Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 20 Julai 2012

Esok hari terakhir PELAJAR UPSI di sekolah Etuza.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Pelajar UPSI ( Universiti Perguruan Sultan Idris) seramai 12 orang dan 1 pensyarah sejak 16hb Julai hingga 20hb Julai 2012 ( berakhir esok) telah mengadakan satu program di Sekolah Kebangsaan Penagatan, kenigau, Sabah. Seperti dalam baner dalam gambar program mereka ialah " Bersama menyebarkan keunikan Bahasa, Budaya dan Bangsa KadazanDusun" dengan kerjasama SK. Penagatan, Keningau. Pelajar UPSI tersebut merupakan pelajar dari Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPTA di UPSI Perak telah ditugaskan menjalankan program ini semasa cuti mereka selama 2 bulan lebih.Antara sekolah yang telah mereka pilih selain SK. Penagatan bagi program ini ialah SK. Sinulihan, Sook, Keningau dan SK. Melangkap Kota Marudu, Sabah.

Ini adalah situasi dan salah satu peristiwa yang melibatkan pelajar UPSI dan pensyarah mereka. Beberapa pelajar UPSI itu sedang membuat perbincangan dengan pensyarah mereka di Pusat Sumber sekolah etuza pada pagi 19hb Julai 2012. Pastinya membincangkan kelancaran program sejak 16hb Julai hingga kini. Pengarah program ini ialah En. Doney Dasmond. Etuza telah dilantik sebagai timbalan setiausaha sahaja serta guru pemudah cara dalam aspek mengesan nama ibubapa pelajar tahun 4 dan 5 disamping menyiapkan minit mesyuarat, surat makluman kepada ibubapa. Memang semua pelajar UPSI sangat bekerjasama sesama sendiri dan kometed mengendalikan program mereka.Tahniah kepada mereka semua. Majlis rasmi itu dilancarkan oleh Pn.Jamilah Padli, Timbalan Pelajaran daerah, Keningau, Sabah. Dalam ucapan pegawai perasmi itu mengucapkan tahniah kepada Pelajar UPSI dan warga guru sekolah etuza, serta berpesan bahawa Bahasa Kadazandusun perlu diteruskan agar tidak pupus oleh arus masa. Etnik bangsa, budaya dan Bahasa KadazanDusun perlu dipelajari oleh genarasi baru agar terjaga dan dipertahankan. Pasti murid2 sekolah etuza telah mendapat sentuhan ilmu baru dari UPSI dan objektif utama mereka sesungguhnya jelas tercapai. Esok 20hb Julai 2012 hari terakhir pelajar UPSI di sekolah etuza.Mereka akan kembali ke tempat mereka masing-masing dan akan terbang ke UPSI bagi meneruskan kuliah mereka seawal September 2012.
kenangan etuza bersama pelajar UPSI ( 5 orang baju merah)
acara jamuan makan di PSS
tarian menyambut pegawai perasmi dari PPD Keningau.
Nyanyian Lagu Kebangsaan, lagu Negeri Sabah, Lagu sekolah 
dan lagu rasmi UPSI.
dan
Antara aktiviti dalam program ini ialah
1. sukaneka
2. senam arobek
3. Sugandoi ( murid, guru & ibubapa)
4. teka teki
5. puisi
6. bercerita dan
7. pertandingan ratu cantik kanak2
100 % dijalankan dalam bahasa KadazanDusun oleh pengacara.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

14 Pesona Kata Hati Mereka:

Khai_Sol berkata...

cikgu pratikal kat sk sy yg dr upsi pun dah abis pratikal.. Bakal miss diorg semua=')

Unknown berkata...

UPSI tanjung malim? wah jauhnya dorang merantau. sampai ke sabah perginya.hehe

Cik Ai berkata...

salam ramadhan buat cikgu Etuza & family :)

Kamsiah yusoff berkata...

salam
seronok tgk tarian tu cikgu...sememangnya SABAH kaya dgn pelbagai kesenian yg unik..

Misya Mialen berkata...

Sugandoi tu apa cikgu?

Unknown berkata...

byk juga nk kena nyanyi ya cikgu..lagu kebangsaan dan lagu negeri sabah mcm mana? cuba cikgu nyanyi sikit. =)

dya nasir berkata...

yang baju merah tu tak mcm bakal guru..muka muda..mcm budak2..hihih

Cendol berkata...

wahh ini semua bakal pendidik bangsa ni..Allah bless!
salam Ramadhan Al Mubarak

Miss N™ berkata...

tarian tradisional tu mmg unik...
nur suka tgk, tapi mmg xpandai menari.. :)

P/S : Salam Ramadhan buat semua ahli keluarga GSF..mohon ampun dan maaf sekiranya tanpa sedar mahupun tidak jika Nur pernah terkasar bahasa mahupun menguris perasaan semua.. Maafkan Nur...!

Dan selamat berpuasaaa... :)

~Cik Sweety~ berkata...

mesti byk sudah idea yg mereka sumbangkan utk sekolah kan cikgu.. mereka bukan saja dapat meringankan beban tugas cikgu lain, malah idea mereka lagi segar dan mantap..hihi

LadyBird berkata...

slmt mnymbt rmdhn al-mubarak.. ldy mhn keampunan dr hujung rmbt ke hujung kuku kaki.. smg rmdhn kli ini jauh lbh baik dr sblm2nyer.. ameeenn..

Unknown berkata...

bah, obulih tomod le.. :)

ANIM berkata...

salam ramadhan buat etuza sekeluarga. semoga pengisian ramadhan kali ini yang terbaik buat kita kerana tidak pasti kita akan bertemu lagi di ramadhan akan datang...
maaf dari saya jika ada tersalah dan silap sepanjang mengomen...

9n0L4 berkata...

jauhnya perjalanan mereka dari UPSI kesana. kate org, jauh perjalanan luas pemandangan kan cekgu. ;)