Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 11 Jun 2012

Unik dan sangat mudah bertumbuh.. tanam lah jika ada minat & pasti terpesona keindahannya


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

1. Bunga jenis atie ~ atie 
2. baru beli untuk dibenihkan..letak di bawah
pokok bunga bunjai etuza.

3. semakin kembang dan bercabang. lepas ni
pasti menghias laman etuza, menyerikan suasana
halaman.

        Rasanya ada diantara teman blogger, baik yang blogger lelaki atau blogger wanita, telah mengetahui serba sedikit tentang antara hobi atau minat etuza. Menerusi catatan di wall blog Pesona pastinya ada cerita atau info tentang bunga ~ bungaan di laman etuza. Maka pada kali ini, etuza sekali lah berniat besar hendak kongsikan jenis bunga atie ~ atie ini. 

Bunga dari spesis ini sangat cantik, unik dan punyai kelebihan tersendiri.Antaranya:-
1. Mudah ditanam, baik ambil dari pucuk, rantingnya atau terus kepada batangnya.
2. Sesuai ditanam di dalam pasu atau terus tanam ke tanah, di ruang yang sesuai.
3. Tidak perlu diletakkan baja dengan kerap serta penyiraman air yang banyak.             
4. Pelbagai corak dan warna yang sangat2 menarik.
5. Bentuk daun yang bujur, bentukl hati dan bulat serta keriting.
6. Amat cepat rimbun daunnya dan banyak ranting.
7. Bunga jangka pendek yang sangat hebat dan tidak mudah pupus.
8. Pelbagai jenis bentuk corak dan warna yg sangat cantik.
9. Jika ditanam di dalam pasu boleh ubah2 tempat untuk menghias halaman rumah anda.
10. Terakhir boleh di jual, dan ada harga.

Kepada sesiapa peminat dan penggemar bunga jenis atie-atie ini,dapatkan pelbagai jenis corak dan warnanya agar anda akan memiliki kepelbagaian corak warna dan jenis bunga ini. Apabila memetik rantingnya JANGAN pula lupa ya pacakkan semula untuk menjadi benih yang baru. 

Kalau nak lihat kehebatan bunga ini, sila tengok gambar pelbagai bunga atie-atie di Kundasang Ranau, Sabah. Spesis bunga ini telah etuza dan isteri beli di Kundasang Ranau. Kepada yang nak mencuba..teruskan dan jagalah bunga agar hatimu menjadi tenang dan rasa bahagia.



Antara hobi etuza. 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

35 Pesona Kata Hati Mereka: