Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 16 Jun 2012

Aku mohon ampun kepada Allah yang maha agung ( di Perasmian Bangunan Kraftangan Keningau, Sabah )

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Gambar atas, merupakan gambar corak batik
bertemakan gambar Perdana Menteri Malaysia 
suami isteri. Kreatif sangat..
gambar  etuza di hadapan fram gambar yang big saiz
Etuza sangat tertarik ayat / doa dalam lukisan ini, sebab itu
ada gambar kenangan...
'AKU MOHON AMPUN KEPADA ALLAH YANG MAHA AGUNG"

      Bandar Keningau, Sabah sekali lagi mengukir peristiwa apabila Perdana Menteri YB Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini datang ke Bandar Keningau, Sabah bagi melakukan 2 tugasan utama iaitu Perdana Menteri akan merasmikan Bangunan Kraftangan terbesar di Sabah yang di bina berhadapadan dengan Hospital Besar Keningau serta merasmikan Majlis 1 Malaysia & Pesta Kaamatan ( beramah mesra dengan rakyat Keningau) yang berlangsung sekitar jam 8.00 malam, malam ini bersamaan 16hb Jun 2012 hari sabtu.

Berbagai geleri  pameran yang diadakan sempena perasmian Bangunan Kraftangan di bandar Keningau. Etuza sekeluarga tidak ketinggalan datang melihat pameran yang diadakan, dan pastilah pameran bunga-bungaan dan benih  buah-buahan menjadi tumpuan etuza di pameran ini. Bangunan Kraftangan ini telah di buka seawal Januari 2012. Dan apa yang menarik Bangunan Kraftangan ini ialah, ianya dibina dengan unik sekali, sesuai dengan nama Bangunan Kraftangan maka disesuaikan dengan pelbagai reka bentuk dan corak pada dinding dan lantai serta struktur yang kukuh. Pada halaman hadapan serta tepi kiri dan kanan bangunan ini di hiasi dengan tumbuhan herba dan bunga-bungaan yang ditanam dengan susunan yang sungguh luarbiasa. Tumbuhan herba yang menghias halaman yang etuza kenali ialah tumbuhan seperti serai mandi, misai kucing, kencur, kunyit dan lain-lain.

Semasa etuza melawat dari gelari ke satu gelari tak menyangka terjumpa dengan seorang Ustaz iaitu Ustaz Maarof Haji Hamza  yang memang saya kenali, juga sedang bersiaran ke ruang pameran yang pelbagai. Kami bersalaman dan saya seolah terkejut kerana Ustaz Maarof memanggil nama saya ETUZA. Etuza sempat bertanya bagaimana tahu nama ETUZA kerana etuza dikenali bukan nama tersebut, tetapi nama dalam Kad Pengenalan dan nama baru selepas memeluk agama Islam. Rupanya Ustaz Maarof ada mengetahui nama etuza ini menerusi BLOG PESONA ETUZA WARNA-WARNA KEHIDUPAN. Rasa bahagia dan gembira kerana ada juga kawan-kawan di Bandar Keningau menyukai laman Pesona. 


Aikkk! tengok lah apa etuza beli di pameran sempena Perasmian Bangunan Kraftangan oleh Menteri Malaysia ini, sebuah bakul yang diperbuat daripada rotan, etuza nak hadiahkan pada isteri, lepas ni boleh lah digunakan sebagai tempat memuatkan bekal ke tempat kerja. Oh ya nak bagi tahu, sebenarnya kami datang melawat ketika belum sibuk datang sebelum  kedatangan masyarakat Keningau, kerana jika lambat pastilah ribuan yang hadir dan halangan lalu lintas akan berlaku. Sebab itu suasana masih lengang. Ok, nak jalan petang ni..nak menemui Perdana Menteri di dataran Kompleks Sukan Keningau pula. Etuza dengar ada jamuan makan percuma bersama Menteri kita Datuk Sri Najib Tun Razak dan para Menteri Sabah termasuk Datuk Musa Aman, Joseph Pairin Kitingon,  Joseph Kurup dan juga Haji Sairin Haji Karno.



Mohon maaf belum membalas terjah kawan-kawan blogger ya, pasti akan terjah juga.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

24 Pesona Kata Hati Mereka: