat.. nk pakai semula, dah tak ingat dah huhu

Arina Shamsul berkata...

:) biasalah tu cikgu sudah lumrah manusia memiliki sifat lupa.
Saya tiada tips yang baik untuk dikongsikan cikgu cuma bacalah surah alam nassyrah bila mencari barang yang lupa simpan dimana :) insyaallah jumpa.

Solehah Shamsuddin berkata...

rasanya, cuba cikgu simpan barang2 tu dalam bilik tidur cikgu.insya-Allah xlupa :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

sy xtau la nk buat mcm mn..biasalah sbg manusia ni sifat pelupa tu mesti ada hehe

Pha Is berkata...

penah dengar dulu ustaz cakap, kalau lupa barang kat mana, sambil cari barang, baca surah 'wad-dhuha'...

wallahu a'lam..

JR berkata...

Saya juga jenis pelupa. Oleh itu saya sentiasa bawa pen dan kertas utk diletakkan dlm poket, dlm kereta juga..Saya akan mencatatkan apa yg nak dibeli dan kdg2 apa benda2 yg saya fikir nak buat hari itu. Dlm beg pakaian pula saya letakkan checklist apa barang yg nak dibawa jika berjalan jauh..

Si Matatajam berkata...

Ha ha! Tu dah Ada tanda2 dah lanjut usia la tu...hu hu... Perkara biasa ja tu.. m pun kekadang tu lupa gak letak Brg rata2 pastu cari Tempat lain pulak..camna mau jumpa...

Cik Ai berkata...

ermm
rsnya better lps ni Cikgu Etuza letak kat satu tmp je,x kiralah benda apa pun at least tmp tu mmg akan Cikgu Etuza tuju setiap kali nk ambik brg

**hehe lawak la plak bila kata kertu..rsnya belum lagi lah :)

Kancil 8349 berkata...

kena simpat dalam satu kotak...benda kecillah...kalau benda2 untuk barang tu...simpan dalam almari..

ewanthology berkata...

bro etuza ni banyak sgt memikir kot.. tu pasal alami 'short term memory'.

Tanpa Nama berkata...

benda biasa tu, tq singgah blog KA n KA dah follow juga ye 719

Aziela berkata...

Salam perkenalan cikgu. Saya rasa, letakkan semua barang2 di suatu tempat yang sama dan jadikan ianya rutin. Tapi hubby saya pun lupa. Dia tahu dia tak perlu ingat kerana isterinya akan pastikan semua tersedia..hehehehhehe.

LiYa HaNiF :: berkata...

sama je ngan daddy qalesya.. dia sll letak kt tmt lain pastu nnati carikt tmt lain.. hehe mana nk jumpa..

salam kenal ye bro..

~Cik Sweety~ berkata...

bukan cikgu jak dpt penyakit lupa ne..saya ne pun selalu jak lupa dmna sy letak brg2 sy..perlukan tips juga ne cikgu..hihihi

THE AUTHOR berkata...

Saya pun selalu lupa..
Apa saya buat ialah saya sediakan raga untuk letak semua barang2..takut salah letak

Si Matatajam berkata...

M singgah sini lagi...

lelamaisara berkata...

hehehe...cube letak di tempat yg same aje....
hubby saya pon selalu mcm tu....hehe..

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Uncle..saya teringat pula entry saya pasal ayah saya, yg alami masalah serupa.

Ada kawan2 blogger sy cadangkan supaya perbanyakkan makanan2 sunnah macam kismis, madu, habbatus sauda..saya tak pasti sejauh mana keberhasilannya..tapi makanan yg baik, tentu menghasilkan yg baik2 juga kan uncle :)

Disebabkan masalah ni masalah normal seiring peningktn usia..cdgn2 blogger kat atas smua baik2 blaka..

Kalau sya pnya cdgn..urmm..banyakkan membaca uncle..dari pelbagai sumber. Membaca mmg dah terbukti boleh melambatkan proses lupa..pa tah lagi nyanyuk..uncle tgk saja tokoh ngra, ungku aziz tu..umur 90 tpi masih kuat lagi..sthu sy dia juga makan bawang merah yg besar mentah2..selain banyak membaca, mengkaji, menganalisis apa yg dibacanya.