السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Seminggu tak ada entry baru atau seminggu blog Pesona tak update dengan sebarang aktiviti penulisan atau upload gambar. Sempena raya ke 3 ni etuza nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang pernah berkunjung blog Pesona. Sesungguhnya kita hambanya yang pasti tidak lari dari kelemahan dan kesilapan. Kadang-kadang apabila kita memberikan kata-kata atau pendapat di blog kita mungkin tanpa disedari ada kata pendapat yang tidak menyenangkan emosi pihak tertentu di alam maya. dan apa lagi jika insan itu berada disisi kita setiap masa dan ketika, yakni isteri, anak-anak dan ibubapa kita sendiri. Begitu juga para jiran kita alangkah wajib kita saling menghulur tangan dan saling bermaafan kepada semua. Dengan itu etuza memohon maaf sepanjang beraksi di blog alam maya.
Hari raya pertama etuza adakan open house bermula jam 9.00 pagi pada hari ahad hingga jam 10.00 malam. Rombongan pertama beraya di rumah etuza ialah rombongan ( team ) membaca doa selamat dan kesyukuran di hari raya . yang diketua oleh Saudara Ramian A ( ketua membaca doa). Etuza dan family membuat hidangan ketupat, nasi impit, nasi hujan bagan, rendang ayam, ayam masak kicap dan daging masak kari. Pembasuh mulut ialah puding buah-buahan cocktile serta tembikai dan minuman air sirap ros sahaja.Rombongan yang terakhir ialah team saudara Iskandar Abdullah sekeluarga ( ipar etuza) banyaklah cerita kami semasa mereka beraya di rumah etuza. Apapun apabila dah menjelang 9 mala ada juadah yang hampir habis .
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN
Gambar ke 2 tu merupakan gambar guru-guru pelatih sedang memasang bendera bersempena pelancaran bulan kemerdekaan di SK. Penagatan, Keningau. Mereka yang terlibat memasang bendera Jalur Gemilang ini ialah terdiri dari Cg. Alvin, Cg, Bryan, Cg Awang dan Cg Azrul. Mereka berempat adalah guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau, Sabah. PM kita sebenarnya telah melancarkan bulan kemerdekaan sejak 17hb Julai dan akan berlangsung sehingga 16 september 2012 bersempena hari Malaysia. Dengan itu sekolah etuza telah menyahut cabaran dengan memasang beberapa jalur gemilang sebagai tanda kebanggaan kerana kita hidup dalam negara yang aman damai dan harmoni dalam lingkungan masyarakat majmuk.
Selamat berhari raya dan selamat menyambut bulan kemerdekaan tahun 2012.
Semoga panjang umur tahun depan kita akan menemukan bulan ramadhan dan hari raya lagi. Salam merdeka dan selamat berhari raya.
Salam raya& salam bulan merdeka
Seikhlas dari etuza.
16 Pesona Kata Hati Mereka:
Semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan yg akan datang..Aamiinnn..
ye setuju ngan M..
selamat hari raya maaf ats segalanye =)
saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tersalah kelakuan... maaf zahir dan batin... selamat hari raya aidilfitri. :)
selamat hari raya cikgu...
selamat menyambut bulan kemerdekaan jugak untuk cikgu..;)
Semoga kita dipanjangkan usia dpt bersua lagi di Ramadan akan datang dan ini bukan Ramadan terakhir utk kita, amin...
assalamualaikum...salam aidilfitri utk cikgu sekeluarga...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin....
Taqabalallahu minna wa minkum...
Selamat hari raya etuza.
Wah, raya prtama dh open. Kami tk boleh sbb ada bbrapa destinasi wajib d kunjungi pg raya..
Sblum trlmbt, selamat hari kebebasan... MERDEKA!!
salam Aidilfitri dr saya..camna raya thn ni ?
Salam Aidilfitri
Selamat hari raya aidilfitri ya cikgu :)
salam aidilfitri buat cikgu etuza sekeluarga ... :)
SELAMAT HARI RAYA CIKGU ETUZA SEKELUARGA... MAAF SEKIRANYA SEPANJANG KUNJUNGAN DIEYNA KE SINI MENDATANGKAN RASA TIDAK SELESA ATAU ADA TERGURIS HATI DEK KOMEN YANG MENYINGGUNG... MAAFKAN DIEYNA YE... KIRIM SALAM KPD ISTERI YE
selamat hari raya cekgu. maaf zahir batin ye. ;)
slmt hari raya cikgu..
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
Catat Ulasan